-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Saturday, 9 March 2013

Cinta Tak Semestinya Memiliki


     Andai luka itu dapat aku ubatkan pasti tak sesakit nih yang aku rasa. Kenapa harus aku yang merasakan kesakitan ini. Aku tak sanggup….

“Qaseh, kenapa nih? Termenung je.

   Qaseh tersedar dari lamunannya. Luka yang pernah dia rasa tak pernah hilang dari hidupnya. Makin dia mencuba untuk melupakan apa yang pernah dia lalui, semakin itu juga lah kenangan pahitnya dulu semakin dekat dan selalu segar dalam ingatannya.

“Nad, tak ada apa la. Qaseh okay aje.
“Qaseh, jangan tipu perasaan Qaseh. Ni mesti sebab Hairul kan. Qaseh, lupakan la dia. Dah 3 tahun berlalu kan. Kenapa Qaseh sukar sangat nak lupakan dia?
“Bukan semudah yang dikatakan untuk Qaseh lupakan dia, Nad. Dia pernah datang kat dalam hidup Qaseh disaat Qaseh terjatuh. Dan dialah orang yang dah Berjaya buat Qaseh tersenyum balik. Tapi rupanya, cinta yang dia berikan pada Qaseh hanyalah sandiwara……….
“Sudah. Cukup sayang. Semua dah berlalu kan. Qaseh kena move on dari dia. Qaseh kena buka kan balik hati Qaseh untuk terima cinta baru. Qaseh, ramai lelaki kat luar sana nak hidup dengan Qaseh. Dan salah seorangnya ialah abang Nad sendiri. Dia dah lama berkenan kat Qaseh, tapi Qaseh selalu menolak dia.
“Qaseh tak boleh………
“Tak ada guna juga kalau Nad paksa Qaseh. Nad hanya boleh cakap, Qaseh kena move on dari insane yang bernama Muhammad Hairul Asyraf tu………

   Nadia terus berlalu meninggalkan Qaseh. Qaseh pula hanya memerhatikan setiap langkah Nadia meninggalkan dia. Memang betul apa yang dikatakan oleh Nadia. Dia harus melupakan Hairul. Walaupun cintanya pada Hairul sukar untuk dihapuskan, tapi dia tetap harus melupakan Hairul. 3 tahun dia merana dan hatinya tertutup untuk menerima cinta dari lelaki lain. Semua kerana Hairul….

 ####
“Qaseh, kalau Hairul jadi bintang, Qaseh nak jadi apa?
“Herm, Qaseh nak jadi semuanya untuk Hairul. Bulan, langit… semua lah. Biar qaseh sentiasa bersama dengan Hairul.
“Alahaiii, sweet nyaa dia nih.
“Laa, baru kenal ke? Qaseh kan memang sweet. Lagi*lagi kalau untuk Hairul.

   Qaseh amat bahagia setelah mengenali Hairul. Hairul hadir ke dalam hidupnya disaat dia kehilangan seseorang yang dia sayang yang lebih memilih untuk bersama dengan perempuan lain. Dan Qaseh tidak menyangka, perempuan yang dipilih oleh kekasihnya itu merupakan sahabatnya sendiri. Tapi disaat dia terluka dan tidak tentu arah, Hairul datang ke dalam hidupnya member kata semangat dan membuatkan dia semangat kembali. Dan setelah mengenali Hairul, hati dia mulai terbuka untuk terima cinta baru.

   Setiap detik, pasti akan ada sesuatu dari Hairul yang membuatkan dia tersenyum. Kehadiran Hairul telah Berjaya mengembalikan senyuman Qaseh Aubie Putri yang telah hilang kerana cintanya diduakan oleh seseorang yang paling dia sayang….. NAMUN… Rasa bahagia yang dia rasa itu hanyalah sementara………..

“Qaseh, Hairul nak cakap sesuatu kat Qaseh. Dah lama Hairul simpan semua ni.
“Apa dia?
“Sebenarnya, Hairul dah tipu Qaseh. Dan sebenarnya Hairul ada kekasih hati. Maafkan Hairul terpaksa tipu Qaseh. Hairul terpaksa  tipu sebab Hairul nak kembalikan senyuman Qaseh. Maafkan Hairul. Hairul tak bermaksud untuk lukakan hati Qaseh. Haii……..
“Tak apa Hairul. Qaseh faham.
“Qaseh, Hairul minta maaf sangat*sangat. Hairul tak bermaksud untuk buat Qaseh terluka.
“Hairul, tak perlu minta maaf, mungkin salah qaseh juga yang mudah jatuh cinta pada Hairul. Qaseh faham dengan apa yang terjadi. Jangan risau, qaseh kan kuat orangnya. Tengok. Qaseh masih boleh tersenyum……. Okayy lah, Qaseh kena pergi sekarang. Qaseh ada janji dengan kakak Qaseh….

