-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Saturday, 2 February 2013

Luahan Hati Biyy :(

ASSALAMUALAIKUM :)
Hay, malam nih biyy tak buat cerpen pon. Senang citer hari nih biyy tak ade tulis sebarang cerpen pun. Biyy dah rangka sebenarnya cerpen yang nak biyy tulis, tapi semuanya tak jadi. Dia tak jadi sebab hati biyy dah terluka. Hati biyy dah hancur remuk. Biyy tak kuat dan tak larad nak tulis cerpen biyy tuh. Tunggu lah dulu sehingga hati biyy dah tenang. Nanti biyy buat laa. Yang pasti biyy nak tulis cerpen yang tajuk dia "ANTARA AKU, KAU DAN DIA". Tapi tunggu la nanti okayy :) Tunggu aje laa biyy post link dekat fb :)

Now, biyy nak cerita tentang luahan hati biyy. Tak tahu kenapa hari nih biyy terluka sangat. Biyy dah tak ade semangat nak teruskan hidup biyy. Biyy dah patah semangat. Kalau diikutkan hati memang dah lama biyy semangat biyy untuk hidup nih hilang. Tapi Allah masih sayangkan biyy, DIA masih nak biyy hidup. Tapi semakin lama biyy hidup, semakin terluka hati biyy. Biyy dah try untuk kuat, tapi tetap tak boleh. Kalau boleh biyy nak Allah amek nyawa biyy, putuskan hubungan biyy dekat dunia nih. Biyy dah tak sanggup nak menghadapi liku*liku kehidupan kat dunia nih. Biyy inginkan kebahagiaan bukannya kesakitan yang tiada henti. Biyy dah penat. Biyy dah cukup penat. Biyy dah try untuk tersenyum untuk sembunyikan apa sahaja yang biyy rasa, tapi ia tetap tak boleh :( Biyy tak kuat! Biyy tahu, kalau hidup kat dunia biyy kena hadapi semua yang terjadi kat dunia. Tapi sekarang biyy dah penat! Biyy betul*betul dah tak kuat. Andai inilah kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba, biyy lagi nak ikut nenek. Nenek dekat sana pasti dah tenang kan. Kenapa nenek tak bawak biyy sekali? Kenapa nenek tinggalkan biyy sebelum sempat biyy nak cium nenek? Kenapa? Kalau nenek masih ada pasti biyy dapat jugak kan kasih sayang dari nenek. Semua orang kata nenek baik. Semua orang sayangkan nenek. Tapi nape nenek tinggalkan biyy sebelum sempat nenek cium biyy? Sebelum sempat nenek tengok biyy? Biyy pon nak jugak ada nenek. Kalau biyy tengah sedih, biyy boleh cakap kat nenek. Tapi semua hanya mimpi biyy aje kan. Nenek pergi sebelum sempat biyy tengok nenek dan belum sempat jugak nenek cium dan peluk biyy :( biyy nak ikut nenek kat sana. biyy dah tak kuat! Biyy jeles kat kawan biyy yang ade nenek. Dorang selalu cakap pasal nenek dorang. Dorang kata kalau dorang ada masalah, dorang akan cakap kat nenek. Biyy nak jugak :( Kalau nenek ade pasti sekarang biyy dah ade kat dalam pelukan nenek kan. Pasti sekarang nenek tengah pujuk biyy :( tapi semua hanya khayalan biyy aje. 

Ya Allah. Kelukaan apa lagi yang harus biyy lalui sekarang nih? Luka nih lebih sakit daripada luka yang pernah biyy lalui selama nih. Biyy tak kuat. Kenapa berat sangat ujian yang diberikan untuk biyy? Biyy masih lemah untuk melalui semua nih. Biyy tak kuat :( biyy tak nak macam nih. Biyy nak kebahagiaan yang indah :( bukan kesedihan yang membawa luka macam nih :( sebelum nih biyy masih kuat bila terima luka yang biyy rase. Tapi kali nih tak. TAK! Kenapa harus biyy yang lalui keperitan nih? Biyy dah tak sanggup. Biyy mohon, jangan buat semua nih dekat biyy. Biyy dah betul*betul tak kuat :( Biyy tak perlukan kawan, biyy tak perlukan kekasih, yang biyy perlukan ialah biyy dah tak nak lalui luka nih. Ia betul*betul menyakitkan untuk biyy :( Sakit !!!! T.T

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 20:09
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 1 February 2013

Akhir cinta kita ....


