-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Wednesday, 13 February 2013

Panggil Aku "Sayang"


   ###

“Sampai hati abang!
“Abang buat macam nih sebab abang terpaksa memilih antara kekasih dan adik angkat….
“Abang, amy nih just adik abang je kan, tak lebih kan…
“Tapi dik…..
“Abang! STOP! Abang lebih pilih kekasih abang tuh kan. Okay tak ape, adik akan mengalah. Tapi abang ingat satu hal, adik tak akan kembali lagi dengan abang. Sebagai kawan ataupun sebagai adik, adik tetap tak akan kembali…
“Dik… jangan lah macam nih, adik kena faham tempat abang sekarang…
“Tempat ape abang? Ape? Adik rasa antara adik dengan kekasih abang tuh, adik kenal abang dulu kan, adik yang datang terlebih dahulu kat hidup abang bukan dia. Abang kejam. Adik tak nak kenal abang lagi…..
   ###

   Setiap Amelia memegang dan memeluk anak patung koala pemberian Syafiq 7 tahun yang lalu, dia pasti akan ingat semula apa yang telah terjadi kepada mereka dahulu. Ketika itu Amelia di tingkatan 3 manapula Syafiq di tingkatan 5. Di sekolah, semua orang tahu hubungan mereka. Al maklum, Syafiq merupakan senior yang disukai ramai pelajar junior di sekolah itu. Hubungan mereka hanyalah sekadar abang dan adik, namun sejak Syafiq mengenali dan dekat dengan seorang perempuan yang menjadi kekasihnya, hubungan dia dengan Syafiq berakhir.
   Amelia memang tidak menyangka, Syafiq lebih memilih kekasihnya daripada dia yang dikenalinya sejak hari pertama dia masuk ke sekolah menengah itu. Dan semenjak itu juga dia sudah tidak mendapat sebarang khabar berita tentang Syafiq. Syafiq menghilang dari kehidupannya….

“Ha, tak habis*habis dengan koala dia nih kan…
“Akak, jangan lah. Tuh adik punyer taw…

   Amelia sudah mulai merajuk dengan kakak sepupunya itu.

“Lah, adik akak dah buat muncung itik dia la pulak. Dik, awak tuh dah 22 tahun taw. Masih lagi nak merajuk macam budak*budak…
“Alaa akak nih, 7 tahun okay adik tak jumpa akak.

   Amelia sudah mulai mendekati kakak sepupunya itu dan memeluknya. Dia memang manja dengan kakak sepupunya. Di dalam keluarganya, Amelia merupakan anak tunggal. Selepas kematian ibubapanya akibat kemalangan dia diasuh pula oleh maklong dan paklongnya yang merupakan ibubapa Aina, kakak sepupunya itu. Dia juga sudah memanggil maklong dan paklongnya Ummi dan Abah. Merekalah tempat dia meminta kasih dan sayang. Merekalah tempat dia bermanja semenjak kematian ibubapanya sewaktu dia berusia 5 tahun.

“Dah kenapa pulak kau ni dik. Akak tahu lah kau rindu nak manja*manja dengan akak. Tu lah mengada sangat kan lepas PMR terus ikut mak usu pergi sekolah kat luar pulak.
“Alaa akak nih, adik pergi sana kan nak belajar….
“Nak belajar ke nak lupakan abang angkat adik tu?
“Eh kak, bila akak nak kenalkan abang ipar kat adik?
“Tengok tuh, suka sangat ubah topic kan. Tunggu la dulu, abang ipar adik tuh sibuk sekarang.
“Herm, kalau lah masa akak tunang tuh adik ade, pasti adik boleh kenal dengan abang ipar adik tuh kan…..
“Tuh la adik, mengade kan tak nak balik…
“Alaa, adik bukan tak nak balik kak. Tapi masa tuh kan adik buat praktikal kan. Ujian akhir masa tuh.
“Tak ape sayang. Nah, amek balik koala kesayangan adik nih. Akak nak pergi tolong ummi dulu.