   Qaseh mulai berjalan meninggalkan Hairul. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah…. Dia berhenti dan berpaling melihat Hairul. Dia tersenyum memandang Hairul. Selepas itu dia memulai langkah nya untuk meninggalkan Hairul. Dalam setiap langkahnya, airmatanya mengalir dengan laju. Sungguh dia tidak menyangka, orang yang dia percaya selama ini telah menipu nya dan menipu perasaanya. Di saat dia mulai mencintai Hairul, di saat itu juga lah Hairul melukakan hatinya.
   Sejak peristiwa itu, Qaseh memilih untuk pergi jauh dari hidup Hairul. Qaseh tidak sanggup untuk kenal dengan lelaki yang bernama Hairul.
 ####

“Adik, minggu depan akak dah nak bertunang. Dan akak nak, adik yang siap kan semuanya. Pelaminan dia pun akak nak adik yang hiaskan. Okay?
“Adik okay aje kak. Ha, sebelum tuh, adik nak tahu abang ipar adik tuh suka warna apa?
“Dia suka warna biru..
“Okay, kalau macam tuh, adik rasa adik nak buat tema putih orange. Sebab, akak suka warna merah dan abang ipar suka warna biru. So, biar adil, adik buat tema putih orange la ye.
“Apa yang adik rasa okay, akak ikut aje. Asalkan lawa.
“Tapi kak, adik tak jumpa lagi abang ipar adik tuh. Nama dia pon adik tak tahu kan..
“Tuh la adik, kecewa sebab cinta sanggup belajar jauh*jauh. Tapi untung masa akak nak bertunang ni adik balik. Kalau tak, memang kena lah adik dengan akak taw.
“Alaa akak nih…… Maaf la. Terluka sebab cinta tuh sakit taw kak. Cepat, siapa nama abang?
“Nama dia, Asyraf…. Okay sayang, akak nak pergi butik dulu. Nak try baju. See you later my dear.

   Qaseh tersenyum melihat kegembiraan kakaknya. Walaupun Kak Syira hanyalah kakak angkatnya, tapi dia tetap mendapat kasih dan sayang dari keluarga kandung nya. Sejak ibu dan ayah Qaseh meninggal akibat kemalangan jalan raya, Qaseh di tempatkan di rumah kebajikan. Dan dia bersyukur kerana dia diangkat oleh keluarga yang begitu baik dengannya. Bagi Qaseh, kebahagiaan kak Syira merupakan kebahagiaannya juga.

   *****

   Syira dan Asyraf kini berada di Butik Idaman. Mereka melihat semua rekaan yang direka oleh adiknya. Cantik. Mata Syira tertumpu pada satu kebaya yang berwarna putih orange. Dia mengambil kebaya itu dan dia mempadankannya pada tubuhnya. Cantik….

“Kak Syira, tuh la dia kebaya yang bybiee buat untuk akak.
“Ni kebayanya? Ya Allah, cantiknya.
“Kak, pergi lah try dulu.

  Syira pergi ke bilik yang telah dikhaskan untuk mencuba pakaian di dalam butik itu. Setelah dia memakai kebaya itu, dia keluar. Asyraf yang menanti di luar sungguh terpegun melihat kecantikan bakal tunangnya.

“Syira, cantiknya baju tuh kat badan awak.

   Syira tersenyum apabila mendengar pujian dari Asyraf.

“Awak, inilah baju yang adik saya buat untuk saya. Pandaikan dia buat baju nih.
“Adik awak?
“Ye. Aubie. Panggil aje dia bybiee. Maaf, saya tak dapat kenalkan dia pada awak sebab dia sambung belajar dia kat oversea. Sebab tu selama 3 tahun ni dia tak pernah ada kat rumah. Kejap ye, saya nak salin baju nih balik.
  
  Kenapa aku tiba*tiba ingat dekat Qaseh? Selepas tengok Syira pakai baju tuh, ingatan aku pada Qaseh semakin kuat. Kenapa baju tuh sama dengan rekaan yang Qaseh pernah tunjukkan pada aku dulu? Qaseh pernah kata, dia akan buat sendiri baju bila dia dah nak menjadi pengantin nanti. Dan itu salah satu rekaan Qaseh. Adakah Qaseh itu …… Tak mungkin. Nama Qaseh tak ada Aubie. Nama Qaseh hanya Qaseh Putri….

“Asyraf. Asyraf.. hey …..
“Eh…..

   Asyraf terkejut dengan panggilan dari Syira. Dia tidak menyangka dia sudah jauh termenung memikirkan Qaseh….

“Awak kenapa nih? Awak sakit ke?
“Eh tak. Mungkin saya lapar aje kot….
“Ade*ade aje awak ni sayang. Jum la kita makan.

   *****

   Syira terpegun melihat keindahan pelamin untuknya yang telah disediakan oleh adiknya itu. Cantik. Seperti di dalam khayalan. Dia tidak menyangka, adiknya akan menyediakan pelamin seindah itu.

“Kak…..
“Eh adik…
“Kenapa  pandang macam tu kak? Akak tak suka ke dengan apa yang adik buat tu? Ada yang salah? Kalau ada, nanti adik betulkan….
“Tak adik, cantik sangat dengan apa yang adik buat nih. Akak suka sangat.
“Mesti lah, untuk akak tersayang adik, semua boleh. Akak duduk la kat sini ye. tengok la semua yang adik dah buat tu. Adik nak amek barang lagi kat dalam tu…

   Qaseh meninggalkan Syira. Andai dia dapat ungkapkan pada Syira, dia ingin mengatakan bahawa pelaminan yang telah dia buat itu merupakan salah satu pelaminan yang ingin dia gunakan untuk hari pertunangannya bersama Hairul. Itu anganannya dahulu, tapi semua hancur berkecai. Dan kini semua yang dia lakukan ketika ini semuanya merupakan ilhamnya untuk bersama dengan Hairul, tapi kini ia berganti untuk kakaknya.