DDUUUUMMMMMM !
Bunyi dentuman yang kuat yang tidak jauh dariku mengalihkan pandanganku ke arah jalan. Aku melihat kereta Perdana sudah remuk dihentam sebuah lori. Semua orang sudah mengerumuni kereta Perdana itu. Mungkin untuk menolong mangsa yang terperangkap di dalam kereta itu. Namun yang pasti aku tidak tahu kenapa jantungku berdegup dengan kencang. Hatiku dan perasaanku meronta*ronta menyuruhku untuk melihat mangsa kemalangan itu.
    Dengan perlahan aku berjalan menghampiri mangsa kemalangan itu. Aku melihat banyak darah yang mengalir dari tempat duduk pemandu itu. Keadaan kereta yang remuk dan terbalik tidak mungkin mangsa di dalam kereta itu masih bernyawa. Aku melihat orang ramai mencuba untuk mengeluarkan mangsa. Sewaktu orang ramai mengeluarkan mangsa, aku terlihat tangan mangsa terkulai. Dan hatiku terasa sebak. Gelang yang dipakai oleh mangsa dan cincin yang terlsarung manis di jari mangsa. Aku yakin itu dia. Itu dia.
     Anggota bomba dan penyelamat dating. Mereka berusaha mengeluarkan mangsa. Dan tidak sampai 30 minit mangsa dapat dikeluarkan. Aku melihat wajah mangsa. Banyak darah yang menutupi wajahnya. Namun, di dalam banyaknya darah itu aku dapat mengenali dia. Dia Fariz! Dengan mudahnya airmata ku mengalir laju dari kelopak mataku. Dengan serta*merta aku memeluk erat jasad Fariz! Fariz tidak boleh meninggalkanku.
“Abang, bangun abang. Jangan tinggalkan Hani abang. Abang, bangun. Abang kena kuat. Abang jangan tinggalkan Hani secepat nih. Hani masih perlukan abang. Abang bangun. Hani mohon. Buka mata abang”
“Maaf cik, kami harus bawak mangsa kemalangan ini sekarang. Dia perlukan pertolongan secepat mungkin untuk menyelamatkan nyawanya”
      Aku melepaskan pelukanku dari tubuh Fariz. Aku membiarkan jururawat itu mengangkat Fariz. Dan dalam sekelip mata, ambulance itu pergi meninggalkan aku. Aku melihat banyak tompokan darah dijalan raya. Sungguh aku tidak sanggup untuk kehilangan Fariz secepat ini.
                                            ********************
“Ma, abang Fariz macam mana ma?”
“Hani, sabar ye sayang. Abang fariz pasti akan selamat. Hani doakan abang ye, semoga abang dapat diselamatkan. Hani kena kuat supaya abang Fariz dekat dalam pon kuat”
       Ummi dan abah hanya mampu diam dan menanti khabar dari doktor yang menangani Fariz. Ummi dan ayah tahu, aku tidak akan dapat menerima kenyataan apabila Fariz harus meninggalkan kami semua.
“Maaf, siapakah orang tua Encik Fariz?”
“Saya, doc”
“Encik, anak encik dapat kami selamatkan. Tapi…… Kepala anak encik ada masalah. Kepalanya mungkin terhantuk pada benda keras. Sehingga dia mendapat masalah di kepalanya”
       Hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku disaat itu. Disaat aku mengetahui keadaan Fariz. Air mataku mulai menitik satu persatu dan kian melaju.
                                          ***********************
Kini cukup 1 bulan aku melihat keadaan Fariz. Fariz tak ubah seperti orang yang tidak mengenali dirinya sendiri. Akibat kemalangan sebulan yang lalu, semua ingatan Fariz hilang. Dia sudah tidak mengenali dirinya. Dan dia juga sudah tidak mengenali aku, tunangnya. Mengikut hari, bulan depan pernikahan kami akan berlangsung. Namun, kini semua hanya tinggal kenangan.
       Fariz tidak mengenali aku. Semua kenangan kami sudah hilang di dalam kotak fikirannya. Aku kasihan melihat keadaan Fariz yang kini semakin tidak terurus. Apa yang terjadi kepada Fariz tidak langsung mengubah rasa cinta dan sayangku padanya. Aku tetap mencintai dia sepenuh hatiku. Setiap hari aku akan datang melihat keadaan Fariz.
“Hani, ummi dengan abah rela kalau Hani tinggalkan Fariz. Ummi tak nak Fariz membebankan hidup Hani. Hani kena teruskan hidup Hani. Ummi tahu, masih ramai orang yang mencintai Hani di luar sana”
“Ummi, Hani akan tunggu abang. Hani tahu, abang pasti akan sembuh. Doktor pon dah bagitahu kan, abang pasti boleh sembuh. Abang boleh jadi abang Fariz yang dulu. Hani akan tunggu abang”
“Ummi tahu Hani sayangkan Fariz. Kesembuhan Fariz bukan mengambil masa yang singkat. Tapi akan mengambil masa yang lama”
“Tak ape ummi. Hani akan tunggu. Itu janji Hani”
                                              *******************
“Haniii ……………
“Ye papa”
“Mari sini, papa nak kenalkan Hani dengan anak maklong Hani yang belajar kat luar negara tuh. Dia baru aje sampai semalam”
     Aku menghampiri mama dan papaku. Aku menyalami mak long dan paklong ku. Dan akhirnya aku bersalam dengan sepupuku. Cukup tampan wajahnya. Sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terus jatuh cinta padanya. Tapi bukan aku. Cintaku tetap untuk Fariz. Dan tidak akan tergantikan oleh sesiapapun.
“Hani. Mak long dengan pak long datang nih bawak hajat. Mama dengan papa dah terima hajat maklong kamu nih. Bulan depan kamu dengan Kamal akan bertunang”
     Aku terpana dengan  pernyataan mama itu. Tidak mungkin aku harus menerima Kamal dalam hidupku. Cinta dan sayangku sudah mutlak untuk Fariz. Kelopak mataku mulai dipenuhi dengan linangan air mata. Dan serta merta aku bangun dari sofa dan berlari mendaki tangga untuk masuk kedalam bilikku.
“Mama dengan papa jahat! Mama tak sayang Hani! Hani dah bertunang dengan abang Fariz! Dan tak semudah itu Hani harus meninggalkan abang Fariz”
     Aku menangis sepuas hatiku di dalam bilik. Aku tidak menyangka, mama dengan papa sanggup melakukan ini semua padaku. Cinta aku tidak seperti menterbalikkan telapak tangan. Walau apa jua yang terjadi pada abang Fariz, aku akan tetap menanti dia. Aku yakin abang Fariz akan sembuh.
                                           ***************
“Hani, sudah cukup! Tinggalkan Fariz tuh. Dia tak layak untuk Hani. Hani tengok lah, diri dia aje dia tak kenal. Inikan pula dia nak ingat kat Hani. Tak Hani! Papa tak akan izinkan Hani dengan Fariz! Dia hanya menyusahkan Hani aje nanti. Sudah cukup! Terima aje pinangan mak long kamu tuh. Kamal lebih baik dari Fariz!”
“Tapi pa, doktor dah bagitahu. Abang Fariz pasti akan sembuh. Cuma……
“Cuma apa Hani? APA? Papa dah tetapkan bulan depan kamu akan tetap bertunang dengan Kamal. Ini dah muktamad keputusan papa. Hani jangan nak membantah cakap papa lagi!”
