-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Thursday, 14 March 2013

Janji Awak Dulu ...

Awak dulu awak berjanji dengan saya, awak akan setia pada saya seorang. Tak akan ada orang lain selain saya kat dalam hidup dan hati awak. Saya percaya dengan awak, awak kata awak nak jadikan saya permaisuri dalam hidup awak untuk selamanya. Dan awak nak tahu? Saya bahagia sangat. Bila tak dengar suara awak walau sehari saya rasa macam saya tak dengar suara awak ibarat dah bertahun tak dengar suara awak. Tapi semua berubah. Sejak awak kenal dia. Awak berubah, awak dah tak jadi macam dulu, macam yang saya kenal dulu. Masa yang awak ada, awak habiskan dengan dia. Sehinggakan saya tak tahu saya kat dalam hati dan hidup awak tuh no berapa? Apakah saya masih penting at dalam hidup awak ataupun dah tak.

Dulu awak berjanji .... "Sayang, saya nak awak tahu, hanya awak je kat dalam hati awak. Bukan orang lain. Saya hanya nak hidup bersama dengan awak"
Itu janji awak dulu kan, tapi sayang semua dah berakhir. Awak sanggup lupakan saya dan tinggalkan saya hanya disebabkan dia. Mana janji awak dulu? Awak kata awak tak akan duakan saya, awak akan setia dengan saya. Awak kata setia awak macam ombak dengan pantai, tapi awak tengok laa akhirnya? Awak tetap setia pada saya ke tidak? Tak kan, awak sanggup duakan saya. Janji awak hanya tinggal janji, janji awak semua nya palsu. Kalau awak memang sayangkan saya, awak tak akan buat macam tuh kat saya kan. Tapi akhirnya saya sedar, cinta awak memang tak ikhlas untuk saya kan. Cinta awak hanya permainan. Awak tak pernah sedar kalau saay betul*betul sayangkan awak. Awak selalu anggap saya tak bermakna untuk awak selepas awak kenal dia. Kenapa awak macam tuh? Kenapa awak sanggup lukakan hati saya?  Sedangkan awak tahu kan saya sayangkan awak. Saya sanggup terluka dan menangis sebab awak, tapi awak tak pernah nak menyedari semuanya. Yang awak tahu ialah salahkan saya. Dan awak sanggup tuduh saya yang bukan*bukan. Sampai hati awak kan. Awak langsung tak nak dengar apa yang saya nak jelaskan pada awak.

Dan akhirnya saya memilih untuk pergi dari hidup awak. Saya biarkan awak bahagia dengan dia, dan saya sanggup terluka disebabkan awak. Saya bawak semua kesedihan saya pergi dari awak. Saya pergi tapi awak tak pernah tahu kalau saya dah terluka disebabkan awak. Saya pergi tapi semua luka yang awak dah bagi kat saya tetap segar dan indah kat dalam ingatan saya :'(

Awak, sekarang luka yang pernah awak bagi kat saya, semua dah hilang. Sekarang saya dah bahagia tanpa awak. Sekarang saya dah bahagia dengan dia. Tapi kenapa disaat saya mulai nak bahagia, kenapa awak datang kembali dalam hidup saya? Awak nak kembalikan luka dulu? Awak nak kembalikan kenangan di mana awak dah ingkari semua janji awak dulu? Untuk apa awak kembali lagi? Sedangkan awak dah berjaya buat hati saya terluka. Awak sendiri yang bagitahu saya kan, saya bukan untuk awak, tapi dia. Saya tak sebaik dia. Saya tak seelok dia. Saya tak macam dia. Dan awak lebih memilih dia. Tapi kenapa akhirnya awak kembali lagi? Awak kembali disaat saya dah mulai membuka hati saya untuk Dia yang lebih memahami saya. Awak kata semua yang terjadi dulu hanyalah permainan awak utnuk tengok kesetiaan saya pada awak. Awak, kenapa Sweet sangat? Tapi sayang, saya yakin semua tuh bukan permainan, tapi ia nyata. Awak bersama dia, awak bahagia dengan dia. Sesuatu yang awak tak pernah buat untuk saya, awak buat untuk dia. Sampai hati awak kan :'(

Sekarang, cinta saya dah utuh untuk dia. Dah tiada sisa lagi untuk awak. Dan saya memilih untuk hidup bersama dia, bersama dia yang akan menjaga saya dan akan menjadi imam saya. Insha Allah selamanya. Sekarang saya dah jadi tunang dia. Dan dah tak lama lagi, ikatan saya dengan dia akan halal. Awak, kenapa di saat sy dah pergi menjauh kenapa di saat itu awak baru nak cari saya? Awak, kenapa di saat saya dah boleh lupakan awak kenapa awak datang kembali kat dalam hidup saya? Dan kenapa saya nak meraih mimpi kenapa awak seperti nak hancurkan mimpi saya? Awak kata awak dah bahagia dengan dia, tapi nape awak tetap nak kacau hidup saya lagi?......