“Wow, cantiknya sayang. Pandai awak mereka kan dia kan.
“Bukan Syira yang reka. Tapi adik….
“Adik? Ha, mana adik Syira tuh? Saya nak kenal dengan dia.
“Kejap ye. Syira panggilkan dia.

   Syira berlalu meninggalkan Asyraf. Dia masuk ke dalam rumahnya untuk mencari Qaseh. Matanya melilau mencari Qaseh. Tapi lain yang dia cari, lain pula yang dia dapat. Dia melihat mamanya sedang menyusun semua bunga di dalam rumahnya. Dan langkah kakinya mulai berjalan ke arah mamanya. Dan dia terlupa untuk mencari adiknya.
   Qaseh berjalan membawa perlengkapan kea rah pelaminan untuk kakaknya. Tiba*tiba…..

“Aduh !
“Eh awak, maaf. Saya tak sengaja….

   Suara itu. Tak mungkin dia…..

   Qaseh mengutip semua barang yang terjatuh dan berselerak. Selepas itu, dia bangun dan melihat ke arah orang yang telah dia langgar. Perlahan*lahan kepalanya memandang kea rah pemuda di depannya. Dan…..

“Hairul…..
“Qaseh…….
“Awak buat apa kat sini?
“Saya……
“Ha, sayang, inilah adik kesayangan Syira tu. Qaseh Aubie Putri. Adik, nih la bakal abang ipar awak. Handsome kan dia.

   APA ? Hairul bakal abang ipar aku? Tak mungkin…….

“Asyraf, awak berborak lah dulu dengan adik saya okay. Dia nih peramah orangnya. Comfirm nanti awak suka kat dia. Tapi, jangan sampai jatuh cinta sudah.

   Syira mengenyitkan matanya pada Hairul. Dan dia berlalu meninggalkan Qaseh dan Hairul berdua.

“Tak sangka, selepas hampir 3 tahun kita tak berjumpa, dan sekarang bila kita dah berjumpa balik rupanya awak akan menjadi abang ipar saya. Saya harap hubungan awak dengan kakak saya bukan lah dimulakan dengan penipuan seperti mana yang pernah awak lakukan pada saya 3 tahun yang lalu…
“Qaseh, awak masih ingat dengan apa yang pernah saya buat kat awak ?
“Hairul, hati yang terluka tak semudah yang awak bayangkan ia akan sembuh. Di saat saya mulai mencintai awak, dan disaat itu juga awak cakap awak tak pernah cintakan saya. Dan utnuk apa panggilan sayang awak untuk saya dulu? Hanya permainan kan. Dan saya harap sangat*sangat awak tak buat benda yang sama pada kakak saya.
“Adik…. Asyraf…. Apa semua nih?

   Qaseh dan Hairul terkejut dengan sapaan dari Syira. Mereka berdua tidak tahu sejak bila Syira berada di belakang mereka. Qaseh dengan serta*merta menghampiri kakaknya.

“Kak, adik…..
“Adik,diam dulu sayang. Akak nak tahu apa yang terjadi sebenarnya? Asyraf….
“Syira, adik awak ………
“Saya tahu. Rupanya awak lah lelaki yang dah buat hati adik saya terluka dulu kan. Awak kata awak cintakan dia, tapi rupanya awak hanya bersandiwara. Awak tahu? Gara*gara awak, adik saya lebih memilih untuk belajar kat oversea. Dan tinggalkan saya dengan mama kat sini. Sampai hati awak. Dan saya tak sangka. Rupanya selama nih saya dah salah jatuh cinta pada awak.
“Kak, apa yang akak cakap kan ni? Kak, semua dah berlalu kak. 3 tahun dah berlalu kak. Adik dah lupakan semua nya. Dan lusa akak dengan Hairul dah nak bertunang kan. Akak jangan la macam ni.
“Adik, gara*gara dia adik terluka. Dan…..
“Kak, Stop it! Adik tak suka akak macam nih. Akak, adik tahu akak sayangkan Hairul dan cintakan dia. Jangan gara*gara adik akak putuskan hubungan akak dengan Hairul. Dan adik percaya, Hairul dah berubah kak. Akak sendiri yang cakap kan, Hairul sayangkan akak. Sama dengan sayang akak pada dia.

   Syira sudah mulai menangis. Dia tidak kuat untuk melihat penderitaan adiknya selama ini disebabkan oleh lelaki yang tidak tahu untuk menghargai hati dan perasaan adiknya. Tapi yang paling dia kecewa kenapa dia tidak pernah tahu bahawa lelaki itu tidak lain ialah bakal tunangnya sendiri.

“Qaseh, Syira… Saya minta maaf. Saya tak berniat untuk lukakan hati siapa*siapa. Qaseh, saya tahu saya pernah lukakan hati awak. Dan saya rasa bersalah sangat*sangat. Dan awak Syira, saya sayangkan awak. Say nak hidup dengan awak.
“Adakah itu satu penipuan? Seperti mana yang pernah awak buat dekat adik saya?
“Syira, saya tak penah tipu. Saya memang ikhlas sayangkan awak. Saya tak pernah mulakan hubungan kita dengan penipuan. Percayalah. Saya memang sayang dan cintakan awak……
“Kak, adik tahu, Hairul memang sayang dan cintakan akak. Dan jangan disebabkan adik, akak nak akhirkan hubungan akak dengan Hairul. Jika akak memang cintakan dia, akak teruskan la hubungan akak dengan dia. Jangan tinggalkan dia hanya disebabkan adik.

