###
“Sampai hati abang!
“Abang buat macam nih sebab abang terpaksa memilih antara
kekasih dan adik angkat….
“Abang, amy nih just adik abang je kan, tak lebih kan…
“Tapi dik…..
“Abang! STOP! Abang lebih pilih kekasih abang tuh kan. Okay
tak ape, adik akan mengalah. Tapi abang ingat satu hal, adik tak akan kembali
lagi dengan abang. Sebagai kawan ataupun sebagai adik, adik tetap tak akan
kembali…
“Dik… jangan lah macam nih, adik kena faham tempat abang
sekarang…
“Tempat ape abang? Ape? Adik rasa antara adik dengan kekasih
abang tuh, adik kenal abang dulu kan, adik yang datang terlebih dahulu kat
hidup abang bukan dia. Abang kejam. Adik tak nak kenal abang lagi…..
###
Setiap Amelia
memegang dan memeluk anak patung koala pemberian Syafiq 7 tahun yang lalu, dia
pasti akan ingat semula apa yang telah terjadi kepada mereka dahulu. Ketika itu
Amelia di tingkatan 3 manapula Syafiq di tingkatan 5. Di sekolah, semua orang
tahu hubungan mereka. Al maklum, Syafiq merupakan senior yang disukai ramai
pelajar junior di sekolah itu. Hubungan mereka hanyalah sekadar abang dan adik,
namun sejak Syafiq mengenali dan dekat dengan seorang perempuan yang menjadi
kekasihnya, hubungan dia dengan Syafiq berakhir.
Amelia memang tidak
menyangka, Syafiq lebih memilih kekasihnya daripada dia yang dikenalinya sejak
hari pertama dia masuk ke sekolah menengah itu. Dan semenjak itu juga dia sudah
tidak mendapat sebarang khabar berita tentang Syafiq. Syafiq menghilang dari
kehidupannya….
“Ha, tak habis*habis dengan koala dia nih kan…
“Akak, jangan lah. Tuh adik punyer taw…
Amelia sudah mulai
merajuk dengan kakak sepupunya itu.
“Lah, adik akak dah buat muncung itik dia la pulak. Dik,
awak tuh dah 22 tahun taw. Masih lagi nak merajuk macam budak*budak…
“Alaa akak nih, 7 tahun okay adik tak jumpa akak.
Amelia sudah mulai
mendekati kakak sepupunya itu dan memeluknya. Dia memang manja dengan kakak
sepupunya. Di dalam keluarganya, Amelia merupakan anak tunggal. Selepas
kematian ibubapanya akibat kemalangan dia diasuh pula oleh maklong dan
paklongnya yang merupakan ibubapa Aina, kakak sepupunya itu. Dia juga sudah
memanggil maklong dan paklongnya Ummi dan Abah. Merekalah tempat dia meminta
kasih dan sayang. Merekalah tempat dia bermanja semenjak kematian ibubapanya
sewaktu dia berusia 5 tahun.
“Dah kenapa pulak kau ni dik. Akak tahu lah kau rindu nak
manja*manja dengan akak. Tu lah mengada sangat kan lepas PMR terus ikut mak usu
pergi sekolah kat luar pulak.
“Alaa akak nih, adik pergi sana kan nak belajar….
“Nak belajar ke nak lupakan abang angkat adik tu?
“Eh kak, bila akak nak kenalkan abang ipar kat adik?
“Tengok tuh, suka sangat ubah topic kan. Tunggu la dulu,
abang ipar adik tuh sibuk sekarang.
“Herm, kalau lah masa akak tunang tuh adik ade, pasti adik
boleh kenal dengan abang ipar adik tuh kan…..
“Tuh la adik, mengade kan tak nak balik…
“Alaa, adik bukan tak nak balik kak. Tapi masa tuh kan adik
buat praktikal kan. Ujian akhir masa tuh.