#pesanan dari biyy, jangan sia*siakan seseorang yang sayangkan kita, nanti bila dia dah pergi dan tinggalkan kita, baru kita nak menyedari bahawa dia memang bermakna kat dalam hidup kita. Hargai dia selagi dia ada, dan tak perlulah hargai dia selepas dia pergi tinggalkan kita. Apa yang biyy tulis kat atas tuh, hanyalah sekadar cerita. Untuk pengajaran diri kita sendiri#
Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:24
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 13 March 2013

Sandiwara cinta ....

                                                             Aku tahu ini semua tak adil
                                                              Aku tahu ini sudah terjadi
                                                      Mau bilang apa aku pun tak sanggup
                                                        Air mata pun tak lagi mau menetes

                                                          Alasannya seringkali ku dengar
                                                          Alasannya seringkali kau ucap
                                                       Kau dengannya seakan ku tak tahu
                                              Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

                                                         Jujurlah sayang aku tak mengapa
                                                           Biar semua jelas telah berbeda
                                                           Jika nanti aku yang harus pergi
                                                              Ku terima walau sakit hati

                                                       Mungkin ini jalan yang engkau mau
                                                       Mungkin ini jalan yang kau inginkan
                                                        Kau dengannya seakan ku tak tahu
                                                    Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Tetiba tadi biyy boleh terdengar lagu tuh. Then biyy pergi google and cari lirik lagu tuh. Serious, nak menitis dengar lagu tuh. Sandiwara Cinta. Kenapa ye perlu nak menipu dalam percintaan? Kenapa kata cinta kat seseorang sedamgkan hati tak pernah cintakan dia? Dan kenapa perlu kata akan setia pada dia seorang sedangkan dalam diam dan di belakang dia, awak curang. Luka bila dikhianati oleh seseorang yang kita sayang tuh amat sedih dan terluka. Bila kita dah setia dan sayangkan dia, kenapa dia harus lukakan kita dan sanggup duakan cinta kita? Sampai hati kan.
 




Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:06
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 12 March 2013

Aku hanya ingin bahagia ...

Assalamualaikum ....
Hari nih kenapa biyy rasa sayu sangat? Ibarat semua yang biyy buat semua buat biyy sedih. Orang cakap laen pon biyy boleh sedih. Semestinya biyy bahagia dengan apa yang terjadi. Tapi selepas satu hal nih terjadi, semua berubah. Biyy yang tadi nya boleh senyum dan ketawa tapi sekarang dah tak. Tadi beruang try bagi nasihat kat biyy. Dia kata "Biasa lah tu novia, bila kita taruhkan hati kita ni kat orang  yang amat kita sayang, lepas tu dia tinggalkan kita memang sangat*sangat terasa. Awak kena kuat, awak anggap ni semua ujian dari Allah. Dia nak uji awak, berapa kuat mental awak. Sabar ye" Herm terima kasih beruang sebab dah bagi semangat dan nasihat kat panda. Panda hargai semua nasihat yang beruang bagi tadi. Tapi bukan sebab tuh panda sedih, tapi sebab lain. 

Biyy tahu semua orang ada masalah kan, tipu lah kan kalau tak ada masalah langsung. Tapi biyy sukar nak terima apa yang dah terjadi. Semua semangat biyy hilang. Semua harapan biyy hilang. Semua yang biyy sayang lukakan hati biyy. Semua janji yang mereka bagi kat biyy semua hanya lah tipuan semata*mata. Untuk baybiee dengan untuk beruang biyy masih boleh tersenyum dan gelak ketawa bila tapi hati biyy. Siapa yang tahu? Biyy pon ada hati dan perasaan. Hati biyy pon terluka bila orang yang biyy percaya akhirnya lukakan hati biyy. Biyy boleh kata biyy kuat, tapi sebenarnya biyy dah tak kuat :'( Sampai hati kan, lukakan hati biyy. Tapi biyy tahu, semua tuh hanya lah ujian untuk biyy supaya biyy betul*betul kuat hadapi semua nya. 