   Qaseh tersenyum memandang Syira. Dia merai tangan Syira lalu dia merai pula tangan Hairul. Lalu dia menyatukan tangan mereka berdua. Qaseh memandang Syira lalu Hairul. Qaseh mengangguk dan tersenyum..

“Kak, andai adik tak dapat bersama dengan orang yang adik sayang, tapi percayalah suatu hari nanti adik pasti akan tetap dapat bersama dengan orang yang adik sayang. Adik yakin dengan jodoh yang dikirimkan oleh Allah untuk adik. Dan adik percaya, cinta Hairul untuk kali ni bukan dimulakian dengan sebuah penipuan. Dia ikhlas cintakan akak. Cinta dia suci untuk akak sesuci warna putih tuh. Dan kalau akak nak tahu, semua yang adik buat untuk akak tuh merupakan impian adik untuk bersama dengan orang yang adik sayang. Tapi semua nya adik ubah untuk akak. Untuk akak yang paling adik sayang. Dan awak Hairul, saya harap awak boleh jaga kakak saya sebaik mungkin. Sebab dia hidup saya. Jangan pernah lukakan hati dia.

   Qaseh tersenyum melihat kakaknya dan Hairul. Mungkin Hairul bukan ditakdirkan untuknya dan mungkin Hairul memang ditakdirkan untuk kakak nya. Walau dia terluka, tapi dia tetap bahagia selepas melihat kegembiraan di wajah kakaknya. Dia tidak ingin hanya gara*gara dia, kakaknya akan memutuskan semua yang telah terjalin. Cinta tak semestinya memiliki…… Kini Qaseh memang harus melupakan dan merelakan kepergian Hairul untuk selamanya……..

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:58
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 8 March 2013

Terluka itu indah :')

Assalamualaikum :')
Hay, hati seorang perempuan memang lembut kan, mudah sangat terasa apabila hati dia terluka lagi*II terluka disebabkan oleh orang yang dia sayang. Namun apa kan daya, setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya :') biyy terima je semua yang terjadi. Bagi biyy tiap luka yang biyy rasa pasti akan ada kebahagiaan yang datang selepas luka itu :') Biyy kan kuat. Kan ! Sape la yang tak kenal dengan biyy nih? Esh esh......... :'(

Sekuat mana pon hati biyy, biyy tetap menangis jugak. Biyy tetap manusia biasa yang tak sempurna, sedih sangat bila biyy dapat tahu semua tuh. Kenapa mesti biyy lagi yang kena? Kenapa air mata nih bila dah berhenti, kenapa dia mesti terluka balik? KENAPA mesti biyy? Biyy try untuk kuat tapi biyy tak boleh nak tipu perasaan biyy, hati dan perasaan biyy pon hancur jugak akhirnya :'(

                                                              Betapa remuk jantungku
                                                                     Kau tipu aku
                                                                     Kau tipu aku
                                                                 Betapa sakit hatiku
                                                                    Kau buang aku
                                                                    Kau buang aku
                                                             Ku tatap langit yang hitam
                                                                  Saat menanti malam
                                                            Kau pun tak kunjung datang
                                                                Kau buat gelap pelangi
                                                                 Lalu kau datang lagi
                                                                   Membuat luka ini
                                                          Kau jangan mencoba untuk di sini
                                                         Kau jangan mencoba untuk kembali
                                                                     Bila kau di sini
                                                                   Biar ku yang pergi
                                                            Kau tlah ingkari semua janjimu
                                                          Kau tlah ingkari semua sumpahmu
                                                          Sudah usai sudah cerita tentang kita

Awak, luka yang awak bagi kat biyy ibarat luka yang lama terpendam terguris balik. Sampai hati awak buat hati biyy terluka. Tapi biyy tak nak tunjuk kesedihan biyy kat awak. Biyy tetap buat lawak dan biyy tetap try untuk tersenyum dan ketawa untuk awak. Tapi semuanya sakit :'( setiap biyy senyum, airmata biyy mengalir dengan laju. Awak tengok la betapa sakitnya hati biyy. Hati biyy dah lama tak terluka macam ni, tapi bila dia dah terluka balik. Hanya Allah aje yang tahu betapa sakitnya hati biyy saat nih. Tapi biyy tahu, biyy sedar siapa diri biyy. Biyy bukan siapa*II untuk awak :') Tapi percayalah, biyy terima apa yang terjadi dengan hati yang ikhlas :') Terima kasih atas luka yang awak bagi. Tapi biyy akan pastikan luka yang awak bagi tuh akan jadi pengajaran yang begitu berharga untuk biyy. Mungkin akan tambahkan hati biyy makin terluka dan tertutup untuk terima cinta yang baru :')

Tapi percayalah pada biyy, biyy tak pernah marah dan benci kan awak. Biyy akan tetap sayangkan awak. Biyy tak mudah nak benci orang. Dan biyy tak mudah nak kata biyy tak nak kawan awak ke ape. Biyy pernah terluka lebih dari ni, tapi biyy tetap sayangkan orang yang buat biyy terluka tuh. Awak jangan risau :')

Kau buka pintu hati ini
Yang telah lama terbelenggu
Setelah musnah cintaku yang pertama
Hilang tiada pertanda
Sekian lamanya ku tahan
Derita di dalam jiwa
Ku harap kasih engkau akan setia
Pengubat luka di dada
Ternyata cintamu sandiwara
Membuat ku tak berdaya .....








Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 22:22
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 7 March 2013

Ayat Itu :')

Assalamulaikum :')
Kalau diikutkan ntah dah berapa hari biyy sakit macam ni. Serious, biyy tak suka bila sakit macam nih, kepala pening je. Dah la kat area umah biyy nih kat area belakang dah ramai yang kena demam denggi. Tapi biyy harap biyy hanya demam biasa :') 

Okayy, malam nih biyy nak citer pasal sesuatu. Herm, bila biyy bukak FB, bila terbaca post kawan*II yang pasal cinta, pasal BF/GF mereka, memang rasa jelly tuh ada. Tapi biyy tak tahu kenapa, hati biyy sukar untuk terima cinta yang baru. Now, bagi biyy, berkawan itu lebih indah daripada bercouple. Untuk apa couple kan andai bila break nanti ada pergaduhan dan benci antara satu sama lain? Biyy tak mao la jadi macam tuh. Sakit sangat bila dah break, EX kita buat kita macam musuh. Biyy tak kuat untuk terima semua tuh. Cukup lah sekali biyy rasa sakitnya. Dan untuk apa couple kan andai pasangan kita tak boleh terima kita seadanya. Dia hanya nak kita faham dia, tapi dia tak nak faham kita, biyy tak sanggup dah. Sebab tuh biyy lebih memilih untuk berkawan. Bagi biyy kawan itu lebih indah tak perlu terluka. Kan :')

Hari nih cukup sebulan biyy single tanpa kekasih hati. Tapi Alhamdulillah biyy ada kawan*II yang sentiasa denagn biyy sehinggakan biyy tak pernah rasa ape itu kesunyian kat dalam hidup biyy. Dan salah seorang kawan biyy ialah ALIFF. Dia kawan biyy dan biyy sayangkan dia. Biyy tak tahu macam mana biyy boleh rapat dengan dia. Tapi yang pasti sekarang dia dah jadi kawan biyy. Insha Allah untuk selamanya. Biyy tahu dia sayangkan biyy, biyy dah baca semua luahan hati dia untuk biyy. Tapi biyy hanya dapat cakap, biyy hanya boleh jadi kawan Alif je untuk sekarang nih. Biyy tak nak tambah kan luka kat dalam hidup biyy. Andai alif tahu, luka yang biyy rasa tuh lebih indah daripada bunga yang sedang mekar. Indah sangat. Sehinggakan sampai sekarang biyy tak dapat nak ubat kan luka tuh. Lagipun, Alif ramai kawan dan biyy yakin antara ramai*II kawan aliff tuh, pasti ada salah seorang dari mereka semua tuh sayang kan alif lebih dari seorang kawan. 

Biyy tahu, alif baik orangnya, siapa yang kawan dengan alif pasti semua akan rasa selesa. Biyy pon macam tuh jugak. Biyy rasa bahagia sangat bila kenal dengan alif. Alif sentiasa ada di kala biyy suka dan di kala duka biyy. Alif sentiasa bagi biyy semangat. Lagi*II masa hari tuh kan. Masa biyy tengah sedih sangat*II hari tuh. Alif try buat biyy happy balik dan alif try buat biyy tersenyum balik dan alif jugak dah try sedaya alif untuk buat biyy semangat balik. Walaupun masa tuh biyy sukar nak terima, tapi alif buat biyy terima semuanya. Dan alif ingat tak? Ade hari tuh alif citer pasal EX alif kan, yang citer dy hampir sama dengan biyy? Serious, biyy dapat rasa apa yang alif rasa. Sebab kisah kita sama. Sampai hati orang tuh kan buat hati alif terluka sehinggakan biyy pon nanis bila dapat tahu kisah alif. Tapi biyy bangga dengan alif sebab alif kuat orangnya. Alif dapat timer apa yang terjadi. Tapi biyy sukara untuk terima semua tuh :'( sakit sangat. Bila ada lagu yang kisah hampir sama dengan kisah tu pasti biyy akan ingat balik semua nya. Sedih :'(

And now, biyy terpaksa kena pergi nanti. Biyy pergi mungkin akan kembali. 

                                              Tiba saatnya kita kan berpisah
                                                          Aku akan pergi
                                                 Aku pergi tuk kembali lagi
                                              Ku harap kau relakan ku pergi

Biyy tahu alif kuat kan. Alif kan kawan biyy, so alif kena boleh timer bile biyy kena pergi nanti. Biyy pergi tuh untuk sambung belajar. Alif kata kan alif kawan biyy, so sampai bila*II pon alif akan jadi kawan biyy even biyy pergi jauh mana sekalipun. So, nanti bila biyy dah kena gerak untuk pergi, janji dengan biyy, alif kena senyum tengok biyy mulai jauh dari alif :')

Alif kena janji dengan biyy taw. Law alif anggap biyy nih kawan alif, alif kena ingat law biyy selalu ada untuk alif walaupun nanti biyy dah jauh. Biyy ta nak alif sedih*II. Okayy. Dan alif kena ingat, biyy selalu sayangkan alif sebagai sahabat biyy...... Dan biyy nak ucap terima kasih sebab alif dah nak jadi kawan biyy dan terima kasih dah tulis pasal biyy kat blog alif. Thanks sangat :')

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:42
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 6 March 2013

Dia cerita pasal Biyy :')

Assalamualaikum :')
Malam nih, biyy nak post something. Sebenarnya, ia dari seorang kawan biyy.
Dia ade cerita pasal biyy kat bblog dy :')
Terima kasih .....
Biyy tak tahu pulak yang dia akan cerita pasal biyy kat blog dy.
serious, dy buat biyy terharu.
terima kasih Aliff :')
awak akan jadi kawan biyy selamanya :')

NIH YANG PERTAMA DIA TULIS PASAL BIYY ........