“Tak ape sayang. Nah, amek balik koala kesayangan adik nih.
Akak nak pergi tolong ummi dulu.
Aina memulangkan koala milik Amelia. Aina
bangun dan sebelum dia berlalu pergi dia mencium pipi adik sepupunya itu. Dia
sangat menyayangi adik sepupunya itu seperti adiknya sendiri.
*****
###
“Syafiq! Saya tak kesah, awak kena putuskan hubungan awak
dengan adik angkat awak tuh.
“Awak nih kenapa, Aina? Apa salah dia?
“Apa salah dia? Awak masih boleh tanya kat saya apa salah dia? Setiap kita berdua, yang
awak ingat adik angkat awak aje kan. Kalau boleh, semua yang nampak comel tak
kira benda apa, semua awak nak beli. Saya ingat awak beli untuk saya, tapi apa?
Awak beli untuk adik angkat awak kan.
“Aina, dia tuh dah taka de mak dengan ayah. Dia sebatang
kara sekarang nih. Dia pon anak tunggal. Tolong lah faham.
“Awak suruh saya faham dia? Tapi awak ada ke nak faham
perasaan saya? Hidup awak dah penuh dengan dia. Amy? Siapa Amy? Awak tak pernah
pon nak kenalkan dia dengan saya kan. Macam ni aje, kalau awak betul*betul
sayangkan saya, putuskan hubungan awak dengan adik awak angkat tuh….
###
“Adik, sekarang adik
kat mana? 7 tahun abang cuba cari adik, tapi abang tak pernah jumpa. Sekarang
abang dah nak kahwin, tapi sampai sekarang adik tak datang*datang. Adik
betul*betul dah tak nak kenal dengan abang ke? Kalau abang dibagi kesempatan
kedua, abang nak minta maaf kat adik…..
Airmata Syafiq
mengalir dipipinya. Semua barang yang diberikan oleh Amelia masih dia simpan
dengan baik. Sebulan lagi dia akan menjadi suami kepada Nur Aina Syazwani, tapi
kenangannya dengan Nur Amelia Natasha masih segar di ingatannya. Begitu sukar
untuk dia menghilangkan kenangannya bersama Amy.
Sejak kepergian Amy
dari hidupnya, dia mulai menyedari bahawa dia bukan sahaja mengganggap Amy
sebagai adiknya, tapi lebih dari seorang adik. Namun, kini dia sudah menjadi
tuning orang dan akan menjadi seorang suami. Oleh itu, dia harus membuang semua
kenangannya bersama dengan Amy.
“Fiq, kenapa kau? Kotak tu?
“Ta ade ape la. Aku ingat aku nak buang lah semua barang
yang Amy bagi kat aku nih.
“Kenapa pulak?
Amir yang merupakan
sahabatnya itu berjalan mendekati Syafiq. Dia tahu kisah cinta Syafiq. Dan dia
juga tahu semua tentang Amy, Aina dan Syafiq.
“Kenapa tak dari dulu je kau buang semua nih? Kenapa
sekarang?
“Aku nak mencuba untuk lupakan Amy….
“Aku pelik dengan kau. Kau dengan si Aina tuh dah nak kahwin
baru sekarang kau nak lupakan semua tentang Amy?
“Aku terpkasa……
“Dah la, aku harap kau boleh lupakan Amy dari hidup kau. Dan
cintakan Aina seperti mana kau cintakan Amy… Aku nak gerak dulu…..
Amir berlalu pergi
meninggalkan Syafiq.
… Cintakan Aina seperti mana kau cintakan
Amy….
Mungkinkah dia
dapat mencintai Aina seperti mana dia mencintai Amy ketika dulu. Memang pada
awal perkenalannya dengan Aina, dia amat mencintai dan menyayangi Aina. Tapi semenjak
kepergian Amy dari hidupnya, baru dia tahu apa erti cinta yang sebenarnya di
dalam hidupnya.