“Papa jahat! Papa tak ade perasaan. Sampai hati papa buat Hani macam nih. Pa, kalau papa dekat tempat Hani, tak semudah itu juga untuk papa terima semua nih kan. Papa, Hani mohon, jangan buat semua nih. Abang Fariz pasti akan sembuh , pa. Hani mohon. Ma, cakap dekat papa, ma. Abang Fariz boleh sembuh. Mama tolonglah Hani. Mamaaa…..”
“Maafkan mama, Hani. Betul apa yang papa cakap. Hani kena……………
“Mama dengan papa jahat! Langsung tak fikir perasaan Hani. Hani sayangkan abang Fariz. Dan tak semudah tu untuk Hani lepaskan Abang Fariz. Dan belum tentu Kamal boleh bahagiakan Hani. Hani tak………….
“CUKUP HANI !!!!!!!!
          Selama ini papa tidak pernah menamparku. Kini tangan nya sudah menampar kasar wajahku. Sungguh! Aku tidak mengerti. Kenapa mama dan papa sangguh menjodohkan aku dengan Kamal. Sedangkan selama ini mama dan papa tidak pernah memaksa aku dalam perkahwinan. Tapi sekarang? Mama dan papa sanggup melihat aku terluka hanya untuk Kamal…
                                                 ****************
Hari ini merupakan hari pertunangan ku dengan Kamal. Ummi dan abah datang menemui aku. Mereka tidak memarahi aku, tapi mereka malah mendoakan kebahagiaan aku walau aku harus bersanding dengan orang lain. Aku sudah menganggap mereka seperti ibu dan ayahku sendiri. Sungguh! Aku tidak sanggup untuk melukakan hati mereka dengan  pertunanganku dengan orang lain. Dan tidak lama lagi akau harus menjadi milik orang lain, bukan milik anak mereka.
“Ummi tak marah kan Hani. Ini hidup Hani, Hani berhak untuk menentukan hidup Hani. Hani tak boleh menunggu dan menanti Fariz. Sebab untuk sembuh, Fariz harus mengambil masa yang lama. Ummi hanya nak tengok Hani bahagia. Walau Hani tak boleh menjadi menantu ummi, tapi Hani akan tetap menjadi anak kesayangan ummi dan abah. Ummi sayangkan Hani seperti mana Fariz menyayangi Hani”
     Aku menghapus airmata yang menitis dikelopak mata ummi. Sungguh aku tidak sanggup melihat kesedihan ummi. Airmata ku turut menitis dan dengan serta*merta aku memeluk ummi. Aku tahu, andai abang Fariz boleh mengerti apa yang terjadi disaat ini, mungkin dia juga akan sedih. Dan mungkin lebih sedih dari apa yang ummi rasakan. Namun aku terpaksa. Aku harus memenuhi permintaan mama dan papa. Aku sudah tidak sanggup untuk melawan mereka.
                                                   ************************
6 bulan sudah berlalu. Kini aku hanya menanti hari persandingan ku dengan Kamal. Selama 6 bulan itu juga, aku sudah tidak mendapat satu pun khabar berita tentang abang Fariz. Ummi, abah dan abang Fariz menghilang dari kehidupanku. Aku duduk bertemankan airmata. Aku rindukan abang Fariz. Tidak semudah yang aku bayangkan. Aku tetap sukar untuk melupakan abang Fariz. Tapi kini, hari persandinganku dengan Kamal akan berlangsung. Dan aku harus melupakan abang Fariz untuk selamanya. Untuk menjaga hati Kamal.
Dengan perlahan aku memasukkan semua barang pemberian abang Fariz ke dalam kotak. Aku harus buang semua yang berkaitan dengan abang Fariz. Aku harus melupakan dia. Aku melihat gambar kami berdua. Aku menatap lama gambar kami berdua. Kini aku hanya dapat memeluk gambar abang Fariz. Dan kini aku harus membuangnya. Abang, dimanapun abang berada, Hani mohon maaf, semua yang terjadi bukan kehendak Hani…….
                                                  **********************
Hari ini aku akan menjadi pengantin untuk Mohamad Shahrul Kamal. Dan ia juga membawa maksud untuk aku membuang segala kenanganku bersama abang Fariz. Aku harus merelakan abang Fariz. Dan kini aku harus menerima kehadiran Kamal sebagai suamiku yang sah.
      Kini aku duduk di atas pelaminanku. Aku mencuba untuk tersenyum manis. Namun, aku tetap tidak dapat melakukan semuanya. Di atas pelaminanku, tiba*tiba jantungku berdegup dengan kencang. Aku tidak tahu mengapa. Yang pasti kini aku seperti merasakan sesuatu yang lain. Degupan jantungku seperti di saat hari terjadinya kemalangan yang meragut semua ingatan abang Fariz terhadapku. Aku hanya mampu tertunduk menahan sebak di hati. Aku tidak ingin Kamal melihat kemendungan di wajahku. Tiba*tiba …..
“Hani, tahniah atas perkahwinan Hani”
    Suara ini, tak mungkin dia. Dia……….
“Abang Fariz!”
    Dengan segera aku bangun dari dudukku. Aku tidak percaya, di depanku kini berdiri abang Fariz. Insane yang aku sayang selama ini. Bunga ditanganku terlepas. Airmataku mulai mengalir. Dan dengan serta*merta aku memeluk abang Fariz tanpa aku mempedulikan Kamal yang kini menjadi suamiku dan tetamu yang telah datang memenuhi dewan itu.
“Abang, Hani rindu abang. Hani …..
“Hani, kini Hani dah jadi milik Kamal. Sahabat perjuangan abang. Abang tahu dan yakin Kamal boleh bahagiakan Hani. Abang doakan kebahagiaan Hani dengan Kamal”
“Tapi abang…………..
     Abang Fariz melepaskan pelukanku padanya, lalu berkata….
“Hani… ssshhhh. Percayalah, Hani pasti akan bahagia dengan Kamal. Mal, jaga Hani sebaik mungkin. Mungkin aku bukan tercipta untuk dia. Dan sekarang dia dah jadi milik kau. Kalau kau buat Hani terluka, kau jangan salahkan aku kalau satu hari nanti aku amek Hani dari tangan kau”
“Fariz, kau dengan Hani…
“Ye aku dengan Hani pernah bertunang dan kalau ikutkan masa hari pertunangan kau dengan dia tuh merupakan hari aku dengan Hani nikah. Tapi, semua hanya tinggal kenangan. Hani, dengan siapa pun Hani, abang akan tetap doakan kebahagiaan Hani. Abang mohon diri dulu”
“Abang….. Maafkan Hani”
“Ini semua bukan salah Hani. Sekali lagi, tahniah Hani. Jadi lah isteri yang solehah untuk suami Hani”
       Fariz meninggalkan aku. Aku dapat melihat linangan airmatanya. Walau dia tersenyum, namun aku tahu hatinya terluka. Maafkan Hani…..
       Kini, aku harus merelakan kepergian abang Fariz. Aku sudah cukup bahagia melihat abang Fariz kini sudah sembuh dan menjadi abang Fariz aku yang dahulu. Aku melihat abang Fariz semakin jauh dari pandanganku. Kini, aku harus melupakan abang Fariz dan aku harus kembali sepenuhnya untuk Kamal. Abang Fariz kini hanya menjadi kenanganku. Airmataku tida henti mengalir dari kelopak mataku. Perlahan*lahan Kamal memelukku untuk menenangkan ku. Dia tidak menyangka, Hani merupakan bunga pujaan sahabatnya sendiri. Tapi kini, Hani menjadi miliknya. Dia berjani di dalam hatinya, untuk menjaga Hani dan akan mencintai Hani seperti Fariz mencintainya dulu.
Hani memeluk erat Kamal dan menangis dalam pelukan Kamal. Di dalam hatinya dia berkata

