-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Monday, 11 March 2013

Kepercayaan Karut Ketika Haid...

Kepercayaan karut atau mitos mengenai haid sebenarnya ada pada semua bangsa cuma dalam versi yang berbeza. antara kepercayaan karut yang masih dipegang ramai wanita di seluruh dunia ialah ::

MITOS :: TIDAK BOLEH MENCUCI RAMBUT KETIKA HAID KERANA IA AKAN MENYEJUKKAN BADAN.....
Hakikat :: Ketika inilah aspek kebersihan sangat pentung. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mandi atau mencuci rambut. Malah mandi dalam air suam boleh melegakan sakit perut akibat senggugut. Bagaimanapun jika boleh jangan mandi dengan air yang terlalu sejuk kerana secara teorinya ia akan menyebabkan pengecutan rahim - yang membuatkan senggugut jadi lebih teruk.

MITOS :: TIDAK AKAN HAMIL JIKA MENGADAKAN SEKS KETIKA HAID.....
Hakikat :: Tidak benar. Islam melarang mengadakan hubungan seks ketika haid. Bagaimanapun jika anda melakukannya, anda boleh mengandung. Haid bukan pencegah kehamilan. Anda masih boleh mengandung kecuali jika menggunakan kaedah pencegahan kehamilan seperti alat dalam rahim, pil perancang atau kondom.

MITOS :: SINDROM PRAHAID (PMS) HANYA MAINAN PERASAAN SAJA....
Hakikat :: Ketika haid, banyak perubahan hormon yang berlaku. Perubahan hormon ini yang membuatkan emosi seseorang wanita berubah-ubah.

MITOS :: ORANG BOLEH TAHU JIKA ANDA HAID.....
Hakikat :: Tidak. Hanya anda saja yang tahu perkara ini kecuali berlaku kebocoran sehingga darah haid terkena pakaian. Jika tidak, anda tidak perlu risau kerana orang tidak akan tahu dengan hanya melihat anda.

MITOS :: HAID MENYEBABKAN BADAN LEMAH, JADI TIDAK DIGALAKKAN BERSENAM ATAU MELAKUKAN AKTIVITI LASAK....
Hakikat :: Haid adalah fungsi badan yang normal bagi wanita. Haid bukanlah satu kekurangan atau ketidakupayaan. anda boleh melakukan aktiviti yang sama seperti ketika tidak haid. Bagaimanapun dalam sesetengah keadaan haid boleh menyebabkan seseorang wanita cepat penat terutama bagi yang mengalami pendarahan banyak atau ada masalah anemia (kurang darah). Zaman dulu haid dianggap tempoh "sakit" bagi wanita dan mereka dilarang keluar serta bergaul dengan orang ramai.

MITOS :: TEMPOH HAID HANYA TUJUH HARI SAJA....
Hakikat :: Tempoh haid setiap orang berbeza. Secara purata tempoh haid ialah empat hingga lima hari, tetapi jika haid anda pendek (tiga hari) atau panjang (lapan hari), usah bimbang kerana ia adalah perkawa normal. Bagaimanapun sekiranya darah masih keluar selepas 15 hari, ia tidak dikira haid sebaliknya dipanggil darah istihadah. Bagi wanita Islam, ibadat yang wajib perlu dilakukan walaupun masih mengalami penderahan.

MITOS :: TIDAK BOLEH BERENANG KETIKA HAID....
Hakikat :: Larangan ini mungkin timbul sebelum kemunculan tampon dan "cawan" penadah darah haid (kurang popular). Wanita yang menggunakan tampon atau cawan haid boleh berenang tanpa sebarang masalah.

MITOS :: REMAJA TIDAK BOLEH GUNA TAMPON....
Hakikat :: Semua perempuan boleh menggunakan tampon. Bagaimanapun kebanyakan wanita di Malaysia lebih selesa menggunakan tuala wanita yang bukan sahaja murah dan mudah. Malah ia dapat mengelakkan masalah "terlupa" untuk mengeluarkan tampon.

MITOS :: SESETENGAH AMALAN DAPAT MEMANJANGKAN ATAU MEMENDEKKAN KITARAN HAID......
Hakikat :: Tidak benar. Tiada amalan atau pemakanan khusus yang dapat memanjang atau memendekkan tempoh haid. Bagaimanapun penggunaan alat pencegahan kehamilan yang mengandungi hormon boleh mempengaruhi tempoh haid anda.

#Okayy, artikel nih biyy amek dari METRO, Isnin, 18 April 2011... Dah lama lah jugak keratan akhbar tuh dalam fail. Baru sekarang biyy bukak dan akhirnya biyy amek keputusan untuk tulis dalam blog nih. Semua tuh sama dengan artikel nya. Tak ada kurang dan tak ada biyy tambah apa*apa. Antara betul ataupun tidak, biyy tak tahu. Biyy hanya nak kongsi apa yang biyy ada walaupun ia dari artikel keluaran akhbar#
 
Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:31
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ▼  03/10 - 03/17 (7)
      • Janji Awak Dulu ...
      • Sandiwara cinta ....
      • Aku hanya ingin bahagia ...
      • Kepercayaan Karut Ketika Haid...
      • Untukmu Teman
      • I Love You :')
      • Kecuali Kamu
    • ►  03/03 - 03/10 (7)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ►  02/10 - 02/17 (2)
    • ►  02/03 - 02/10 (5)
    • ►  01/27 - 02/03 (10)
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.