Pasal Seorang Insan Yang Aku Sayangi .

As'salamualaikum . Hari Ini Aku Tulis Benda Ini Untuk Dia , Ringkas Sahaja , Dia Kena Baca Ini <3

Aku Suka Tingkah Laku Dia , Ayat-Ayat Dia , Cara Dia Bertutur , Comel . Yang Paling Penting . Aku Percayakan Dia Sanad-II /
Aku Tak Tahu Kenapa Sejak Aku Kenal Dia , Banyak Perangai Aku Yang Bukan Dikatakan Jahat , Cuma Nakal , Kini Dah Berubah Sedikit Demi Sedikit . 
Alhamdulillah . Aku Rasa Dia Ada Ubah Aku Secara Perlahan2 Tanpa Aku Sedari . Tapi Aku Nak Cakap , Aku Tak Nak Tengok Dia Nangis Lagi , Sebab Aku Sayang Dia , AS MY FRIEND <3 My BFF ;) 

 
BAWAH NIH PULAK YANG KEDUA .......

Assalamualaikum . Yang Pertama Sekali . Saya Tak Nak Cerita Pasal Diri Saya Sebab Semua Orang Kenal Saya . Tapi Ramai Orang Tak Kenal Novie Poetry Mahyuddin AKA Biyy . 


Aliff Rasa Yang Diri Biyy Ini Amat Berharga . Kerana , Aliff Dapat Rasakan Yang Berlainan Daripada Kebanyakan Perempuan Yang Aliff Kenal . Tapi Aliff Tak Kata Aliff Ni Memilih . Tapi Biyy Memang Lain . 

Aliff Tak Dapat Nak Bayangkan Kenapa Ada Juga Yang Sanggup Sakitkan Hati Biyy ? Buat Biyy Menangis?KENAPA?


Dia Banyak Tolong Aliff . Ubah Aliff . Aliff Bersyukur Dapat Kenal Biyy . Walaupun Kami Tak Pernah Berjumpa Tapi Dia Bagaikan Aishteru . 


Aliff Rasa Dia Memang Tak Patut Disakiti Kerana Biyy Sungguh Baik . Comel Dan Penyayang ;) . Aliff Kekadang Sedih Apabila Dia Ceritakan Tentang Masa Lampau Nya 5 Tahun Lepas . 

Aliff Rasakan Jikalau Aliff Kenal Dia 5 Tahun Lepas , Aliff Akan Jaga Dia Elok-Elok. Takkan Buat Dia Menangis , Sedih , Sakit , Dan Lain-Lain . Aliff Tak Suka Semua Itu Terjadi kepada Biyy , Tapi Aliff Yakin Yang Novie Poetry Mahyuddin Pasti Akan Kuat Menghadapi Semua Cabaran , Dugaan Yang Akan Datang Pada Masa Hadapan . 

Itu Saja Daripada Aliff Untuk Biyy *Novie Poetry Mahyuddin


Aliff Akan Sentiasa Berada Dibelakang Biyy Untuk Menyokong Biyy . <3 Salam Sayang Daripada Sahabatmu Ini ;)

Wasalamualaikum W.B.T 

                                                                        Ikhlas Daripada
                                                                       Muhammad Aliff 
                                                                                AKA
                                                                           Aliff Akhi
 
 

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 20:40
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Indahnya bercerita :')

                                                                Semula ku tak yakin
                                                               Kau lakukan ini padaku
                                                                 Meski di hati merasa
                                                      Kau berubah saat kau mengenal dia

                                                            Bila cinta tak lagi untukku
                                                              Bila hati tak lagi padaku
                                                    Mengapa harus dia yang merebut dirimu

                                                              Bila aku tak baik untukmu
                                                             Dan bila dia bahagia dirimu
                                                      Aku kan pergi meski hati tak akan rela

                                                                Terkadang ku menyesal
                                                        Mengapa ku kenalkan dia padamu





Biyy nak jadi yang pertama tapi biyy tak nak diduakan. Biyy tak nak rasa sakit bila diduakan :') jika biyy jadi yang kedua dalam perhubungan sama aje dengan biyy lukakan hati biyy sendiri. Biyy ta mao law macam tuh :')





Sweet je biyy baca ayat tuh. Andai nanti matahari jadi warna pink secara tiba*tiba nanti pasti awak dah tak sayang kan biyy kan. Jadi, biyy tak nak awak cakap macam tuh, yang biyy nak awak cakap "selagi ada hayat, sy akan sayang kan awak. Insha Allah" :')





Ini baru sweet sangat*II. Biyy nak jadi macam nih. Bila biyy salah ade orang betulkan kesalahan biyy bukannya tengok aje kesalahan yang biyy buat. Bila biyy tersalah langkah, ade orang yang tolong betulkan langkah biyy ke arah jalan yang betul. Bukannya biarkan biyy tersalah langkah... :')


Tapi biyy tetap sedar, biyy bukan sesiapa dalam hidup awak. Ramai orang sayangkan awak sehingga cinta dan sayang biyy awak tak pernah nampak. Cian biyy kan.... :')