“Andai ini akhir cinta kita, Hani pasrah. Hani akan terima Kamal dalam hidup Hani. Dan hani akan cuba untuk melupakan abang. Hani akan doakan abang, semoga abang dapat yang lebih baik dari Hani”


Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:37
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Februari Ini ..


“Sha , lawanyer kau malam nih. Nak pegi mana malam*malam nih?”
“Malam nih kan cukup 3 tahun aku dengan khai. Khai cakap kat aku dia nak bagitahu sesuatu kat aku.”
“Bagitahu apa Sha?”
“Mungkin dia nak masuk meminang aku”
   Malam itu Keisha kelihatan bahagia dan begitu anggun dengan blause berwarna pink dipadankan dengan skirt labuh berwarna putih dan dipadankan pula dengan tudung berwarna putih . Sungguh anggun dan cantik. Sesiapa sahaja yang melihatnya, pasti akan terpesona dengan kecantikan Keisha yang semulajadi. Sungguh Khairul sangat beruntung kerana mendapatkan seorang kekasih yang sudah cukup sempurna untuk dijadikan pendamping hidup. Keisha bukan sahaja cantik, malah dia seorang yang baik, penyayang dan lembut.
“Eh sayang, kenapa kau pandang aku macam tu sekali? Aku tak lawa ye?”
    Keisha memandang penampilannya di cermin.
“Aku tengok okay aje aku nih. Comel pulak tuh”
“HAHA perasan betul kawan aku nih laa. By the way, kau memang cantik Sha. Untung Khai dapatkan kau”
“Alhamdulillah. Okay lah aku gerak dulu. Nanti lama pulak Khai tunggu aku”
                                                      **********************
   Keisha memandu keretanya ke taman, ke tempat dimana dia akan berjumpa dengan kekasih hatinya. Sewaktu dia sampai di tempat letak kereta yang disediakan di taman itu, dia sudah melihat sudah ada kereta Khairul di situ. Sungguh dia merasa bersalah kerana dia sudah terlambat. Dan pasti Khairul sudah lama menunggunya. Dia cepat*cepat turun dari keretanya dan dia berlari ke tempat dia berjanji untuk berjumpa dengan Khairul.
“Khairul”
“Eh, Sha. Hay”
“Sayang, maaf saya lambat”
“Ta ape. Saya pon belum lama jugak sampai kat sini”
“Awak cakap ada sesuatu yang awak nak sampaikan dekat saya. Apa dia”
“Sebenarnya saya nak cakap. Saya dah tak boleh teruskan hubungan kita. Saya terpaksa lepaskan awak. Saya buat semua nih sebab mama dengan papa suruh saya untuk bertunang dengan sepupu saya. Maafkan saya Sha”
   Keisha terpana dengan apa yang diucapkan oleh Khairul. Airmatanya mulai jatuh mengalir dikelopak matanya. Dia tidak menyangka itu yang harus dia terima. Sungguh dia tidak menyangka apa yang dia impikan semuanya hancur berkecai hanya dalam sekelip mata. Cinta selama ini yang dia simpan hanya untuk Khairul musnah. Harapannya untuk hidup bersama dengan Khairul musnah. Kini dia terpaksa melepaskan Khairul demi keluarga Khairul yang memilih untuk menjodohkan Khairul dengan sepupu Khairul.
Perlahan*lahan Keisha mengundurkan langkahnya. Dia sudah tidak sanggup untuk melihat wajah orang yang dia sayang kini bukan menjadi miliknya lagi. Perlahan*lahan Keisha mengatur langkahnya untuk meninggalkan Khairul. Di saat Keisha mulai berjalan, tiba*tiba Khairul memegang tangan Keisha….
“Sha, maafkan saya Sha. Saya tak berniat untuk buat awak terluka. Tapi saya terpaksa. Sha, saya harap awak boleh terima apa yang terjadi. Saya tak mampu untuk menentang apa yang mama dan papa saya cakap. Saya tak boleh nak jadi anak yang menderhakai orang tua. Maafkan saya Sha”
“Khai, apa pun yang terbaik untuk awak. Saya percaya mama papa awak tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Saya rela Khai, saya rela kehilangan awak. Walaupun itu susah untuk saya. Saya tak sanggup untuk melihat awak bersanding dengan orang lain. Khai, lepaskan tangan saya. Saya bukan milik awak lagi”
“Keisha……..”
    Keisha melepaskan pegangan tangan Khairul pada tangannya. Lalu dia berlari meninggalkan Khairul. Sungguh hatinya terluka. Dia pasti tidak akan sanggup untuk melihat insan yang dia sayang kini menjadi milik orang lain. Namun dia harus menerima takdir itu. Takdir dimana dia tidak pernah impikan di dalam hidupnya.
                                                **********************
Sejak peristiwa itu, sudah tiada lagi senyuman yang terpamer diwajah manis Keisha. Kini Keisha lebih suka mengurung dirinya didalam bilik. Amel merasa pelik dengan keadaan sahabatnya itu. Sewaktu dia pulang selepas berjumpa dengan Khairul, dia langsung tidak seceria dulu. Apabila ditanya dia hanya diam.
“Eh, ni undangan kahwin siapa pulak nih?”
  Amel membuka undangan yang berada di atas meja. Perlahan*lahan dia membaca nama orang yang tertera di dalam kad undangan itu. Dan dia terkejut apabila membaca undangan itu. Undangan perkahwinan Muhammad Khairul Irsyad dengan Nur Autilia Maisyarah. Sekarang baru amel tahu kenapa Keisha berubah. Rupanya semua disebabkan Khairul akan bersanding dengan orang lain. Sampai hati Khairul menghancurkan hati sahabatnya. Sedangkan Keisha sangat menyayangi Khairul sepenuh hatinya.
                                                           ***************
Pagi itu, Keisha bangun awal dan dia sudah cantik berkebaya. Amel melihatnya berasa hairan.
“Sha, kau nak pergi mana? Kenapa dah lawa sangat nih?”
“Mel, kau siap ye. Lawa*lawa. Harinih aku nak tengok dia bersanding. Bersanding dengan orang lain. Cepat taw Mel, aku tunggu”
    Amel dapat melihat Keisha menghapus airmatanya. Siapa yang sanggup melihat orang yang dia sayang kini bersanding dengan orang lain? Dan siapa yang sanggup apabila orang yang mereka sayang selama ini kini menjadi milik orang lain untuk selamanya? Namun, Amel dapat melihat ketabahan seorang Keisha. Dia tetap kuat dalam senyumannya. Namun amel tahu, hati Keisha sakit dan terluka.
                                                        *****************
“Sha, kau betul ke nih nak tengok?”
“Ha’ah aku nak tengok. Kenapa Mel?”
“Tak ade ape”
“Aku tahu pasti kau ingat aku tak sanggup kan? Aku sanggup Mel”
    Setelah mereka sampai ke dewan tempat persandingan Khairul, mereka hairan kenapa tiada langsung orang yang berada disitu. Dan tiada juga keramaian yang menandakan adanya perkahwinan. Tiada langsung hiasan di dewan itu. Keisha hanya mampu terdiam. Lalu, Amel menganbil telefon bimbitnya lalu menelefon kawan mereka.
    Tiada perkahwinan antara Khairul. Lalu kenapa ada undangan? Pertanyaan itu hanya terpendam di dalam minda Keisha. Lama mereka terdiam di depan dewan itu. Tiba*tiba telefon bimbit Keisha berbunyi, lalu Keisha mengangkat panggilan itu. Panggilan dari seseorang yang dia tidak kenali.
“Hello, boleh saya bercakap dengan Keisha?”
“Ye ni Keisha. Ini siapa?”
“Kak Keisha, saya adik sepupu abang Khairul. Kak, saya hanya nak cakap. Abang Khairul dah tak ada. Dia dah kembali ke rahmatullah”
“Ya Allah…… khairul! Tak mungkin ………………”
“Keisha, kenapa nih?”
“Mel, Khairul Mel. Khairul……”
     Amel mengambil telefon bimbit Keisha dari tangan Keisha. Dan dia bercakap dengan adik sepupu Khairul. Sungguh dia tidak menyangka. Khairul sudah pergi. Pergi untuk selamanya.
                                                        ****************
Amel memandu ke arah tempat perkebumian. Setelah sampai di tempat perkebumian, Keisha dapat melihat semua orang sudah mulai bersurai. Keisha tidak mengambil masa yang lama. Dia terus keluar dari kereta dan berlari ke arah tempat peristirahatan Khairul yang terakhir. Keisha menangis sepuas*puasnya. Dia tidak menyangka, Khairul sudah meninggalkannya. Dia memeluk erat batu nisan Khairul. Dia lebih rela untuk melihat Khairul bersanding dengan orang lain daripada melihat Khairul kini hilang dari kehidupannya untuk selamanya.
     Amel menghampiri Keisha, lalu dia memeluk Keisha. Dia juga menangis melihat keadaan Keisha. Keisha memeluk Amel.
“Mel, sanggup Khai tinggalkan aku Mel. Dia tinggalkan aku untuk selamanya Mel. Dia tak sayang aku sebab tu dia tinggalkan aku. Dia kata dia nak kahwin dengan orang lain, tapi ini yang terjadi Mel. Dia tipu aku. Dia tak kahwin tapi dia tinggalkan aku untuk selamanya. Sampai hati dia Mel. Dia tinggalkana aku Mel. Aku lebih rela bila aku kena tengok dia bersanding dengan orang lain daripada aku harus tengok  dia macam nih. Mel, cakap dekat aku, nih semua mimpi. Ini semua mimpikan. Cakap iye Mel. Cakap. Please………..”
“Keisha, Khairul memang dah pergi. Dia …………..”
“Kak, akak sabar ye. Abang Khairul buat semua tuh sebab dia tak nak akak rase sedih yang mendalam. Abang suruh kami semua simpan penyakit abang. Dan abang juga suruh kami buat kad undangan yang mengatakan dia nak kahwin. Tapi semua tuh tak betul kak. Abang tak pernah nak kahwin dengan orang lain. Abang hanya sayangkan akak. Sebab tu abang buat semua tu. Kak, abang suruh saya bagi kotak ni dekat akak. Sebelum dia hembus nafas dia yang terakhir, dia suruh saya sampaikan pesan dia kat akak. Dia suruh cakap kat akak, dia akan sayangkan akak sehingga akhir hayat dia. Kak, akak sabar ye. Saya kena balik dulu. Assalamualaikum”
     Keisha hanya mampu menangis mendengar setiap kata yang diucapkan oleh adik sepupu Khairul. Dia membuka kotak yang diberikan kepadanya. Di dalam kotak itu tersedia baju pengantin yang Keisha inginkan. Baju pengantin yang ingin Keisha  gunakan apabila berkahwin dengan Khairul. Keisha memeluk erat baju itu sambil menangis. Amel yang melihatnya turut merasakan kesedihan yang ditanggung oleh Keisha.
      Keisha melihat lagi isi kotak itu, di tepi kotak itu dia ternampak ada satu sampul surat yang berwarna merah jambu. Lalu Keisha membuka sampul itu.