    Aina memulangkan koala milik Amelia. Aina bangun dan sebelum dia berlalu pergi dia mencium pipi adik sepupunya itu. Dia sangat menyayangi adik sepupunya itu seperti adiknya sendiri.

    *****

  ###

“Syafiq! Saya tak kesah, awak kena putuskan hubungan awak dengan adik angkat awak tuh.
“Awak nih kenapa, Aina? Apa salah dia?
“Apa salah dia? Awak masih boleh tanya kat  saya apa salah dia? Setiap kita berdua, yang awak ingat adik angkat awak aje kan. Kalau boleh, semua yang nampak comel tak kira benda apa, semua awak nak beli. Saya ingat awak beli untuk saya, tapi apa? Awak beli untuk adik angkat awak kan.
“Aina, dia tuh dah taka de mak dengan ayah. Dia sebatang kara sekarang nih. Dia pon anak tunggal. Tolong lah faham.
“Awak suruh saya faham dia? Tapi awak ada ke nak faham perasaan saya? Hidup awak dah penuh dengan dia. Amy? Siapa Amy? Awak tak pernah pon nak kenalkan dia dengan saya kan. Macam ni aje, kalau awak betul*betul sayangkan saya, putuskan hubungan awak dengan adik awak angkat tuh….

  ###

“Adik, sekarang adik kat mana? 7 tahun abang cuba cari adik, tapi abang tak pernah jumpa. Sekarang abang dah nak kahwin, tapi sampai sekarang adik tak datang*datang. Adik betul*betul dah tak nak kenal dengan abang ke? Kalau abang dibagi kesempatan kedua, abang nak minta maaf kat adik…..

   Airmata Syafiq mengalir dipipinya. Semua barang yang diberikan oleh Amelia masih dia simpan dengan baik. Sebulan lagi dia akan menjadi suami kepada Nur Aina Syazwani, tapi kenangannya dengan Nur Amelia Natasha masih segar di ingatannya. Begitu sukar untuk dia menghilangkan kenangannya bersama Amy.
   Sejak kepergian Amy dari hidupnya, dia mulai menyedari bahawa dia bukan sahaja mengganggap Amy sebagai adiknya, tapi lebih dari seorang adik. Namun, kini dia sudah menjadi tuning orang dan akan menjadi seorang suami. Oleh itu, dia harus membuang semua kenangannya bersama dengan Amy.

“Fiq, kenapa kau? Kotak tu?
“Ta ade ape la. Aku ingat aku nak buang lah semua barang yang Amy bagi kat aku nih.
“Kenapa pulak?

   Amir yang merupakan sahabatnya itu berjalan mendekati Syafiq. Dia tahu kisah cinta Syafiq. Dan dia juga tahu semua tentang Amy, Aina dan Syafiq.

“Kenapa tak dari dulu je kau buang semua nih? Kenapa sekarang?
“Aku nak mencuba untuk lupakan Amy….
“Aku pelik dengan kau. Kau dengan si Aina tuh dah nak kahwin baru sekarang kau nak lupakan semua tentang Amy?
“Aku terpkasa……
“Dah la, aku harap kau boleh lupakan Amy dari hidup kau. Dan cintakan Aina seperti mana kau cintakan Amy… Aku nak gerak dulu…..

   Amir berlalu pergi meninggalkan Syafiq.

   … Cintakan Aina seperti mana kau cintakan Amy….

