-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Thursday, 14 March 2013

Janji Awak Dulu ...

Awak dulu awak berjanji dengan saya, awak akan setia pada saya seorang. Tak akan ada orang lain selain saya kat dalam hidup dan hati awak. Saya percaya dengan awak, awak kata awak nak jadikan saya permaisuri dalam hidup awak untuk selamanya. Dan awak nak tahu? Saya bahagia sangat. Bila tak dengar suara awak walau sehari saya rasa macam saya tak dengar suara awak ibarat dah bertahun tak dengar suara awak. Tapi semua berubah. Sejak awak kenal dia. Awak berubah, awak dah tak jadi macam dulu, macam yang saya kenal dulu. Masa yang awak ada, awak habiskan dengan dia. Sehinggakan saya tak tahu saya kat dalam hati dan hidup awak tuh no berapa? Apakah saya masih penting at dalam hidup awak ataupun dah tak.

Dulu awak berjanji .... "Sayang, saya nak awak tahu, hanya awak je kat dalam hati awak. Bukan orang lain. Saya hanya nak hidup bersama dengan awak"
Itu janji awak dulu kan, tapi sayang semua dah berakhir. Awak sanggup lupakan saya dan tinggalkan saya hanya disebabkan dia. Mana janji awak dulu? Awak kata awak tak akan duakan saya, awak akan setia dengan saya. Awak kata setia awak macam ombak dengan pantai, tapi awak tengok laa akhirnya? Awak tetap setia pada saya ke tidak? Tak kan, awak sanggup duakan saya. Janji awak hanya tinggal janji, janji awak semua nya palsu. Kalau awak memang sayangkan saya, awak tak akan buat macam tuh kat saya kan. Tapi akhirnya saya sedar, cinta awak memang tak ikhlas untuk saya kan. Cinta awak hanya permainan. Awak tak pernah sedar kalau saay betul*betul sayangkan awak. Awak selalu anggap saya tak bermakna untuk awak selepas awak kenal dia. Kenapa awak macam tuh? Kenapa awak sanggup lukakan hati saya?  Sedangkan awak tahu kan saya sayangkan awak. Saya sanggup terluka dan menangis sebab awak, tapi awak tak pernah nak menyedari semuanya. Yang awak tahu ialah salahkan saya. Dan awak sanggup tuduh saya yang bukan*bukan. Sampai hati awak kan. Awak langsung tak nak dengar apa yang saya nak jelaskan pada awak.

Dan akhirnya saya memilih untuk pergi dari hidup awak. Saya biarkan awak bahagia dengan dia, dan saya sanggup terluka disebabkan awak. Saya bawak semua kesedihan saya pergi dari awak. Saya pergi tapi awak tak pernah tahu kalau saya dah terluka disebabkan awak. Saya pergi tapi semua luka yang awak dah bagi kat saya tetap segar dan indah kat dalam ingatan saya :'(

Awak, sekarang luka yang pernah awak bagi kat saya, semua dah hilang. Sekarang saya dah bahagia tanpa awak. Sekarang saya dah bahagia dengan dia. Tapi kenapa disaat saya mulai nak bahagia, kenapa awak datang kembali dalam hidup saya? Awak nak kembalikan luka dulu? Awak nak kembalikan kenangan di mana awak dah ingkari semua janji awak dulu? Untuk apa awak kembali lagi? Sedangkan awak dah berjaya buat hati saya terluka. Awak sendiri yang bagitahu saya kan, saya bukan untuk awak, tapi dia. Saya tak sebaik dia. Saya tak seelok dia. Saya tak macam dia. Dan awak lebih memilih dia. Tapi kenapa akhirnya awak kembali lagi? Awak kembali disaat saya dah mulai membuka hati saya untuk Dia yang lebih memahami saya. Awak kata semua yang terjadi dulu hanyalah permainan awak utnuk tengok kesetiaan saya pada awak. Awak, kenapa Sweet sangat? Tapi sayang, saya yakin semua tuh bukan permainan, tapi ia nyata. Awak bersama dia, awak bahagia dengan dia. Sesuatu yang awak tak pernah buat untuk saya, awak buat untuk dia. Sampai hati awak kan :'(

Sekarang, cinta saya dah utuh untuk dia. Dah tiada sisa lagi untuk awak. Dan saya memilih untuk hidup bersama dia, bersama dia yang akan menjaga saya dan akan menjadi imam saya. Insha Allah selamanya. Sekarang saya dah jadi tunang dia. Dan dah tak lama lagi, ikatan saya dengan dia akan halal. Awak, kenapa di saat sy dah pergi menjauh kenapa di saat itu awak baru nak cari saya? Awak, kenapa di saat saya dah boleh lupakan awak kenapa awak datang kembali kat dalam hidup saya? Dan kenapa saya nak meraih mimpi kenapa awak seperti nak hancurkan mimpi saya? Awak kata awak dah bahagia dengan dia, tapi nape awak tetap nak kacau hidup saya lagi?......

#pesanan dari biyy, jangan sia*siakan seseorang yang sayangkan kita, nanti bila dia dah pergi dan tinggalkan kita, baru kita nak menyedari bahawa dia memang bermakna kat dalam hidup kita. Hargai dia selagi dia ada, dan tak perlulah hargai dia selepas dia pergi tinggalkan kita. Apa yang biyy tulis kat atas tuh, hanyalah sekadar cerita. Untuk pengajaran diri kita sendiri#
Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:24
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ▼  03/10 - 03/17 (7)
      • Janji Awak Dulu ...
      • Sandiwara cinta ....
      • Aku hanya ingin bahagia ...
      • Kepercayaan Karut Ketika Haid...
      • Untukmu Teman
      • I Love You :')
      • Kecuali Kamu
    • ►  03/03 - 03/10 (7)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ►  02/10 - 02/17 (2)
    • ►  02/03 - 02/10 (5)
    • ►  01/27 - 02/03 (10)
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.