Assalamualaikum sayang.
Mungkin semasa sayang bukak dan baca surat Khai nih, mungkin Khai dah tiada. Maafkan Khai, Khai tak sanggup untuk bertahan lagi. Khai dah penat Sha. Maafkan Khai sebab Khai tak pernah bagitahu Sha tentang penyakit Khai. Khai tak nak bila Sha tahu tentang penyakit Khai, nanti Sha sedih. Selama nih Khai simpan sakit nih. Khai sakit Sha. Hidup Khai tak lama. Khai tak nak Sha terbeban dengan penyakit Khai. Maafkan Khai Sha.
     Khai pon nak minta maaf sebab Khai tipu Sha. Khai tak pernah pon nak menikahi orang lain selain Sha. Tapi Khai terpaksa tipu Sha. Khai tak sanggup nak tengok airmata Sha bila Sha tahu Khai sakit. Maafkan Khai. Tapi percayalah sayang, Khai cintakan Sha sepenuh hati Khai. Khai tak pernah terniat untuk melukakan hati Sha. Sha insan yang Khai sayang selepas mama dan papa. Sha bidadari Khai.
 Sayang,
Baju itu kan yang Sha nak sangat. Sha kata bila Sha kahwin dengan Khai nanti sha nak guna baju tuh. Sebab tu Khai belikan baju tu untuk Sha. Khai nak Sha yang jadi pengantin Khai. Sha segala*galanya untuk Khai. Bukan orang lain. Tapi nanti, bila Khai dah pergi, Khai harap Sha boleh terima kepergian Khai. Khai tak pernah minta untuk pergi, namun semua nya telah ditentukan. Janji pada Khai, bila nanti Sha dah jumpa seseorang yang boleh gantikan Khai, bila Sha nak kahwin dengan dia. Sha kena janji pada Khai, Sha kena pakai baju itu ye sayang. Khai pon nak tengok Sha cantik pakai baju tuh. Janji ye sayang.
Sayang,
Khai dah tak kuat nak menulis lagi. Sayang jaga diri. Jangan biarkan kesedihan meragut kebahagiaan Sha. Hidup sha masih panjang. Di mana pon Khai pergi, Khai tetap sayangkan Sha. Sha bidadari Khai. Khai sayang Sha sepenuh hati Khai, tiada yang lain.
Selamat tinggal sayang…..

      Selepas membaca surat terakhir daripada Khai. Sha menangis sepuas hatinya. Dia tak menyangka bahawa selama ini Khai menyimpan sakitnya dari Keisha. Keisha memeluk Amel dan dia berkata ..
“Aku tak sangka, dia sanggup buat aku macam ni. Aku sayangkan dia Mel, tapi sekarang dia dah pergi. Aku tak sempat nak ucap terima kasih dekat dia. Sebab dia dah bahagia kan aku selama nih. Aku tak sempat nak minta maaf dekat dia. Aku tak sempat Mel. Aku sayangkan dia Mel”
    Amel tidak dapat bersuara. Dia hanya mampu menenangkan sahabatnya. Setelah lama Keisha dalam pelukan Amel, perlahan*lahan Keisha bangun. Dia sudah ingin berlalu meninggalkan pusara Khairul. Amel turut bangun apabila melihat sahabatnya bangun.  Sebelum mereka berlalu,
“Khairul, dimana pon awak sekarang, saya harap awak tahu saya sayangkan awak. Sampai bila*bila saya akan sayangkan awak. Februari ini yang menjadi saksi bahawa di mana pon awak berada kini, saya akan tetap mencintai awak. Februari ini juga yang menjadi saksi bahawa walau awak sudah tiada, bukan bermakna cinta saya turut terkubur bersama awak. Februari ini juga menjadi saksi bahawa awak akan tetap menjadi kenangan saya yang terindah dan tidak akan apat digantikan. Saya sayang awak. Selamat tinggal Muhammad Khairul Irsyad. Semoga awak tenang disana”
     Keisha mulai mengatur langkahnya meninggalkan pusara Khairul. Dia harus menerima kepergian Khairul walau ia menyakitkan. Namun dia harus tetap menerimanya. Khairul, awak kenangan yang terindah bagi saya……

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 11:56
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 31 January 2013

Sepi :(

ASSALAMUALAIKUM ~
Kali nih biyy masih tak tulis apa*apa karya biyy . Fikiran biyy langsung tak larad nak fikir cerita apa yang nak biyy tulis . Yang pasti malam nih biyy nak luahkan something ! Eceh ! Something laa sangat kan . HAHA . Yang pasti biyy nak tulis sajak ? Puisi ? Entah laa , biyy pon tak tahu . Senang citer baca aje laa ye . Dan yang pasti ini untuk semua orang yang biyy kenal dan yang biyy sayang sama ada mereka rindukan biyy , sayangkan biyy ke tidak . Selamat membaca .

Bila nanti , 
Kesepian telah menemani diri , 
Apa kah yang harus aku lakukan ?
Di saat mereka hilang meninggalkanku , 
Satu per satu pergi . 
Pergi jauh dan melupakan kehadiranku . 

Bila nanti , 
Hidup aku harus berakhir , 
Masih adakah cinta mereka untuk au ?
Masih adakah sayang mereka tersimpan untuk ku ?
Masih adakah rindu mereka untukku ?
Yang telah pergi meninggalkan mereka . 
Bukan untuk seketika , 
Namun untuk selamanya ,
Ingin aku menjawap pertanyaanku sendiri , 
Tapi adakah itu juga yang akan mereka jawap ?
Di kala aku menanyakan soalan itu ?
Aku keliru . 
Masih adakah aku didalam hidup mereka ?
Atau aku sudah mulai dilupakan ?
Atau aku sudah memang hilang dari hidup mereka ?
Sungguh aku tak sanggup , 
Tak sanggup untuk berpisah dengan mereka . 

Bila nanti , 
Aku telah pergi , 
Adakah mereka akan mencari ?
Mencari teman untuk menggantikanku ?
Mungkin !
Mungkin mereka akan mencari . 
Tapi aku tidak rela tempatku digantikan . 
Namun aku harus pasrah . 
Semua itu untuk kebahagiaan mereka . 