   Mungkinkah dia dapat mencintai Aina seperti mana dia mencintai Amy ketika dulu. Memang pada awal perkenalannya dengan Aina, dia amat mencintai dan menyayangi Aina. Tapi semenjak kepergian Amy dari hidupnya, baru dia tahu apa erti cinta yang sebenarnya di dalam hidupnya.
   Dengan perlahan Syafiq bangun dari tempat duduknya. Dia mengumpul semua barang yang diberikan oleh Amy ke dalam kotak. Lalu dia membawa kotak itu menuju ke keretanya.
   Syafiq memandu keretanya ke tasik. Tasik di mana tempat dia dan Amy selalu berjumpa pada hujung minggu. Dia memerhatikan tasik itu dengan pandangan yang sayu. Semua sudah berubah. Tapi hatinya masih tidak berubah, hatinya masih utuh untuk Amy. Tapi sekarang dia harus melupakan Amy dalam hidupnya. Dan denagn perlahan, semua barang yang berada di dalam kotak yang dibawanya dia keluarkan. Dia memandang semua barang itu lalu dia menuju ke sungai yang berdekatan tasik itu.
   Satu persatu barang di dalam kotak itu dia buang ke dalam sungai. Dia ingin semua kenangannya hilang bersama dengan air sungai yang mengalir itu. Dia sudah tidak ingin menyimpan sebarang kenangannya bersama dengan Amelia. Setelah semua barang yang berada di dalam kotak itu dia buang ke dalam sungai, dia terus berlalu pergi meninggalkan sungai itu….
   Baru 5 minit Syafiq meninggalkan sungai itu, Amelia pula yang datang ke sungai itu. Dia melihat di sekeliling tasik yang merupakan tempat kenangannya bersama dengan Syafiq dahulu. Sungguh, semuanya sudah berubah. Tapi hatinya tidak seperti tasik itu. Tetap tidak berubah. Dia berjalan kea rah batu besar di tepi sungai itu. Dahulu, di batu itulah dia dan Syafiq akan duduk selepas pulang dari sekolah…

   ###

“Abang, adik harap kasih dan sayang abang macam sungai yang mengalir tuh. Dia sentiasa mengalir. Dekat tempat yang paling kecik pun dia tetap mengalir…
“Ye adik. Adik kena ingat satu hal. Abang tak akan pernah tinggalkan adik sampai bila*bila adik akan tetap jadi adik abang. Kalau nanti abang dah ade kekasih sekalipun, abang janji abang tak akan tinggalkan adik. Abang akan tetap jadi abang adik. Tak ade seorang pon yang boleh putuskan hubungan kita sebab adik merupakan adik kesayangan abang…
“Janji?
“Janji adik…

   ###

“Abang, dulu abang janji akan tetap jadi abang adik walaupun abang ade kekasih. Tapi adik tak sangka abang lupa dan ingkar dan tak tetapi janji abang sendiri. Di pertengahan jalan, abang dah lupa semua janji abang dekat adik. Abang kata abang tetap jadi abang adik, tapi apa? Abang sanggup pilih kekasih abang daripada adik. Abang kata adik nih adik abang. Adik kesayangan abang, tapi abang buat adik macam orang lain. Macam tak bermakna!”

 “Maaf cik saya ganggu. Tapi saya nak cakap, tak baek kalau cik duduk kat tepi sungai nih sorang*sorang. Lagipun dah senja nih…

   Amelia tersedar dari lamunannya. Dia tidak menyangka hari sudah mulai senja. Dia berpaling melihat jejaka yang menegurnya. Lalu dia tersenyum.

“Terima kasih, saya tak sedar pulak kalau hari dah senja…
“Sama*sama.

   Amir memerhatikan gadis di depannya itu. Cantik! Dan seperti seseorang yang dia kenal. Tapi siapa?
   Amir dan Amelia berjalan menuju ke pondok yang berhampiran dengan tasik itu.

“Awak, awak ni Amir kan?
“Ha’ah saya Amir. Awak kenal saya ke?
“Siapa yang tak kenal dengan senior yang Hot masa kat sekolah dulu.
“Eh kejap.

