ASSALAMUALAIKUM ..
sebelum novie pegi kepada cerita yang akan novie kongsikan
novie nak mintak maap terlebih dahulu
cerita nih hanya sekadar rekaan semata-mata
dan ia tiada kena-mengena dengan yang hidaup ataupun yang sudah tiada
okay .
hope tak ade yang terasa dan just enjoy it .
.....
dulu ade seorang gadis , gadis nih suka kat seorang jejaka , memang dah
lama sangat dia suka kat jejaka nih . tapi sayang , jejaka yang dia
suka dah ade girl . dan gadis nih terpaksa mengundur untuk tidak
mengganggu hubungan jejaka yang dia sayang . tiap hari gadis ni akan
nampak jejaka dengan girl dia . memang perit . tapi dia tetap mencuba
untuk kuat . suatu hari tuh , dekat taman time gadis nih bersiar-siar
sorang-sorang time petang dia ternampak jejaka nih duduk diam dan
termenung dekat kerusi sorang-sorang . jejaka tuh pegang kotak . gadis
nih rasa pelik then dia pegi hampiri si jejaka . rupanya , jejaka tuh
tengah menangis . gadis nih pulak tak sampai hati tengok jejaka yang dia
suka menangis . then ...
"awak , awak buat ape kat sini ? sorang-sorang then kenapa menangis"
pertanyaan
si gadis hanya disambut diam oleh si jejaka . gadis nih tersentuh hati
kerana soalannya tak di jawab . lepas tuh gadis nih ambil keputusan
untuk tinggalkan jejaka nih sendiri . sebab hati dia terluka . selangkah
dia berjalan .... tiba-tiba ..
"awak , boleh temankan saya dekat sini sekejap ? saya perlukan seseorang
untuk bercerita "
si gadis berpaling melihat si jejaka dan gadis tuh tersenyum lantas dia mengambil tempat duduk di sebelah lelaki .
"awak tahu tak ? saya tak pernah sedih sampai macam nih sangat .
kekasih saya tinggal kan saya . dan dia pulangkan semua hadiah-hadiah yang saya
dah bagi kat dia selama 5 tahun kitorang bersama sebagai pasangan kekasih .
saya tak tahu apa salah saya . dia kata , dia bukan yang terbaik untuk saya .
saya sedih sangat . apa yang mesti saya buat sekarang ? saya dah kehilangan cinta saya"
si
gadis hanya terdiam membisu . dia tak tahu nak buat apa . dan dia tak
tahu ape yang mesti dia ucapkan untuk mengembalikan lagi senyuman si
jejaka . gadis tak nak tengok jejaka yang dia suka menangis dan bersedih
tapi sayang , dia tak tahu ape yang mesti dia buat . dan akhirnya dia
hanya diam melihat perlakuan jejaka di sebelah nya .
"boleh kan awak jadi kawan saya"
bermula
hari itu , si gadis mulai dekat dengan jejaka dan sentiasa bersama
dengan jejaka di kala suka dan duka . mungkin disebabkan oleh jejaka
ingin berkawan dengan gadis . itulah kebahagiaan yang gadis inginkan
selama ini . akhirnya gadis dapat berkawan dengan jejaka . dan jejaka
juga sudah berjanji untuk sentiasa bersama dengan gadis untuk selamanya .
mereka ibarat pasangan kekasih yang bahagia . tapi sebenarnya mereka
hanya berkawan . tapi , lama kelamaan mereka semakin rapat dan rapat .
suatu
hari , jejaka terjumpa kembali dengan ex-girl yang pernah dia sayang .
perjumpaan yang tidak disengajakan itu telah mendatangkan rasa kasih dan
sayang jejaka kepada si ex-girl . dan akhirnya mereka berkomunikasi
semula . dan sejak pertemuan itu jejaka mulai melupakan kehadiran gadis
sebagai kawan jejaka dan akan bersama dengan gadis untuk selamanya .
semasa
si gadis berjalan di taman tempat biasa gadis dan jejaka berdating ,
gadis ternampak jejaka dengan seorang girl . gadis melihat kemesraan
jejaka dan girl . mesra sangat dan mereka bahagia . si gadis mulai
menangis , dan si gadis perasan girl yang bersama dengan jejaka itu
merupakan ex-girl jejaka . gadis mengambil keputusan untuk menelepon
jejaka . dan ...
"hello , awak dekat mana?
"ye hello . saya kat rumah laa , tolong mama saya . kenapa?
"oo tolong mama , saya ganggu awak ke ?
"ha'ah iye , malam nanti saya call awak lagi ye , saya dengan mama saya ni , busy sikit . okay bye"
hancur
luluh hati gadis mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh jejaka .
jejaka telah menipu nya , patut lah sejak dua menjak ini jejaka sudah
mulai dingin dengan dia , sudah mulai melupakan dia . sudah tiada lagi
masa untuk bersama dengan dia . deraian air mata semakin mengalir laju
keluar dari kelopak mata gadis . gadis berlari meninggalkan taman yang
penuh dengan kelukaan . dan tidak disengajakan jejaka ternampak bayangan
si gadis , dan jejaka terkejut dan merasa bersalah . jejaka memanggil
nama gadis dan berlari mengejar gadis . namun .....
bbbbbbaaaannnnnngggggggggggggg si gadis terpelanting di langgar oleh
lori dan gadis terbujur kaku di tengah jalan . jejaka dengan pantas
mendapatkan gadis yang mulai tidak bernyawa , jejaka memangku kepala
gadis , dan meminta maaf . tapi semua sudah terlambat . dan sebelum
gadis menghembuskan nafas terakhirnya . si gadis berkata "terima kasih kerana awak menjaga saya untuk selamanya" dan
gadis menghulurkan surat yang dipegang oleh nya kepada jejaka , dan
akhirnya gadis menghembuskan nafas terakhirnya di dalam pelukan jejaka .
jejaka hanya dapat menangisi pemergian gadis
selepas pengebumian gadis , jejaka duduk di tepi kubur gadis , dan jejaka membuka surat yang diberikan oleh gadis ..
kepada dirimu yang kusayangi ..
tahukan engkau ? aku sangat menyayangimu dari mula aku mulai mengenalmu
sehinggalah hari ini
hidupku akan lebih bermakna andai engkau sentiasa bersama denganku .
namun aku salah ,
engkau masih menginginkan dia , hatimu masih untuk dia . begitu sulit untu aku
menggantikan tempat dia di hatimu .
kini aku tahu , engkau menyepi kerana dia , kerana dia telah hadir kembali kedalam hidupmu
dan aku akhirnya tersingkirkan .
demi kebahagiaanmu , aku akan mengundur diri
janji mu dulu sudah cukup untuk membahagiakan hari-hariku
terima kasih kerana telah sudi berkawan dengan ku .
janjimu akan ku ingati
_insan yang selalu mencintaimu_
tiada
kata yang terkeluar , yang ada hanya tangisan yang tiada henti . betapa
teganya menyakiti insan yang telah ikhlas menyayangi dan mencintai
dirinya . andai masa dapat diputar kembali , jejaka ingin menjaga hati
gadis , dan jejaka tidak akan berpaling lagi kepada cinta lama jejaka
..
*sorry boys and girls , kalau cerita dia agak merepek .
just nak kongsi je , jangan sampai bila dia dah tiada baru nak menghargai
kehadirannya dan baru menyesal dengan ape yang telah dilakukan*

No comments:
Post a Comment