Bila nanti , 
Aku harus melihat mereka ketawa , 
Tanpa diriku disisi , 
Sanggup kah aku ?
Aku harap aku sanggup , 
Untuk melihat kegembiraan mereka , 
Mereka layak untuk bahagia , 
Walau tiada aku disisi mereka . 

Dan kini ,
Sebelum semua itu terjadi ,
Aku ingin mereka tahu , 
Tahu bahawa aku sangat menyayangi mereka , 
Sangat mencintai mereka , 
Dan , 
Kebahagiaan mereka merupakan keindahan , 
Keindahan untuk aku . 
Tanpa mereka , 
Tiadalah suka dan duka kehidupanku , 
Andai Tuhan menjemput ku , 
Aku ingin melihat mereka bahagia , 
Walau tiada lagi aku . 
Yang aku inginkan ,
Hanyalah , 
Melihat senyuman manis mereka .

Okayy dah ! Malam nih biyy just nak buat nih aje laa . Kenapa tajuk dia SEPI ? Sebab biyy memang tengah sepi menyepi . HAHA , pelikkan biyy nih . Tapi yang pasti MEREKA yang biyy maksud kan ialah semua orang yang sayangkan biyy . Dan semua orang yang biyy sayang . Biyy tak sanggup untuk melihat ada airmata yang mengalir kat pipi mereka ! biyy hanya nak tengok senyuman manis terukir kat bibir mereka .
 




Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 20:59
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 30 January 2013

Lagu :)

ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam ^^'
Citer nih time biyy , akak dengan mak dengar satu lagu nih . 
Bukan lagu melayu lah , sebab tuh biyy kurang faham maksud lagu tuh . 
Lagu tuh jiran depan biyy bukak , kuat pulak tuh . 
Mak kata , lagu tuh best .
SEDIH !
Tapi sayang , biyy tak faham , biyy try dengar leklok tapi still tak faham . 
HAHA . 
Al maklum bukan lagu melayu , bukan lagu english dan bukan lagu kampung biyy . 
So , ikutilah perbualan mak , akak dengan biyy ><'

Mak :: Dik , faham tak lagu tuh . 
Biyy :: Tak faham pon mak .
Mak :: Lagu tuh kisah dia kawan dia amek kekasih dia . 
Biyy :: Ooooo . 
Mak :: Faham tak . 
Biyy :: Macam nih . Adik dengan akak berkawan kan . Then adik ade kekasih , then akak sebagai kawan adik amek kekasih adik tuh kan . Kan mak kan . 
Akak :: Pandai pon adik kan . 
Mak :: Asal cakap macam tuh suara adik sedih ?
Biyy :: Mana ada , biase aje kod . 
Akak :: Haha , kan adik pernah kena dulu mak . 
Mak :: Ye ke dik ?
Biyy :: Dah lama mak . 
Akak :: Adik mengade mak . 
Mak :: Walaupun dah lama , mesti masih sakit kan hatinya . 
Biyy :: HAHA . Tak pon . 
Akak :: Lepas nih adik tak yah setia lagi laa dik . LAw akhirnya terluka jugak . 
Biyy :: HAHA , asal adik pulak yang kena nih ?
Akak :: Saje kena kan adik .
Mak :: Cian anak mak . 
Biyy :: HAHA . Nama jugak anak manja mak . 

Sekarang biyy dah tak tahu kenapa biyy selalu sangat kena ngan mak .
Bila biyy dengar mana*mana lagu then biyy diam aje dengar lagu tuh . 
Mesti mak ataupun akak terus cakap .
Lagu tuh mesti ade kena mengena dengan biyy . 
HAHA
Untung abah tak ade tadi , 
Law ada , comfirm lagi teruk biyy kena . 
RINDU abah sangat*sangat .

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 19:50
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 29 January 2013

Suara Kenangan :)

ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam ^^'
Hay , malam nih biyy tak nak buat cerita apa*apa dulu . 
Esok biyy akan tulis karya terbaru biyy . Insha Allah kalau biyy ade mase :)
Tapi malam nih biyy nak post something . 
Sebuah kenangan , betul*betul kenangan . Sebab perbualan nih lah merupakan perbualan
terakhir biyy dengan dia kat phone mase birthday dia . 
Biyy rakam perbualan biyy dengan dia .
Biyy sempat rakam mase dah pertengahan kitorang berbual , biyy just sempat rakam 
6 minit 45 saat je .
Hari tuh merupakan hari terakhir biyy dengar suara dia . 
Hari nih cukup 4 bulan biyy dah tak tahu khabar dia , dan cukup 4 bulan biyy tak dengar suara dia .
Tadi tetiba biyy bukak senarai recording kat phone , then biyy terbukak recording masa
kitorang bebual kat phone . 
Dan inilah perbualan kitorang :)
Kenapa biyy sanggup dengar dan tulis ?
Sebab biyy dah nak buang recording tuh dan kenapa biyy tulis kat sini ?
Biyy tulis sebab biyy nak jadikan ia sebagai kenangan yang dah tertulis :) 
Kenangan di mana biyy harus lupakan suara dia . 
SELAMAT MEMBACA kenangan terakhir kami . MUNGKIN :)