   Amir menghentikan langkahnya begitu juga dengan Amelia. Amir memerhatikan Amelia. Amelia tersenyum dan akhirnya Amir juga tersenyum apabila melihat senyuman Amelia itu…

“Laa, Amy rupanya. Dah cantik sangat dah sekarang. Jauh beza dari dulu. Sebab tu la saya sampai tak kenal dengan Amy. By the way, mana menghilang selama ni?
“Menghilang? Tak menghilang pon. Ade je kat sini. Awak masih berkawan ke dengan Syafiq?
“Ooo, abang angkat awak tuh? Masih. Awak tahu kan bulan depan dia dah nak kahwin?
“Hah?

   Handphone di tangan Amelia terjatuh dari pegangan tangannya. Dia terkejut dengan berita itu. 7 tahun dia menghilang dan tidak mendapat sebarang khabar daripada Syafiq, dan apabila dia kembali dia harus menerima kenyataan bahawa Syafiq akan menikah.
   Amir dapat melihat, mata Amelia mulai merah dan dikelopak matanya sudah tergenang air. Airmata! Namun, belum sempat airmata Amelia mengalir, dia tunduk mengambil handphonenya yang terjatuh tadi..

“Amir, kau buat apa kat sini? Amboii, dengan awek, patut pon tadi kau tergesa*gesa keluar tinggalkan aku…
“Syafiq……

    “Syafiq?”…..

   Amelia mengangkat mukanya untuk memandang lelaki yang dipanggil Syafiq oleh Amir itu. Dia kenal dengan suara itu. Dan….

“Abang……

   Syafiq yang sedang leka berbual dengan Amir terus memandang gadis yang bersama Amir itu. Suara itu dia kenal…… Amy?

“Abangg…
“Adik? Nih betul adik ke? Nih betul Nur Amelia Natasha? Adik abang?
“Ye, ni Amy. Tapi bukan adik abang lagi sejak abang lebih memilih kekasih abang….
“Adik, adik tetap adik abang. Adik akan tetap jadi adik abang sampai bila*bila…..

   Amir yang melihat pertemuan antara adik dan abang angkat itu hanya diam di tempat duduknya. Dia juga terharu melihat pertemuan itu. Dia dapat melihat kegembiraan di mata Syafiq. “Kau dah jumpa dia, Fiq”

   *****

   Sejak pertemuannya dengan Amelia semalam, hati Syafiq mulai tidak tenteram. Kenangan dia bersama Amelia datang kembali ke dalam hidupnya. Aina disebelahnya hanya dipandang sepi. Ibarat Aina tidak wujud di sebelahnya..

“Awak.. Awak? Syafiq!
“Eh, ha, iye.
“Kenapa nih termenung? Saya panggil pon awak tak endahkan.
“Maaf Aina. Saya tengah fikir tentang majlis kita bulan depan..
“Ha, cakap pasal majlis kita. Awak nak tahu tak? Adik kesayangan saya yang belajar dekat luar tu dah balik taw. Awak tahu? 7 tahun kitorang tak jumpa. Dan awak nak tahu? Dia makin cantik taw. Nah, ni gambar dia….

   Aina menghulurkan telefon bimbitnya kepada Syafiq. Dia ingin menunjukkan gambar Amelia kepada Syafiq. Syafiq mengambil telefon bimbit Aina, dan dia melihat gambar itu.

“Ya Allah. Ini………

“Cantikkan adik saya tuh. Nama dia Nur Amelia Natasha. Dulu dia satu sekolah dengan awak. Tapi lepas PMR dia terus pindah. Masa kita tuning dia tak dapat balik sebab masa tuh dia sibuk dengan pengajian dia. Tapi saya bahagia, dia dapat balik untuk tengok persandingan kita. Awak tahu? Dia tuh dah macam nyawa saya taw. Saya sayang sangat kat dia. Syafiq? Awak dengar tak?
“Eh, ye ye. saya dengar….

   Aina senyum. Tapi dia dapat merasakan senyumannya itu kelat. Dia dapat melihat perubahan wajah Syafiq ketika melihat gambar Amelia. Seperti ada sesuatu….