Tak ape la andai awak tak pernah nak menghargai kehadiran biyy, yang pasti biyy yakin jodoh biyy sentiasa sabar menanti biyy. Mungkin biyy tak tahu kat mana jodoh biyy sekarang yang pasti biyy yakin jodoh Allah tuh pasti sentiasa ada .... :')






Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 12:15
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 4 March 2013

Tersenyum dalam LUKA :')

Assalamualaikum dan selamat malam :')
Hay, tak tahu kenapa lepas terjumpa dia tadi sampailah sekarang luka tuh masih ada. Awak, kenapa awak pergi disaat biyy mendekat kat awak ? Kenapa awak buat tak dengar bila biyy panggil nama awak ? Biyy dah lama nak jumpa awak. Biyy nak cakap sesuatu kat awak. Tapi awak dah terlebih dahulu menghindar bila biyy datang kat awak. Sampai hati awak kan. Kenapa awak macam dah tak nak tengok langsung muka biyy ? Kenapa ? Awak dah betul*II menyampah ke tengok muka biyy? Sampai hati awak buat biyy macam tuh. 

Awak, biyy kat malaysia dah boleh di hitung dengan jari je lagi. Ntah berapa hari je lagi biyy kat sini. Sebelum biyy dah tak ade kat sini, biyy nak cakap sesuatu kat awak, tapi bila tadi biyy datang kat awak dan panggil nama awak, awak pergi. Awak tinggalkan biyy. Awak, awak ingat tak? Biyy dah cuba sedaya upaya untuk setia pada awak, tapi awak kan yang duakan cinta yang biyy bagi. Dalam diam. Awak kata biyy terlampau ego, biyy pentingkan kawan biyy daripada awak. Tapi awak tak tahu, sedekat mana pon biyy dengan orang lain, awak tetap no 3 terpenting dalam hidup biyy. Tapi biyy tak sangka awak sanggup duakan cinta biyy. Tapi tak ape, biyy terima walaupun ia sakit. Dan awak nak tahu? Biyy sanggup dan rela dikatakan sombong sebab biyy dah tak ade masa untuk balas IM dan message dari abang angkat biyy. Tapi awak tak pernah tahu. 

Awak, biyy panggil awak tadi untuk cakap kat awak kalau biyy nak mintak maaf kat awak andai selama kita kenal, biyy selalu buat awak terluka. Biyy pon nak mintak maaf sebab tak dapat jadi seseorang yang dapat jaga cinta awak sebaik mungkin. Dan biyy nak ucap terima kasih sebab awak dah ade untuk biyy dulu.... Tapi belum pon sempat biyy cakap semua tuh, awak dah terlebih dahulu pergi :'( sampai hati awak ! Awak ingat tak hari terakhir awak call biyy ? Hari tuh birthday awak kan. Dan hari tuh juga merupakan hari terakhir biyy dapat dengar suara awak. Dan tadi merupakan hari pertama selepas hari tuh, tadi merupakan kali pertama biyy sape awak balik selepas hampir 6 bulan awak tak ade kabar :'( Tapi biyy tak sangka awak sanggup buat biyy macam tu :'( terluka hati biyy. Mungkin, biyy memang kena lupakan awak dan lepaskan kepergian awak kan. Nak tengok muka biyy pon awak tak nak, inikan pula awak nak bercakap dengan biyy........

                                             Ku sangkakan madu ternyata racun
                                             Ku sangka bahagia ternyata sengsara
                                            Manis mulutmu bicara aku tergoda
                                          Pahit ku dapat sampai ku tak menyangka
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
                                                Kesetiaanmu hanya sesaat saja
                                              Hanya membuat luka perasaanku
                                              Setelah ku melihat kau bersamanya
                                            Ku putuskan saja pergi jauh darimu
        
                                                    Aku kecewa, aku terluka
                                             Sakitnya hatiku sampai tak tertahan
                                                 Tak rela diriku kau buat begini
                                           Ku pasrah walaupun terasa sesak di dada

                                               Ku mengalah demi kebahagiaanmu
                                                Semoga semua menjadi pelajaran
                                              Kisah cinta ini tak akan ku ulangi lagi
                                               Cukuplah sudah sampai di sini saja
                                                      Lebih baik ku hidup sendiri


Awak, biyy menyerah kalah, biyy akan buang semua kenangan yang ada tentang awak. Biyy janji lepas nih dah tak ade lagi muka biyy yang akan awak nampak. Biyy akan pergi dari hidup awak. Biyy memang tak patut untuk awak kan. Biyy sedar biyy sape kat dalam hidup awak. Dan tak mungkin jugak kan biyy nak menyulam kain yang dah rapuh. Kan awak kan.

Awak, tolong jaga hati awak ye. Mungkin kita dah betul*II harus berpisah. Biyy anggap awak kawan, tapi mungkin kawan pon dah tak boleh. Awak, tangisan nih dari tadi tak dapat berhenti. Sakit awak bila terpaksa tersenyum sedangkan hati biyy menangis ! Tak ape la awak, biyy akan doakan awak bahagia okayy. Biyy mintak maaf sebab dah pernah buat awak terluka. Semoga awak bahagia, walau dengan sesiapa :')


#untuk awak...........#

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 20:56
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 3 March 2013

Terluka Itu Sakit

Assalamualaikum dan selamat malam ~
Tak sangka dah lama dah biyy tak post apa*apa kat blog nih. Cerpen pon dah lama diam tak tertulis. Idea ade cuma nak buat ada je masalah. Sebab apa tak nak tulis? Sebab tak nak menangis bila menaip. tunggu la bila hati dah betul*betul okayy dah sembuh, Insha Allah ade laa cerpen terbaru biyy buat nanti. Tunggu okayy >,<' 