Dengan perlahan
Syafiq bangun dari tempat duduknya. Dia mengumpul semua barang yang diberikan
oleh Amy ke dalam kotak. Lalu dia membawa kotak itu menuju ke keretanya.
Syafiq memandu
keretanya ke tasik. Tasik di mana tempat dia dan Amy selalu berjumpa pada
hujung minggu. Dia memerhatikan tasik itu dengan pandangan yang sayu. Semua
sudah berubah. Tapi hatinya masih tidak berubah, hatinya masih utuh untuk Amy.
Tapi sekarang dia harus melupakan Amy dalam hidupnya. Dan denagn perlahan,
semua barang yang berada di dalam kotak yang dibawanya dia keluarkan. Dia
memandang semua barang itu lalu dia menuju ke sungai yang berdekatan tasik itu.
Satu persatu barang
di dalam kotak itu dia buang ke dalam sungai. Dia ingin semua kenangannya
hilang bersama dengan air sungai yang mengalir itu. Dia sudah tidak ingin
menyimpan sebarang kenangannya bersama dengan Amelia. Setelah semua barang yang
berada di dalam kotak itu dia buang ke dalam sungai, dia terus berlalu pergi
meninggalkan sungai itu….
Baru 5 minit Syafiq
meninggalkan sungai itu, Amelia pula yang datang ke sungai itu. Dia melihat di
sekeliling tasik yang merupakan tempat kenangannya bersama dengan Syafiq
dahulu. Sungguh, semuanya sudah berubah. Tapi hatinya tidak seperti tasik itu.
Tetap tidak berubah. Dia berjalan kea rah batu besar di tepi sungai itu.
Dahulu, di batu itulah dia dan Syafiq akan duduk selepas pulang dari sekolah…
###
“Abang, adik harap kasih dan sayang abang macam sungai yang
mengalir tuh. Dia sentiasa mengalir. Dekat tempat yang paling kecik pun dia
tetap mengalir…
“Ye adik. Adik kena ingat satu hal. Abang tak akan pernah
tinggalkan adik sampai bila*bila adik akan tetap jadi adik abang. Kalau nanti
abang dah ade kekasih sekalipun, abang janji abang tak akan tinggalkan adik.
Abang akan tetap jadi abang adik. Tak ade seorang pon yang boleh putuskan
hubungan kita sebab adik merupakan adik kesayangan abang…
“Janji?
“Janji adik…
###
“Abang, dulu abang
janji akan tetap jadi abang adik walaupun abang ade kekasih. Tapi adik tak
sangka abang lupa dan ingkar dan tak tetapi janji abang sendiri. Di pertengahan
jalan, abang dah lupa semua janji abang dekat adik. Abang kata abang tetap jadi
abang adik, tapi apa? Abang sanggup pilih kekasih abang daripada adik. Abang
kata adik nih adik abang. Adik kesayangan abang, tapi abang buat adik macam
orang lain. Macam tak bermakna!”
“Maaf cik saya
ganggu. Tapi saya nak cakap, tak baek kalau cik duduk kat tepi sungai nih
sorang*sorang. Lagipun dah senja nih…
Amelia tersedar
dari lamunannya. Dia tidak menyangka hari sudah mulai senja. Dia berpaling melihat
jejaka yang menegurnya. Lalu dia tersenyum.
“Terima kasih, saya tak sedar pulak kalau hari dah senja…
“Sama*sama.
Amir memerhatikan
gadis di depannya itu. Cantik! Dan seperti seseorang yang dia kenal. Tapi
siapa?
Amir dan Amelia
berjalan menuju ke pondok yang berhampiran dengan tasik itu.
“Awak, awak ni Amir kan?
“Ha’ah saya Amir. Awak kenal saya ke?
“Siapa yang tak kenal dengan senior yang Hot masa kat
sekolah dulu.
“Eh kejap.