   *****

“Kak, adik nak keluar kejap taw. Adik nak jumpa seseorang..
“Seseorang siapa dik?
“Akak ingat tak dengan abang angkat adik masa adik sekolah dulu yang selalu adik citer kat akak?
“Ha, ingat.
“Adik dah jumpa dia balik taw.
“Patut pon adik akak nih bahagia semacam je. Rupanya dah jumpa balik dengan tambatan hati adik tuh.
“Tapi kan kak…..

   Amelia mengatur langkahnya untuk duduk disebelah Aina. Lalu, dia memegang erat tangan Aina. Aina memandang Amelia. Ada titisan air jernih mengalir dari kelopak matanya.

“Eh, dik. Kenapa menangis pulak nih?
“Kak, adik dah terlambat. Bulan depan dia dah nak kahwin.
“Apa?
“Herm, adik baru jumpa dia semalam. Dan adik dapat tahu dia dah nak kahwin.
“Dah, dah. Adik jangan lah nangis lagi. Nanti tak comel adik akak nih. Mungkin dia bukan jodoh adik adik kena terima okay. Adik kata bulan depan dia kahwin, berapa haribulan?
“Sama dengan majlis akak. Kak, adik pergi dulu la ye, takut pulak nanti dia tunggu lama sangat. Bye kak.

   Belum pon sempat Aina menanya siapa nama abang angkat adiknya itu, Amelia terlebih dahulu pergi meninggalkannya. Aina hairan, kenapa boleh sama dengan tarikh majlis dia? Apakah mungkin, selama ini abang angkat yang dimaksudkan oleh Amelia itu Syafiq?

“Aku kena ikut adik. Aku nak tahu siapa abang angkat adik yang adik sayang sangat tuh. Aku akan pastikan dia bukan syafiq!”

   *****

Di Taman….

 “Adik, kenapa adik menghilang selama ni?
“Herm, adik menghilang sebab abang jugak kan. Abang lebih memilih kekasih abang daripada adik abang ingat tak? Kat batu kat tepi sungai tuh? Abang janji dengan adik kan, abang akan tetap anggap adik nih adik abang walaupun abang dah ade kekasih. Kan. Tapi abang lupa janji abang. Bila abang dah ade kekasih dan bila dia suruh pilih antara adik dengan dia, abang lebih pilih dia daripada adik.
“Adik, abang minta maaf. Abang sedar semuanya salah abang. Sekarang abang nak tebus semua salah abang dekat adik.

   Di sudut yang lain. Aina sedang memerhatikan Syafiq dan Amelia. Airmatanya dari tadi sudah mengalir. Dia tidak menyangka, adik angkat yang sangat disayangi Syafiq ialah Amelia, adiknya. Dan dia juga tidak menyangka abang yang dicintai Amelia ialah Syafiq, tunangnya. Dan dia tidak menyangka, selama ini Amelialah yang menjadi adik kesayangan Syafiq sehingga Syafiq sanggup membela Amelia walau dalam apa pon yang terjadi. Namun, dia tahu Amelia tidak pernah bersalah. Dia yang bersalah selama ini. Andai dia tahu Amelia merupakan adik angkat Syafiq, mungkin dia tidak akan menyuruh Syafiq memutuskan hubungannya bersama Amelia. Tapi dia juga tidak sanggup untuk kehilangan Syafiq. Dengan perlahan, Aina berjalan untuk menghampiri mereka dari arah belakang. Belum sempat Aina ingin berbicara, Syafiq bersuara….

“Adik, adik kena tahu, abang sayangkan adik. Abang sayangkan adik lebih dari sayang seorang abang kepada adiknya. Adik, bagi abang kesempatan kedua. Andai adik bagi abang kesempatan, abang rela batalkan perkahwinan abang. Abang nak hidup dengan adik. Abang hanya nak adik..