Andai awak tahu, biyy tak pernah nak mintak lebih. Biyy hanya nak minta kebahagiaan sikit je. Biyy tak kesah andai awak hadir kat dalam hidup biyy hanya untuk sementara. Tapi awak bagi kebahagiaan pada biyy. Bukannya awak hadir dah buat dan ubatkan luka biyy lepas tuh awak tinggalkan biyy macam tuh aje sebab awak dah bahagia dengan orang lain. Awak tahu? Awak bukannya buat luka biyy hilang tapi yang ada awak tambahkan luka yang biyy rasa. Yang ada biyy akan rasa kalau semua orang tuh sama. Hanya singgah kejap kat dalam hidup biyy, dan pergi bila awak dah bahagia dan lupakan biyy. Sampai hati awak buat biyy macam tuh kan. Biyy pon nak jugak ada kawan yang boleh terima biyy seadanya dan boleh dengar cerita biyy, tapi yang ada biyy hanya dapat kawan yang dia nak biyy dengar keluh kesah dia tapi bila biyy nak bercerita dia langsung tak nak dengar. Bila dengar pon acuh tak acuh. Macam mana biyy tak jadi macam nih jadinya? Biyy lebih rela pendam apa yang biyy rasa. Macam mana biyy nak cerita sedangkan tak ada orang yang nak dengar. Bila biyy cerita pon yang ada mereka salahkan biyy balik :'( Langsung tak nak dengar apa yang biyy nak cakap. Biyy pon terluka. Terkadang bila biyy dengar masalah mereka, dalam hati biyy berkata "luka aku lebih sakit dari luka yang kau rasa" tapi mereka langsung tak nak dengar kelukaan yang biyy rasa :'( Semua selalu sangat nak salah anggap pada biyy. Langsung tak ada yang indah kat dalam hidup biyy. macam biyy nih hina sangat ! Jahatkan ! Langsung tak ada yang nak dengar apa yang biyy rasa ! Biyy pon nak jugak diberikan perhatian even hanya untuk seketika. Kenapa disaat biyy menangis tak ada yang nak tolong hapuskan airmata biyy? Kenapa bile biyy terjatuh langsung tak ada yang nak tolong biyy bangun. Dan bila biyy gagal kenapa langsung tak ada orang yang nak bagi biyy semangat balik. Dan bila biyy dah terluka kerana cinta kenapa orang disekeliling biyy makin buat biyy terluka.... 

Biyy hanya nak merasakan kebahagiaan yang sesungguhnya :'(

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:24
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 11 March 2013

Kepercayaan Karut Ketika Haid...

Kepercayaan karut atau mitos mengenai haid sebenarnya ada pada semua bangsa cuma dalam versi yang berbeza. antara kepercayaan karut yang masih dipegang ramai wanita di seluruh dunia ialah ::

MITOS :: TIDAK BOLEH MENCUCI RAMBUT KETIKA HAID KERANA IA AKAN MENYEJUKKAN BADAN.....
Hakikat :: Ketika inilah aspek kebersihan sangat pentung. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mandi atau mencuci rambut. Malah mandi dalam air suam boleh melegakan sakit perut akibat senggugut. Bagaimanapun jika boleh jangan mandi dengan air yang terlalu sejuk kerana secara teorinya ia akan menyebabkan pengecutan rahim - yang membuatkan senggugut jadi lebih teruk.

MITOS :: TIDAK AKAN HAMIL JIKA MENGADAKAN SEKS KETIKA HAID.....
Hakikat :: Tidak benar. Islam melarang mengadakan hubungan seks ketika haid. Bagaimanapun jika anda melakukannya, anda boleh mengandung. Haid bukan pencegah kehamilan. Anda masih boleh mengandung kecuali jika menggunakan kaedah pencegahan kehamilan seperti alat dalam rahim, pil perancang atau kondom.

MITOS :: SINDROM PRAHAID (PMS) HANYA MAINAN PERASAAN SAJA....
Hakikat :: Ketika haid, banyak perubahan hormon yang berlaku. Perubahan hormon ini yang membuatkan emosi seseorang wanita berubah-ubah.

MITOS :: ORANG BOLEH TAHU JIKA ANDA HAID.....
Hakikat :: Tidak. Hanya anda saja yang tahu perkara ini kecuali berlaku kebocoran sehingga darah haid terkena pakaian. Jika tidak, anda tidak perlu risau kerana orang tidak akan tahu dengan hanya melihat anda.