Dia :: Kau dulu cakap tak pakai handset , ni pakai handset . Ape la tak marah .
Biyy :: Ape ? Ade ke dulu aku cakap ? Ade eh ?
Dia :: Ade . Susahlah kalau orang dah pelupa nih .
Biyy :: Hehe , taklah , dulu memang aku dah tak pakai , then aku amek yang lain dan aku guna yang lain .
Dia :: Habis nombor lama mana ?
Biyy :: No lama hilang lah .
                         *** DIA MENGELUH ***
Biyy :: Kau okay tak ?
Dia :: APE ? Nilah gara*gara excident .
Biyy :: Excident ? Bila ? Kat mana ?
Dia :: Ah , biarlah rahsia .
Biyy :: Kau ni kan , suka sangat berahsia tau .
Dia :: Itu hal lelaki .
Biyy :: Yang kakak kau ade message aku kata kau .......
Dia :: Aku kan privacy , tak yah bagitahu sesape .
Biyy :: Hey kau nih . Okay*okay .
Dia :: KAwan baik aku je tak tahu apa rahsia aku .
Biyy :: K****** ?
Dia :: Ramai , tak terkira .
Biyy :: Jangan lah berahsia sangat . Kang hilang baru tahu .
Dia :: Takpe , hilang nak pegi mana ? Aku hilang pon aku masih boleh hidup lah .
Biyy :: Hehe , ye laa .  
                    *** DIA BATUK ***
Biyy :: Kau rehat lah , aduhaii .
Dia :: Tak yah risau laa , bukan apa*apa pon .
Biyy :: Habis dari tadi asyik batuk*batuk je .
Dia :: Sejuk kot .
Biyy :: Kalau sejuk , ameklah selimut then rehat then tido .
Dia :: Ape ?
Biyy :: Amek selimut dan tidur .
Dia :: Taknak lah aku .
Biyy :: Hey kau nih . Degil betul lah .
Dia :: Kau nak suruh , suruhlah pakwe kau , jangan aku .
Biyy :: HAHA
Dia :: Aku memang degil .
Biyy :: Okay baiklah .
Dia :: Eh , kau tak teks kawan*kawan kau ? Abang*abang angkat kau ?
Biyy :: Kalau dorang teks aku , aku balas lah .
Dia :: Selalu kan kau rajin bab nak teks*teks nih ?
Biyy :: Dulu aje aku rajin .
Dia :: Sebab ?
Biyy :: Perluke aku bagitahu ? Aku rase tak . So , biarlah rahsia .
Dia :: Ape ?
Biyy :: BIARLAH RAHSIA .
Dia :: Eleh , Gedik .
Biyy :: Aku memang gedik , baru tahu ke ?
Dia :: Dah lama dah aku tahu .
Biyy :: Ha , tahu pon .
Dia :: Eh , bunyi apa tuh ?
Biyy :: Oh , bunyi motor , kereta , budak kecik sebab aku kat luar nih .
Dia :: Tak , bunyi yang sekarang nih .
Biyy :: Bunyi apa ?
Dia :: Ada orang call kau ke ?
Biyy :: Tak lah mana ada .
Dia :: Adalah bunyi .
Biyy :: Mana ada !
Dia :: Ada .
Biyy :: Takde bunyi laa .
Dia :: Ade lah . Esh kau nih .
Biyy :: Tak ade lah .
Dia :: Kau punyer trial okayy ?
Biyy :: Herm adelah .
Dia :: Ade failed ?
Biyy :: HEHE . Ade kod .
Dia :: Boleh aku teka tak apa ?
Biyy :: HAHA . Teka lah .
Dia :: tuuuuuttttt
Biyy :: HAHA . Pandai pon , mana kau tahu ?
Dia :: Alahai , Tuh dah biasa lah .
Biyy :: Kau ni lah , masa aku tengah study . Yang hari tuh yang hari jumaat then ade sekolah ganti hari sabtu . Ingat tak ?
Dia :: Ingat .
Biyy :: Ha , yang hari jumaat tuh kau marah*marah aku kan . Sabtu esoknya tu aku ada exam tau . SP ! Kau tahu tak ? Tak kan .
Dia :: Eleh , orang kalau study last minit memang macam tuh .
Biyy :: Mana ada , aku dah baca da , then yang malam tuh aku just baca gitu je . Lepas tuh kau message aku , marah*marah . Aku sabor je laa .
Dia :: Eh , kau bukan BIO ke last ? Asal SP pulak ?
Biyy :: Yelah BIO .
Dia :: SP bukan senang ke ?
Biyy :: Memang lah senang tapi nak kena baca jugak la .
Dia :: Eleh ngade je kau . Kau kan pandai .
Biyy :: HAHA , mana ada .
Dia :: Eh . Birthday kau 8hb eh ?
                          ************** tut tutt tuuuttt #line putus#************

Dah habis baca ? 
Itulah perbualan biyy dengan dia masa tuh . 
SEE ! Sebelum line terputus dia ade sebut pasal birthday biyy . 
So ? Dia ingat lah kan birthday biyy :)
Tapi tak ada ucapan pon dari dia bila dah 8hb tuh :)
Dia lupa kod . HEHE 
Okayy dah . 
Semua dah jadi kenangan , dan dah tiba masa nya untuk biyy buang semua tentang dia :)
Hari nih , hari terakhir biyy dengar suara dia .
Lepas nih dah tak de lagi suara dia :)
Selamat tinggal kenangan . 
Semoga engkau bahagia di mana jua engkau berada :)
ILOVEYOU :)




Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 20:59
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 28 January 2013

Janji Awak :)

Awak , awak ingat tak ? Dulu awak berjanji kat saya . Awak kata awak tak akan tinggalkan saya dan awak akan sayangkan saya . Tapi semua tuh hanya janji kosong awak aje kan . Awak tengoklah sekarang awak dah dengan dia . Dulu awak kata kat saya "Sayang , takkan ade orang lain yang boleh gantikan tempat awak kat dalam hati saya". Awak , awak ingat tak apa yang awak kata kat saya dulu tuh ? Saya masih ingat . Tapi sejak kehadiran dia kat dalam hidup kita , awak terus berubah dan awak terus lupakan saya . Awak buat saya macam dah tak wujud dah kan . Sekarang awak dah bahagia dengan dia , sekarang saya dah tak ade orang sayang . Awak pon dah berlalu tinggalkan saya sorang*sorang . Sampai hati awak buat saya macam nih kan .

Awak , hari tuh saya ada nampak awak dengan dia . Bahagia sangat . Tapi airmata saya yang mengalir bila tengok awak dengan dia bahagia . Saya rindu awak , saya rindu nak dengar suara awak , saya rindu nak tengok senyuman awak , saya rindu dengan gelak ketawa awak . Dulu tiap malam awak akan call saya , awak akan nyanyi sambil petik gitar untuk saya . Saya ingat lagi hari tuh awak nyanyi lagu Seluruh Nafas Ini untuk saya . Masa awak nyanyikan lagu tuh untuk saya , saya terharu sangat taw awak . Tapi saya tak sangka itu kali terakhir awak akan nyanyi untuk saya sebelum awak jumpa dia . Kejam nya awak kat saya . Awak langsung tak rindukan saya ye ? Sedangkan saya rindukan awak . Tiap malam saya akan tengok gambar kita dulu . Gambar dimana saya dengan awak masih bersama . Tapi sekarang awak bukan milik saya lagi . Maapkan saya awak . Maapkan saya sebab saya masih sayangkan awak .

Awak , sekarang dah 6 bulan awak tinggalkan saya sebab dia . Tapi satu hari tuh saya dapat khabar buruk . Serious awak , khabar tuh buat saya rasa nak pitam . Khabar tuh buat saya menangis . Awak , saya tak nak kehilangan awak . Saya dah cukup menderita bila kehilangan awak kat dunia nih . Tapi saya tak rela untuk kehilangan awak untuk selama-lamanya . Pagi tuh saya dapat call dari kawan awak , dia kata awak dengan girl baru awak tuh excident . Then luka awak teruk , awak banyak kehilangan darah :( then doktor kata awak lumpuh . Kaki awak dah tak boleh jalan . Ya Allah awak , kenapa boleh jadi macam tuh ? :( Kawan awak kata , kereta awak tak dapat awak kendalikan sebab masa tuh awak tengah bergadoh denagn girl baru awak . Dan akhirnya kereta awak langgar pokok kat tepi jalan tuh . Tapi awak , kenapa girl awak tuh tak luka sangat ? Kenapa dia luka sikit aje ? Kenapa mesti awak yang teruk ? Dan kenapa dia tak temankan awak kat hospital ? Kenapa dia tak jaga awak ?