   Amelia memandang Syafiq. Tidak mungkin semua tuh akan terjadi. Dia tidak ingin merosakkan dan menghancurkan hati tuning Syafiq.
   Aina yang mendengar perkataan Syafiq terus melangkah dengan laju untuk melihat wajah Syafiq….

“Syafiq!
“Aina…
“Kak….. Akak kenal dengan….
“Dik, kau diam! Kalau adik nak tahu Syafiq nih tunang akak!
“Tunang akak?
“Iye dik. Dia tunang. Dan awak Syafiq! Sampai hati awak. Awak nak batalkan perkahwinan kita? Saya tak sangka awak sekejam nih. Kenapa selama ni awak tak pernah jujur dekat saya? Kenapa awak tak nak jujur kalau awak sayang kan Amelia. Yang merupakan adik saya dan adik angkat awak!
“Kak, akak salah faham nih. Adik dengan abang Syafiq dah tak ade apa*apa hubungan.
“Dik, DIAM! Syafiq, saya tahu saya yang dah buat awak tinggalkan adik angkat awak dulu. Tapi, awak sanggup batalkan perkahwinan kita hanya sebab awak nak kembali denagn adik angkat awak? Kan betul apa yang saya fikir selama ni. Awak sayangkan adik angkat awak bukan macam adik. Tapi macam kekasih! Saya benci dengan awak Syafiq!
“Ainaa….. tolong dengar…….
“DIAM!
“Kak……

   Amelia memegang tangan Aina. Dia sungguh tidak menyangka Syafiq merupakan tunang kakaknya. Aina memandang Amelia dengan wajah yang begitu sedih. Pegangan tangan Amelia di tangannya dia pandang. Dan dengan kasar dia melepaskan pegangan tangan Amelia di tangannya. Lalu dia berlalu pergi meninggalkan Syafiq dan Amelia..

“Kak. Kakak. Dengar adik cakap dulu. KKKAAAAKKKKKKAAAAAKKK. Abang, abang kejar la kak Aina. Dia dah salah faham. Abang!

   Syafiq hanya diam, dia sudah tidak tahu apa yang harus dia buat. Andai dia mengejar Aina, Aina pasti akan tetap marah padanya.
   Amelia yang melihat Syafiq hanya diam membisu terus berlari untuk mengejar kakaknya. Sewaktu Aina mahu melintas jalan, Amelia ternampak di hujung jalan ada kereta yang meluncur laju. Dan….

“Kkkkaaakkkkkaaakkk, AWAS!

   Amelia dengan segera menolak Aina ke tepi supaya Aina tidak terlanggar oleh kereta itu. Tapi…..

“AAADDIIKKK!!!!!!

   Aina melihat Amelia terpelanting selepas dilanggar oleh kereta itu. Dia terus berlari mendapatkan Amelia.

“Adik, adik bangun! Adik, adik….. Tolong, tolong saya. Tolong call ambulance. Saya mohon. Cepat!!!

   *****

   Di luar bilik ICU itu Aina tidak berhenti menangis. Ummi dan abah juga menangis. Mereka tidak menyangka kemalangan ini akan berlaku kepada anak kesayangan mereka. Syafiq pula hanya diam melihat keluarga itu. Dia tidak menyangka semua ini akan terjadi. Mereka yang tadinya hanya tunduk menangis, tiba*tiba mereka semua mengangkat muka mereka apabila mendengan pintu ICU itu di buka.
   Aina terus berdiri untuk menanyakan keadaan adiknya kepada doktor yang baru keluar dari bilik ICU itu….