Amir menghentikan
langkahnya begitu juga dengan Amelia. Amir memerhatikan Amelia. Amelia
tersenyum dan akhirnya Amir juga tersenyum apabila melihat senyuman Amelia itu…
“Laa, Amy rupanya. Dah cantik sangat dah sekarang. Jauh beza
dari dulu. Sebab tu la saya sampai tak kenal dengan Amy. By the way, mana
menghilang selama ni?
“Menghilang? Tak menghilang pon. Ade je kat sini. Awak masih
berkawan ke dengan Syafiq?
“Ooo, abang angkat awak tuh? Masih. Awak tahu kan bulan
depan dia dah nak kahwin?
“Hah?
Handphone di tangan
Amelia terjatuh dari pegangan tangannya. Dia terkejut dengan berita itu. 7
tahun dia menghilang dan tidak mendapat sebarang khabar daripada Syafiq, dan
apabila dia kembali dia harus menerima kenyataan bahawa Syafiq akan menikah.
Amir dapat melihat,
mata Amelia mulai merah dan dikelopak matanya sudah tergenang air. Airmata!
Namun, belum sempat airmata Amelia mengalir, dia tunduk mengambil handphonenya
yang terjatuh tadi..
“Amir, kau buat apa kat sini? Amboii, dengan awek, patut pon
tadi kau tergesa*gesa keluar tinggalkan aku…
“Syafiq……
“Syafiq?”…..
Amelia mengangkat
mukanya untuk memandang lelaki yang dipanggil Syafiq oleh Amir itu. Dia kenal
dengan suara itu. Dan….
“Abang……
Syafiq yang sedang
leka berbual dengan Amir terus memandang gadis yang bersama Amir itu. Suara itu
dia kenal…… Amy?
“Abangg…
“Adik? Nih betul adik ke? Nih betul Nur Amelia Natasha? Adik
abang?
“Ye, ni Amy. Tapi bukan adik abang lagi sejak abang lebih
memilih kekasih abang….
“Adik, adik tetap adik abang. Adik akan tetap jadi adik
abang sampai bila*bila…..
Amir yang melihat
pertemuan antara adik dan abang angkat itu hanya diam di tempat duduknya. Dia
juga terharu melihat pertemuan itu. Dia dapat melihat kegembiraan di mata
Syafiq. “Kau dah jumpa dia, Fiq”
*****
Sejak pertemuannya
dengan Amelia semalam, hati Syafiq mulai tidak tenteram. Kenangan dia bersama
Amelia datang kembali ke dalam hidupnya. Aina disebelahnya hanya dipandang
sepi. Ibarat Aina tidak wujud di sebelahnya..
“Awak.. Awak? Syafiq!
“Eh, ha, iye.
“Kenapa nih termenung? Saya panggil pon awak tak endahkan.
“Maaf Aina. Saya tengah fikir tentang majlis kita bulan
depan..
“Ha, cakap pasal majlis kita. Awak nak tahu tak? Adik
kesayangan saya yang belajar dekat luar tu dah balik taw. Awak tahu? 7 tahun
kitorang tak jumpa. Dan awak nak tahu? Dia makin cantik taw. Nah, ni gambar
dia….
Aina menghulurkan
telefon bimbitnya kepada Syafiq. Dia ingin menunjukkan gambar Amelia kepada
Syafiq. Syafiq mengambil telefon bimbit Aina, dan dia melihat gambar itu.
“Ya Allah. Ini………
“Cantikkan adik saya tuh. Nama dia Nur Amelia Natasha. Dulu
dia satu sekolah dengan awak. Tapi lepas PMR dia terus pindah. Masa kita tuning
dia tak dapat balik sebab masa tuh dia sibuk dengan pengajian dia. Tapi saya
bahagia, dia dapat balik untuk tengok persandingan kita. Awak tahu? Dia tuh dah
macam nyawa saya taw. Saya sayang sangat kat dia. Syafiq? Awak dengar tak?