MITOS :: HAID MENYEBABKAN BADAN LEMAH, JADI TIDAK DIGALAKKAN BERSENAM ATAU MELAKUKAN AKTIVITI LASAK....
Hakikat :: Haid adalah fungsi badan yang normal bagi wanita. Haid bukanlah satu kekurangan atau ketidakupayaan. anda boleh melakukan aktiviti yang sama seperti ketika tidak haid. Bagaimanapun dalam sesetengah keadaan haid boleh menyebabkan seseorang wanita cepat penat terutama bagi yang mengalami pendarahan banyak atau ada masalah anemia (kurang darah). Zaman dulu haid dianggap tempoh "sakit" bagi wanita dan mereka dilarang keluar serta bergaul dengan orang ramai.

MITOS :: TEMPOH HAID HANYA TUJUH HARI SAJA....
Hakikat :: Tempoh haid setiap orang berbeza. Secara purata tempoh haid ialah empat hingga lima hari, tetapi jika haid anda pendek (tiga hari) atau panjang (lapan hari), usah bimbang kerana ia adalah perkawa normal. Bagaimanapun sekiranya darah masih keluar selepas 15 hari, ia tidak dikira haid sebaliknya dipanggil darah istihadah. Bagi wanita Islam, ibadat yang wajib perlu dilakukan walaupun masih mengalami penderahan.

MITOS :: TIDAK BOLEH BERENANG KETIKA HAID....
Hakikat :: Larangan ini mungkin timbul sebelum kemunculan tampon dan "cawan" penadah darah haid (kurang popular). Wanita yang menggunakan tampon atau cawan haid boleh berenang tanpa sebarang masalah.

MITOS :: REMAJA TIDAK BOLEH GUNA TAMPON....
Hakikat :: Semua perempuan boleh menggunakan tampon. Bagaimanapun kebanyakan wanita di Malaysia lebih selesa menggunakan tuala wanita yang bukan sahaja murah dan mudah. Malah ia dapat mengelakkan masalah "terlupa" untuk mengeluarkan tampon.

MITOS :: SESETENGAH AMALAN DAPAT MEMANJANGKAN ATAU MEMENDEKKAN KITARAN HAID......
Hakikat :: Tidak benar. Tiada amalan atau pemakanan khusus yang dapat memanjang atau memendekkan tempoh haid. Bagaimanapun penggunaan alat pencegahan kehamilan yang mengandungi hormon boleh mempengaruhi tempoh haid anda.

#Okayy, artikel nih biyy amek dari METRO, Isnin, 18 April 2011... Dah lama lah jugak keratan akhbar tuh dalam fail. Baru sekarang biyy bukak dan akhirnya biyy amek keputusan untuk tulis dalam blog nih. Semua tuh sama dengan artikel nya. Tak ada kurang dan tak ada biyy tambah apa*apa. Antara betul ataupun tidak, biyy tak tahu. Biyy hanya nak kongsi apa yang biyy ada walaupun ia dari artikel keluaran akhbar#
 
Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:31
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Untukmu Teman

Teman,
Selama ini aku bersama denganmu,
Kejujuranmu dan keikhlasanmu,
Aku terima untuk berteman denganku,
Walaupun engkau tahu aku tidak sempurna...

Teman, 
Aku berterima kasih denganmu,
Kerana sudi mendengar isi hatiku,
Dan mendengan kesedihanku,
Hingga aku merasa hanya engkau teman sejatiku....
 
Tetapi, 
Aku baru sedar dari mimpiku,
Semua keikhlasanmu hanya tipuan belaka,
Aku terjebak dalam permainanmu,
Kau sanggup memperdayakanku,
Teman yang aku anggap ikhlas berteman denganku, 
Hanyalah sekadar mimpi buruk untukku....

Teman,
Inginku bertanya,
Mengapa engkau membuatku sebegini,
Apa salahku padamu,
Seandainya engkau tahu, 
Hati ini meraung dan menangis, 
Mengenang nasib disakiti oleh teman sendiri....

Teman, 
Aku menyesal kerana tidak tahu, 
Niatmu yang hanya ingin melihatku terluka,
Terima kasih teman, 
Kerana telah melukakanku,
Dan menghianati kepercayaanku padamu....
 
#Best jugak buat puisi macam nih :') Teringat kisah silam, dah hampir 4 tahun berlalu tapi ia masih segar dalam ingatan#

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 20:45
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 10 March 2013

I Love You :')

AKU CINTA KAMU.... I LOVE YOU..... Tiga patah perkataan sahaja tapi sekiranya diucapkan kepada seseorang kesannya sangat mendalam. Perkataan ini akan membuatkan seseorang itu tergamam, mencebik atau tersenyum bergantung kepada situasi orang tersebut. Jika dia memang sedang menanti ungkapan ini dia akan tersenyum. Jika dia cinta tapi tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini dia akan tergamam. Jika dia benci dan meluat dengan kita dia akan mencebik.....