“Dok, macam mana dengan adik saya?
“Herm, awak kakak dia? Adik awak nak jumpa awak dengan Syafiq.
“Tapi macam mana dengan adik saya?
“Berdoalah……

   Aina dapat merasakan, airmatanya sudah kering dan seluruh badannya sudah tidak bermaya. Tapi dia tetap gagahi jua untuk berjumpa dengan Amelia. Dia berjalan menghampiri Syafiq. Dan dia mengajak Syafiq untuk menemui Amelia…

“Kakak….
“Adik, apa yang sakit dik? Adik cakap dekat akak. Biar nanti akak cakap dekat doktor tuh. Yang mana sakit dik?
“Kak, adik tak sakit pon.

   Amelia mencuba untuk tersenyum memandang Aina. Lalu matanya terarah kepada Syafiq… Aina dapat melihat pandangan adiknya terarah kea rah Syafiq. Lalu, Aina menyuruh Syafiq untuk berada di sebelah Amelia..

“Abang, abang nak tahu tak? Adik sayangkan abang sangat*sangat. Dari awak adik kenal abang, adik dah cintakan abang. Tapi selepas 3 tahun adik bersama abang jadi adik abang, abang akhirnya bersama dengan orang lain. Dan adik tak sangka, orangnya kakak adik sendiri…
“Adik,,,, adik jangan lah banyak bercakap ye. adik masih lemah nih.
“Tak, adik kuat… kakak….
“Ye adik.
“Adik minta maaf, adik tak tahu abang Sya….
“Adik, adik tak bersalah sayang. Yang penting sekarang adik kena sembuh. Adik dah janji dengan akak kan. Nanti adik nak jadi pengapit akak kan. Law adik nak jadi pengapit akak, adik kena sembuh dan kuat balik.
“Kakak nih….. Tapi sebelum tuh adik boleh minta satu permintaan?
“Bole dik, apa dia….
“Tapi akak jangan marah kat adik ye.
“Tak, akak tak akan marah adik. Akak sayang adik… Jadi, akak tak akan pernah marahkan adik…

   Amelia tersenyum.

“Kak, adik nak permintaan adik nih abang Syafiq yang tunaikan.

   Aina memandang Amelia lalu dia memandang Syafiq. Dia tersenyum lalu dia mengangguk…

“Abanggg..
“Ye adik..
“Boleh tak sekali aje abang panggil adik bukan dengan panggilan ‘adik’ tapi abang panggil dengan panggilan ‘sayang’ dan kata abang cintakan adik?

   Syafiq diam. Dia memandang Aina. Lama. Lalu, dengan perlahan Aina mengangguk. Itu semua untuk adiknya….

“Sayang…… saya cintakan awak….
“Terima kasih abang….

   Amelia tersenyum. Dan dengan perlahan, tangannya yang berada di dalam genggaman Aina makin melemah. Dan matanya mulai terpejam. Aina yang menyedari keadaan adiknya terus menggoncang tubuh adiknya….

“Adik. Adik kenapa tutup mata adik? Kenapa tangan adik dah tak bermaya nih? Adik, bukak mata adik. Adik! Bangun! Jangan tinggalkan kakak. Adik janji nak jadi pengapit akak kan, tapi kenapa adik diam nih? Bukak mata dik. Bukak! AAADDDIIIKKKKKKKKK………

   Aina terus memeluk tubuh adiknya dan mencium pipi adiknya. Kini adiknya sudah pergi, pergi meninggalkannya untuk selamanya……..

  Syafiq pula tidak menyangka itu permintaan terakhir Amelia. Dia juga menangis. Dia tidak dapat menahan rasa sebak di hatinya. Panggilan sayang itu merupakan panggilan pertama dan terakhir yang untuk Amelia. Masih lagi terngiang ditelinganya “PANGGIL DENGAN PANGGILAN SAYANG”


Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:21
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ►  03/10 - 03/17 (7)
    • ►  03/03 - 03/10 (7)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ▼  02/10 - 02/17 (2)
      • Panggil Aku "Sayang"
      • Di Saat Aku Mencintaimu
    • ►  02/03 - 02/10 (5)
    • ►  01/27 - 02/03 (10)
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.