Awak , kawan awak kata , girl awak tuh dah tak nak kat awak sebab dia dah tahu awak dah tak boleh jalan :( Jahatkan dia awak ! Masa awak okayy dulu dia nak dekat awak , sekarang awak dah macam nih dia tinggalkan awak sorang*sorang :( Mase awak baru sedar hari tuh , nama yang pertama awak sebut nama dia :( Sedih awak . Nak menangis saya . Bila nama dia yang awak panggil tapi dia tak ade , then awak nampak muka saya , kenapa awak marah saya ? Sampai hati awak cakap saya macam nih kan :( "Eh , kau buat ape kat sini ha ? Kau nak ketawakan aku kan ! Sebab sekarang aku dah macam nih , aku dah tak boleh jalan . Suka kan kau . Mesti kau nak sangat kan tengok ak macam nih . Kau berambus sekarang ! Aku dah tak nak tengok muka kau . PERGI !". Ya Allah awak , pedihnya hati saya lepas awak cakap macam tuh . Saya datang nak tengok awak , saya datang nak jaga awak bukan nak ketawakan awak :(

Hari tuh girl yang awak sayang sangat tuh , yang awak puja dia macam dewi tuh datang jumpa awak . Saya tengok dari jauh , saya tengok awak bahagia lepas jumpa dia . Tapi kenapa tiba*tiba muka awak murung ? Kenapa awak ? Saya tak sanggup tengok awak menangis . Saya macam nak aje pegi kat awak dan peluk awak dan hapuskan air mata awak . Tapi saya takut awak marah :( . Then , saya tanya kat kawan awak . Kawan awak kata , girl awak putuskan awak , dia kata awak dah tak berguna untuk dia sebab awak dah tak macam dulu ! Kejamnya dia :( Sampai hati dia cakap macam tuh kat awak kan . Dia langsung tak hargai cinta dan sayang yang awak berikan untuk dia ! Jahat dia . Sedangkan awak cintakan dia sampai awak sanggup tinggalkan sy :(

Hari tuh saya nampak awak , awak sorang*sorang aje kat situ . Saya tak berani nak pergi kat tempat awak . Tapi saya tak sanggup nak tengok awak macam tuh :( Sedih saya tengok awak macam tuh . Akhirnya saya beranikan diri untuk pergi jumpa awak .
"Awak ...."
"Kau buat ape kat sini ? Nak ketawakan aku ?"
"Tak awak , saya tak ade niat pon nak ketawakan awak ."
"Then , kau nak ape jumpa aku ha ?"
"Awak , saya tahu sekarang awak tengah sedih , tapi saya tak nak awak sedih sampai macam nih sekali . Awak kena kuat sebab .........."
"Sebab apa ha ? Kau tak payah nak sebok ."
"Awak , percaya lah kat saya , andai awak berusaha pasti awak boleh jalan balik . Awak kena kuat , bukan dia aje yang sayangkan awak , tapi masih ade ramai orang yang sayangkan awak ."
"Untuk apa aku sembuh ? Kalau dia aje dah tinggalkan aku !"
"Awak sembuh untuk orang yang sayangkan awak . Saya akan tolong awak ."

Sejak hari tuh awak dah boleh terima saya balik kat dalam hidup awak . Mungkin hanya sebagai kawan . Tapi saya dah cukup bahagia . Awak dah boleh tersenyum . Dan awak dah boleh ketawa macam dulu . Tuh dah cukup buat saya bahagia . Dan yang paling buat saya bahagia , sekarang awak dah boleh berjalan . Doktor pon tak sangka awak boleh berjalan , sedangkan doktor kata awak dah memang tak boleh berjalan macam dulu lagi . Itu lah yang dinamakan keajaiban :) Sekarang , saya dah dapat balik cinta awak yang dulu , sekarang awak dah jadi milik saya lagi . Saya bahagia sangat awak . Akhirnya tiap malam saya dah boleh dengar lagu yang awak nyanyikan untuk saya . Awak kalau boleh , saya nak masa nih berhenti , saya nak bersama dengan awak . Saya nak tengok senyuman dan ketawa awak aje , tak nak yang lain . 

Satu hari tuh kita pergi taman . Masa tengah jalan , tetiba awak berhenti . Awak , malu saya taw , saya bercakap , tapi kat sebelah saya tak ade orang . Esh ! Awak nih kan saje je kan nak buat saya malu ! Saya pandang awak kat belakang saya , tapi pandangan awak terarah kat satu tempat . Saya pon tengok kat arah yang awak tengok . Rupanya awak tengok dia . Tiba*tiba dia nampak awak . Tak sampai beberapa minit , dia dah peluk awak ! Dia kata , dia masih sayangkan awak , dia kata dia nak kembali kepada awak , dia kata dia masih nak dengan awak . Awak langsung tak cakap apa*apa kan . Awak pon nak kembali pada dia ye ? Saya menangis tengok awak dengan dia , tapi awak langsung tak sedar . Dan akhirnya saya tinggalkan awak dengan dia . Saya pergi kat sebelah tasik tuh , saya menangis awak ! Sampai hati awak kan . Awak langsung tak lepaskan pelukan dia :( Awak , siapa saya kat dalam hati awak ? Saya hanya tempat untuk awak jadikan teman dikala awak sedih aje ke ? Awak ! Kejam kan awak .....

Dalam saya menangis , masa saya tutup mata saya , saya dapat rasa ade orang kat depan saya . Dan orang tuh hapuskan airmata saya . Serious , saya terkejut . Saya terus bukak mata , rupanya awak . Saya terus berdiri , saya tak sanggup dah nak tengok muka awak . Saya tak sanggup nak terluka lagi . Saya cintakan awak tapi awak tak cintakan saya :( Masa saya dah nak tinggalkan awak , awak tarik tangan saya . Awak tanya saya , kenapa saya nangis dan kenapa saya nak tinggalkan awak ? Saya jawap , "Awak , siapa saya kat hati awak sebenarnya ? Awak tak pernah cintakan saya kan , awak hanya cintakan dia ! Tadi aje dia peluk awak , awak langsung tak lepaskan pelukan dia . Awak , kalau awak masih cintakan dia , awak kembali lah pada dia . Saya rela awak tinggalkan saya untuk dia , demi kebahagiaan awak . Saya sanggup . " Lepas saya cakap macam tuh , awak buat muka pelik . Then awak ketawa . Kenapa awak ketawa ? Saya tak ade buat lawak pon awak ! Lepas awak ketawa , awak diam dan terus peluk saya . Awak kata "Sayang , cinta saya sekarang hanya untuk awak , bukan untuk dia . Awak , saya mintak maap sebab saya dah pernah tinggalkan awak hanya untuk dia . Tapi rupanya dia tak sebaik awak . Disaat saya dah tak bermaya , dia tinggalkan saya tapi awak tak  . Awak tetap ade dengan saya . Awak jaga saya dengan baik . Awak tak pernah mengeluh . Dan sebab awak jugak saya boleh berjalan balik . Tak macam dia , bila saya sihat dia datang pada saya , bila saya sakit dia tinggalkan saya . Saya mencari teman hidup yang boleh bersama dengn saya suka dan duka bukan hanya untuk suka saya je . Dan sekarang saya dah sedar , awaklah orangnya . Bukan dia . Sayang , maapkan saya . Saya hanya cintakan awak , kat hati dan fikiran saya hanya ada awak bukan dia . Dan saya nak hidup bersama awak , selamanya . Itu janji saya kat awak ." Awak , saya terharu sangat lepas awak cakap macam tuh . Awak lepaskan saya dalam pelukan awak , dan awak pandang saya , dan awak hapuskan airmata saya . Awak kata , awak dah tak nak tengok saya menangis . Yang awak nak ialah , awak nak tengok saya tersenyum dan ketawa . Awak , terima kasih . Saya sayangkan awak . Dan saya akan ingat janji awak . 



  




Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:36
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ►  03/10 - 03/17 (7)
    • ►  03/03 - 03/10 (7)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ►  02/10 - 02/17 (2)
    • ►  02/03 - 02/10 (5)
    • ▼  01/27 - 02/03 (10)
      • Luahan Hati Biyy :(
      • Akhir cinta kita ....
      • Februari Ini ..
      • Sepi :(
      • Lagu :)
      • Suara Kenangan :)
      • Janji Awak :)
      • 28.01.2013
      • Janji Tinggal Janji
      • Lambaian Kasih Senja
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.