“Eh, ye ye. saya dengar….
Aina senyum. Tapi
dia dapat merasakan senyumannya itu kelat. Dia dapat melihat perubahan wajah
Syafiq ketika melihat gambar Amelia. Seperti ada sesuatu….
*****
“Kak, adik nak keluar kejap taw. Adik nak jumpa seseorang..
“Seseorang siapa dik?
“Akak ingat tak dengan abang angkat adik masa adik sekolah
dulu yang selalu adik citer kat akak?
“Ha, ingat.
“Adik dah jumpa dia balik taw.
“Patut pon adik akak nih bahagia semacam je. Rupanya dah
jumpa balik dengan tambatan hati adik tuh.
“Tapi kan kak…..
Amelia mengatur
langkahnya untuk duduk disebelah Aina. Lalu, dia memegang erat tangan Aina.
Aina memandang Amelia. Ada titisan air jernih mengalir dari kelopak matanya.
“Eh, dik. Kenapa menangis pulak nih?
“Kak, adik dah terlambat. Bulan depan dia dah nak kahwin.
“Apa?
“Herm, adik baru jumpa dia semalam. Dan adik dapat tahu dia
dah nak kahwin.
“Dah, dah. Adik jangan lah nangis lagi. Nanti tak comel adik
akak nih. Mungkin dia bukan jodoh adik adik kena terima okay. Adik kata bulan
depan dia kahwin, berapa haribulan?
“Sama dengan majlis akak. Kak, adik pergi dulu la ye, takut
pulak nanti dia tunggu lama sangat. Bye kak.
Belum pon sempat
Aina menanya siapa nama abang angkat adiknya itu, Amelia terlebih dahulu pergi
meninggalkannya. Aina hairan, kenapa boleh sama dengan tarikh majlis dia?
Apakah mungkin, selama ini abang angkat yang dimaksudkan oleh Amelia itu
Syafiq?
“Aku kena ikut adik.
Aku nak tahu siapa abang angkat adik yang adik sayang sangat tuh. Aku akan
pastikan dia bukan syafiq!”
*****
Di Taman….
“Adik, kenapa adik
menghilang selama ni?
“Herm, adik menghilang sebab abang jugak kan. Abang lebih
memilih kekasih abang daripada adik abang ingat tak? Kat batu kat tepi sungai
tuh? Abang janji dengan adik kan, abang akan tetap anggap adik nih adik abang
walaupun abang dah ade kekasih. Kan. Tapi abang lupa janji abang. Bila abang
dah ade kekasih dan bila dia suruh pilih antara adik dengan dia, abang lebih
pilih dia daripada adik.
“Adik, abang minta maaf. Abang sedar semuanya salah abang.
Sekarang abang nak tebus semua salah abang dekat adik.
Di sudut yang lain.
Aina sedang memerhatikan Syafiq dan Amelia. Airmatanya dari tadi sudah
mengalir. Dia tidak menyangka, adik angkat yang sangat disayangi Syafiq ialah
Amelia, adiknya. Dan dia juga tidak menyangka abang yang dicintai Amelia ialah
Syafiq, tunangnya. Dan dia tidak menyangka, selama ini Amelialah yang menjadi adik
kesayangan Syafiq sehingga Syafiq sanggup membela Amelia walau dalam apa pon
yang terjadi. Namun, dia tahu Amelia tidak pernah bersalah. Dia yang bersalah
selama ini. Andai dia tahu Amelia merupakan adik angkat Syafiq, mungkin dia
tidak akan menyuruh Syafiq memutuskan hubungannya bersama Amelia. Tapi dia juga
tidak sanggup untuk kehilangan Syafiq. Dengan perlahan, Aina berjalan untuk
menghampiri mereka dari arah belakang. Belum sempat Aina ingin berbicara,
Syafiq bersuara….