Ada yang suka dan sering mengucapkan ungkapan ini. Seolah*olah ungkapan ini seperti hanya rutin harian baginya. Ada yang terlalu sukar mengucapkannya, terkelu lidah seolah*olah diletakkan gam apabila cuba mengucapkannya. Bagi mereka ungkapan ini terlalu mahal harganya. Dan apabila mereka mengucapkannya mereka akan komited pada maksud ungkapan ini.

Ada juga yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih tapi tidak pernah mencuba untuk mengatakan "Aku juga mencintaimu" atau "I love you too" kerana bagi mereka senyuman itu sahaja sudah cukup sebagai jawapan. Janganlah begitu...... setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan pada ucapan cinta mereka. Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Maka, ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta. Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita ........

*Artikel nih bukan biyy yang cipta sendiri, tadi biyy selongkar fail yang pasal cintan cintun yang biyy simpan. Dan biyy dapat dan jumpa satu artikel yang biyy print entah bila. Artikel nya menarik hati biyy, dan akhirnya biyy taip dan post at blog biyy nih*


Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:16
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kecuali Kamu

Assalamualaikum....
Dah beberapa hari nih biyy bangun tidur je comfirm mata macam panda. HAHA, comey tak ape jugak. Nih nampak sangat macam panda. ESH ! Baru je sembuh dari demam tapi akhirnya demam balik. Haish kenapa lah lemah sangat badan nih? Nih memang nak suruh biyy pergi jumpa abang doktor la kan. Ceh, abang ! HAHA. Dulu mak biyy kata masa biyy kecik, darah biyy darah rendah sebab tuh masa kecik selalu masuk kuar hospital. Tapi Alhamdulillah bila dah besar nih tak ada la kuar masuk hospital. Tapi sekarang ? Mudah betul penyakit datang. Tian*tian.....

Biyy nak luahkan something yang buat biyy terluka. Dulu biyy pernah kena tapi dah hampir lama biyy tak rasa luka macam tuh. Tapi biyy tak tahu kenapa, luka yang pernah biyy rasa ketika dulu datang balik. Biyy tak pernah minta semua luka dan sakit tuh, tapi apakan daya, semuanya datang secara tiba*tiba. 

Biyy nak cakap kat semua orang, please, jangan lukakan hati seseorang hanya untuk kepentingan diri sendiri. Awak nak bahagia tapi awak lukakan hati orang lain. Awak tahu? Kebahagiaan yang awak dapat tuh di atas penderitaan orang lain. Mak biyy selalu cakap, kalau kita memang cintakan seseorang, kita kena kata YA, dan bila kita tidak mencintai seseorang seperti mana dia mencintai kita jangan tipu dia dengan mengatakan YA, sedangkan hati berkata TIDAK ! Kalau awak hanya nak bagi harapan yang tak pasti, tolong lah jangan lah buat orang lain tertunggu. Semua orang ada perasaan, mereka bukan patung yang dapat dijadikan tempat dan barang permainan. Mereka ada perasaan sedih, luka, pedih dan bahagia. Kalau awak hanya datang kat dalam hidup dia dan hanya nak permainkan perasaan dia, tolong jangan pernah hadir kat dalam hidup dia. Untuk apa awak hadir kat dalam hidup dia andai awak hanya nak tambah kan luka yang pernah dia rasa sebelum nih. Yang ada, dia makin terluka dan mungkin dia akan berkata "SAYA PERNAH TERLUKA. TAPI SAYA TAK TAHU KENAPA, BILA DENGAN AWAK SAYA MAKIN TERLUKA. KECUALI AWAK, DENGAN AWAK, SAYA LEBIH TERLUKA"


Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 10:29
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ▼  03/10 - 03/17 (7)
      • Janji Awak Dulu ...
      • Sandiwara cinta ....
      • Aku hanya ingin bahagia ...
      • Kepercayaan Karut Ketika Haid...
      • Untukmu Teman
      • I Love You :')
      • Kecuali Kamu
    • ►  03/03 - 03/10 (7)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ►  02/10 - 02/17 (2)
    • ►  02/03 - 02/10 (5)
    • ►  01/27 - 02/03 (10)
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.