Now, biyy bukan nak cerita pasal cerpen yang dah lama tak tertulis, tapi biyy nak citer pasal hati yang terluka. Kalau nak suruh biyy jujur, biyy memang tak boleh dengar citer bila ade orang yang biyy sayang, hati dia terluka. Serious, nanti biyy pon boleh rasa luka yang mereka rasakan. Tapi biyy tak mao la tunjuk kalau biyy pon ikut terluka. Dan akhirnya biyy kena kuat sendiri dan biyy try untuk bagi semangat kat mereka. Biyy ta mao mereka terluka. Dan kalau boleh biyy nak mereka bahagia. Bagi biyy kebahagiaan mereka merupakan kebahagiaan biyy jugak. Biyy tak marah dan biyy tak maek hati bila ada orang yang selama nih tak pernah anggap biyy ada kat dalam hidup mereka. Tapi bila mereka dah anggap biyy ada kat dalam hidup mereka walaupun hanya untuk seketika dan bila mereka sedih, biyy pon ikut sedih. Biyy sedar, biyy pon ada juga lukakan hati orang lain. Biyy pon bukan manusia yang sempurna. Tapi dalam tidak kesempurnaan biyy, biyy pon tak nak orang lain terluka. Bagi biyy biarlah biyy yang terluka, jangan lah mereka. 

Biyy bukan malaikat yang kononnya nak backup mereka. Tapi biyy dah banyak kali rasa sakit tuh. Dan dalam diam biyy try untuk buat suasana kembali bahagia even masa tuh hati biyy terluka. Bukan sekali orang yang biyy sayang jatuh kat tangan orang lain. Tapi banyak kali, tapi disebabkan biyy tak nak mereka terluka, biyy akhirnya mengalah. Biyy try terima semua yang terjadi. Dan biyy juga pernah tengok orang yang biyy sayang dia lebih bahagia dengan orang yang biyy kenal. Di depan mata biyy, mereka bahagia. KAWAN ? Tak. Biyy tahu semua tuh bukan KAWAN tapi lebih dari kawan. Tapi biyy tetap try untuk tersenyum bila tengok mereka. Dan biyy lepaskan dia bersama dengan orang yang biyy kenal. Dah macam citer kat tv kan. Tapi semua tuh realiti. Dan, biyy tahu, banyak luka yang biyy rasa. Tapi orang tak tahu. Orang salahkan biyy bila biyy buat sesuatu. Tapi orang tak tahu kenapa biyy buat semua tu. Sama ada biyy saja*saja atau tak. Yang pasti biyy tetap terima semua tohmahan dari orang. Asalkan biyy tahu biyy tak buat benda yang kotor. Orang tak kenal biyy macam mana, tapi orang dah cakap yang bukan*bukan. Itu bukan cara untuk hukum biyy. Biyy sedar biyy sape. Biyy memang tak layak dengan mereka. Tapi biyy masih waras dan ada akal. Bukan dengan semudah menukar baju biyy nak hancurkan hidup biyy sendiri. Perjalanan hidup biyy masih panjang. Ia tak berhenti macam tuh aje. Tapi orang tak pernah tahu yang orang tahu hanya menilai dari luaran :')

Tapi biyy tetap terima semua tuh dengan hati yang redha :') sebab biyy tahu Allah nak uji biyy. Allah nak tengok sama ada biyy kuat ataupun tak bila dengar semua tohmahan dari orang. Biyy ingat lagi, masa dulu tahun 2008, banyak sangat dugaan yang biyy dapat. Sehinggakan banyak orang yang pandang serong kat biyy. Tapi akhirnya biyy bersyukur sebab semua dah terbukti. Semua bukan salah biyy tapi semua tuh hanya fitnah belaka. Alhamdulillah. Tapi tak semudah memotong kuku untuk biyy lupakan semua yang orang buat kat biyy. Semua yang orang cakap pasal biyy rupanya orang tu jugak yang dapat. Macam hukum karma kan :')

Bagi biyy sekarang, tak mengapa bila cinta biyy hilang, tak mengapa bila ada orang benci biyy, tak emngapa bila ade orang buat fitnah dan tak mengapa bila semua yang biyy ada hilang. Yang penting biyy masih boleh bernafas dan berkumpul dengan keluarga biyy. Biyy tahu semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.........

Jadi, biyy harap sangat. Bila kita terluka, cubalah untuk tersenyum. Dan bila kita terluka, cubalah ambik wudhuk dan baca al Quran. Tapi ingat, jangan semasa terluka je ingat DIA, tapi setiap masa tak kira semasa kita terluka ataupun semasa kita bahagia. Dan bila kita terluka, kita kena tetap ingta bahawa setiap kelukaan dan kesedihan yang kita dapat sekarang pasti akan ade kebahagiaan yang berpanjangan. 



Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:20
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ►  03/10 - 03/17 (7)
    • ▼  03/03 - 03/10 (7)
      • Cinta Tak Semestinya Memiliki
      • Terluka itu indah :')
      • Ayat Itu :')
      • Dia cerita pasal Biyy :')
      • Indahnya bercerita :')
      • Tersenyum dalam LUKA :')
      • Terluka Itu Sakit
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ►  02/10 - 02/17 (2)
    • ►  02/03 - 02/10 (5)
    • ►  01/27 - 02/03 (10)
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.