“Adik, adik kena tahu, abang sayangkan adik. Abang sayangkan
adik lebih dari sayang seorang abang kepada adiknya. Adik, bagi abang
kesempatan kedua. Andai adik bagi abang kesempatan, abang rela batalkan
perkahwinan abang. Abang nak hidup dengan adik. Abang hanya nak adik..
Amelia memandang
Syafiq. Tidak mungkin semua tuh akan terjadi. Dia tidak ingin merosakkan dan
menghancurkan hati tuning Syafiq.
Aina yang mendengar
perkataan Syafiq terus melangkah dengan laju untuk melihat wajah Syafiq….
“Syafiq!
“Aina…
“Kak….. Akak kenal dengan….
“Dik, kau diam! Kalau adik nak tahu Syafiq nih tunang akak!
“Tunang akak?
“Iye dik. Dia tunang. Dan awak Syafiq! Sampai hati awak.
Awak nak batalkan perkahwinan kita? Saya tak sangka awak sekejam nih. Kenapa
selama ni awak tak pernah jujur dekat saya? Kenapa awak tak nak jujur kalau
awak sayang kan Amelia. Yang merupakan adik saya dan adik angkat awak!
“Kak, akak salah faham nih. Adik dengan abang Syafiq dah tak
ade apa*apa hubungan.
“Dik, DIAM! Syafiq, saya tahu saya yang dah buat awak
tinggalkan adik angkat awak dulu. Tapi, awak sanggup batalkan perkahwinan kita
hanya sebab awak nak kembali denagn adik angkat awak? Kan betul apa yang saya
fikir selama ni. Awak sayangkan adik angkat awak bukan macam adik. Tapi macam
kekasih! Saya benci dengan awak Syafiq!
“Ainaa….. tolong dengar…….
“DIAM!
“Kak……
Amelia memegang
tangan Aina. Dia sungguh tidak menyangka Syafiq merupakan tunang kakaknya. Aina
memandang Amelia dengan wajah yang begitu sedih. Pegangan tangan Amelia di
tangannya dia pandang. Dan dengan kasar dia melepaskan pegangan tangan Amelia
di tangannya. Lalu dia berlalu pergi meninggalkan Syafiq dan Amelia..
“Kak. Kakak. Dengar adik cakap dulu. KKKAAAAKKKKKKAAAAAKKK.
Abang, abang kejar la kak Aina. Dia dah salah faham. Abang!
Syafiq hanya diam,
dia sudah tidak tahu apa yang harus dia buat. Andai dia mengejar Aina, Aina
pasti akan tetap marah padanya.
Amelia yang melihat
Syafiq hanya diam membisu terus berlari untuk mengejar kakaknya. Sewaktu Aina
mahu melintas jalan, Amelia ternampak di hujung jalan ada kereta yang meluncur
laju. Dan….
“Kkkkaaakkkkkaaakkk, AWAS!
Amelia dengan
segera menolak Aina ke tepi supaya Aina tidak terlanggar oleh kereta itu.
Tapi…..
“AAADDIIKKK!!!!!!
Aina melihat Amelia
terpelanting selepas dilanggar oleh kereta itu. Dia terus berlari mendapatkan
Amelia.
“Adik, adik bangun! Adik, adik….. Tolong, tolong saya.
Tolong call ambulance. Saya mohon. Cepat!!!
*****
Di luar bilik ICU
itu Aina tidak berhenti menangis. Ummi dan abah juga menangis. Mereka tidak
menyangka kemalangan ini akan berlaku kepada anak kesayangan mereka. Syafiq
pula hanya diam melihat keluarga itu. Dia tidak menyangka semua ini akan
terjadi. Mereka yang tadinya hanya tunduk menangis, tiba*tiba mereka semua
mengangkat muka mereka apabila mendengan pintu ICU itu di buka.
Aina terus berdiri
untuk menanyakan keadaan adiknya kepada doktor yang baru keluar dari bilik ICU
itu….
“Dok, macam mana dengan adik saya?
“Herm, awak kakak dia? Adik awak nak jumpa awak dengan
Syafiq.
“Tapi macam mana dengan adik saya?
“Berdoalah……
Aina dapat
merasakan, airmatanya sudah kering dan seluruh badannya sudah tidak bermaya.
Tapi dia tetap gagahi jua untuk berjumpa dengan Amelia. Dia berjalan
menghampiri Syafiq. Dan dia mengajak Syafiq untuk menemui Amelia…
“Kakak….
“Adik, apa yang sakit dik? Adik cakap dekat akak. Biar nanti
akak cakap dekat doktor tuh. Yang mana sakit dik?
“Kak, adik tak sakit pon.
Amelia mencuba
untuk tersenyum memandang Aina. Lalu matanya terarah kepada Syafiq… Aina dapat
melihat pandangan adiknya terarah kea rah Syafiq. Lalu, Aina menyuruh Syafiq
untuk berada di sebelah Amelia..
“Abang, abang nak tahu tak? Adik sayangkan abang
sangat*sangat. Dari awak adik kenal abang, adik dah cintakan abang. Tapi
selepas 3 tahun adik bersama abang jadi adik abang, abang akhirnya bersama
dengan orang lain. Dan adik tak sangka, orangnya kakak adik sendiri…
“Adik,,,, adik jangan lah banyak bercakap ye. adik masih
lemah nih.
“Tak, adik kuat… kakak….
“Ye adik.
“Adik minta maaf, adik tak tahu abang Sya….
“Adik, adik tak bersalah sayang. Yang penting sekarang adik
kena sembuh. Adik dah janji dengan akak kan. Nanti adik nak jadi pengapit akak
kan. Law adik nak jadi pengapit akak, adik kena sembuh dan kuat balik.
“Kakak nih….. Tapi sebelum tuh adik boleh minta satu
permintaan?
“Bole dik, apa dia….
“Tapi akak jangan marah kat adik ye.
“Tak, akak tak akan marah adik. Akak sayang adik… Jadi, akak
tak akan pernah marahkan adik…
Amelia tersenyum.
“Kak, adik nak permintaan adik nih abang Syafiq yang
tunaikan.
Aina memandang
Amelia lalu dia memandang Syafiq. Dia tersenyum lalu dia mengangguk…
“Abanggg..
“Ye adik..
“Boleh tak sekali aje abang panggil adik bukan dengan
panggilan ‘adik’ tapi abang panggil dengan panggilan ‘sayang’ dan kata abang
cintakan adik?
Syafiq diam. Dia
memandang Aina. Lama. Lalu, dengan perlahan Aina mengangguk. Itu semua untuk
adiknya….
“Sayang…… saya cintakan awak….
“Terima kasih abang….
Amelia tersenyum.
Dan dengan perlahan, tangannya yang berada di dalam genggaman Aina makin melemah.
Dan matanya mulai terpejam. Aina yang menyedari keadaan adiknya terus
menggoncang tubuh adiknya….
“Adik. Adik kenapa tutup mata adik? Kenapa tangan adik dah
tak bermaya nih? Adik, bukak mata adik. Adik! Bangun! Jangan tinggalkan kakak.
Adik janji nak jadi pengapit akak kan, tapi kenapa adik diam nih? Bukak mata
dik. Bukak! AAADDDIIIKKKKKKKKK………
Aina terus memeluk
tubuh adiknya dan mencium pipi adiknya. Kini adiknya sudah pergi, pergi
meninggalkannya untuk selamanya……..
Syafiq pula tidak
menyangka itu permintaan terakhir Amelia. Dia juga menangis. Dia tidak dapat
menahan rasa sebak di hatinya. Panggilan sayang itu merupakan panggilan pertama
dan terakhir yang untuk Amelia. Masih lagi terngiang ditelinganya “PANGGIL DENGAN PANGGILAN SAYANG”
