-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Monday, 11 February 2013

Di Saat Aku Mencintaimu


   Semua orang ingin merasakan apa itu yang dinamakan cinta. Insan seperti dia yang kini sudah menginjak dewasa masih belum tahu apa yang dinamakan cinta. Yang dia tahu hanyalah cinta itu harus ada seorang lelaki dan seorang perempuan, namun dia tetap tidak mengetahui apa sebenarnya makna cinta bagi dirinya. Dia merasakan, gadis kampong sepertinya mungkin susah untuk mendapatkan cinta sejati didalam hidupnya. Itulah dia, Balqis Nur Adawiyah. Wajahnya secantik namanya.
   Di kampong itu semua orang mengenali Balqis kerana Balqis seorang yang peramah dan mudah tersenyum apabila berjumpa dengan orang lain. Dan banyak juga jejaka di kampong itu ingin memiliki hati Balqis. Tapi sayang, hati Balqis masih tertutup untuk menerima cinta dari seorang yang bergelar lelaki.
   Seperti biasa, apabila hari sudah mulai petang, Balqis akan bersiar*siar di kampungnya. Tempat yang paling dia gemari ialah sawah padi. Baginya sawah padi itu apabila menghijau ia seperti ketenangan. Apabila dia berada di situ, dia dapat merasakan ketenangan yang begitu indah. Dalam dia termenung, dia terkejut dengan suara yang memanggil namanya….

“Kak kis, termenung pulak. Orang panggil bukan nak menyahut!
“Pa’an, bila Pa’an ade kat sini pulak?
“Bila tuh akak tak perlu lah tahu. Tuh ha, ummi suruh balik. Ummi kate mak usu akak dah sampai”
“Astaga, akak lupa. Hari ni kan mak usu akak sampai. Terima kasih Pa’an dah bagitahu akak”

   Balqis terus berdiri dan berjalan untuk pulang kerumahnya. Mungkin disebabkan dia sedang asyik termenung membuatkan dirinya lupa tentang mak usunya yang pulang ke kampong selepas hampir 5 tahun dia berhijrah ke Bandar.
   Sesampai Balqis di depan rumahnya, dia dapat melihat ade kereta di halaman rumahnya. Dia tersenyum. Dan dia menapakkan kakinya ke arah tangga rumahnya. Dan kini dia sudah memasuki perkarangan rumahnya. Dia dapat melihat mak usu, pak usu, ummi dan abah kini berada di ruang tamu rumahnya. Dia tersenyum dan……

“Assalamualaikum….
“Waalaikumsalam……

   Salam Balqis dijawab serentak oleh mereka berempat. Sekali lagi Balqis tersenyum, dan dia terus berlalu menyalami tangan mak usu dan pak usunya.

“Ini ke anak dara mak usu? Cantik betul Balqis sekarang.
“Terima kasih mak usu. Maaf la kis balik lambat, tadi kis tak tengok jam. Tak sangka pulak hari dah petang.
“Eh, tak ape la kis. Mak usu, pak usu dengan Hazik pon baru jugak sampai ni.
“Cakap pasal Hazik, mana dia?
“Dia pergi mandi tadi.
“Ouh, lama kis tak jumpa dengan zik tuh. Dulu dia pendek je kan. Lagi pendek dari kis. Dulu kis selalu buli dia. Rindu betul kis dek………
“Amboii bukan main ye mengata orang. Zik sekarang dah handsome taw. Lelaki Malaya paling handsome taw….

   Belum pon sempat Balqis mengahabiskan katanya, Hazik tiba*tiba datang dari belakang dan memotong katanya. Dia tersenyum dan terus berpaling untuk melihat sepupunya itu. Tiba*tiba senyumannya terhenti, matanya terpaku melihat Hazik, jantungnya berdebar. ANEH! Kenapa?

“Tadi mengata orang, sekarang dah tengok kenapa diam?
“Eh, mana ade kis diam. Kis nak tengok je betul ke nih Hazik sepupu kis? Kenapa makin tak handsome! Comot aje kis tengok.
“Mak long tengok la tuh anak dara mak long. Suka sangat taw mengata zik. Kan jatuh cinta kat zik baru tahu.
“Bwerk, tak hingin!
“Eh, kamu berdua nih. Kalau jumpa selalu sangat gadoh taw. Nak Ummi nikahkan?
“NO!

   Mereka menjawab serentak. Tidak mungkin mereka akan bersama. Mereka sepupu. Tapi….. Hati Balqis berkata lain. Kali pertama selepas hampir 5 tahun dia tidak berjumpa dengan Hazik, dan kini mereka berjumpa kembali, Balqis dapat merasakan sesuatu yang janggal. Sesuatu yang tidak pernah dia rasakan selama ini. Apakah ini namanya cinta? Tidak mungkin, Hazik sepupu dia, dia tidak boleh jatuh hati pada Hazik……

     *****

   Sejak kehadiran Hazik ke dalam kehidupan Balqis, Balqis selalu merasakan sesuatu yang aneh apabila berdua dengan Hazik. Dia dapat merasakan sesuatu yang aneh itu ialah cinta! Dia yakin dengan perasaannya pada Hazik. Dan dia juga pasti bahawa Hazik juga mencintai dia. Selama Hazik berada dikampung itu, Hazik melayannya dengan baik, dia memanggil Balkis dengan panggilan yang begitu manja. Balqis tahu, kini dia mencintai Hazik. Dia harus meluahkan perasaannya pada Hazik. Dia tidak ingin Hazik jatuh pada orang lain. Hazik lah yang dapat membuka pintu hatinya yang selama ini tertutup. Dan Hazik juga yang memberikan makna cinta kepadanya.

“Zik, kalau kis nak bagitahu zik sesuatu boleh tak?
“Darling, sejak bila pulak kalau nak cakap kena tanya dulu nih?
“Sejak hari ini…..
“Okay, darling nak cakap apa kat zik?
“Herm, zik, law kis suka kat zik, apa yang zik akan buat?
“Kalau kis suka kat zik, zik pon suka jugak kat kis. Kis ibarat bidadari yang datang kat dalam hidup zik.

   Balqis tersenyum. Hatinya berbunga selepas Hazik menjawap pertanyaannya itu. Namun, senyumannya tiba*tiba terhenti apabila Hazik menyambung katanya….

“Ye la, kan kis tuh sepupu zik kan. So, memang wajar lah law kis suka kan zik. Kalau kis tak suka kan zik, taka de la kis nak bagi zik duduk kat umah kis. Betul tak?

   Balqis diam. Dia tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh Hazik. Selama mereka bersama, Hazik selalu mengatakan kalau boleh dia nak hidup dengan Balqis…. Tapi ?!

“Kis, are you okay, my dear? Kenapa tiba*tiba sedih nih? Murung je nih?
“Zik, dulu zik pernah kata kat kis, zik nak hidup dengan kis. Zik sayangkan kis. Tapi kenapa zik kata macam ni pulak?
“Hey, normal la kan kalau seorang sepupu mengatakan kalau dia sayang, cinta kat sepupu dia? No hall ah bagi zik. Why?
“Zik, mudahnya zik kata sayang dan cinta tapi hati zik tak pernah cintakan kis. Zik kejam!
“Ape yang kejamnya kis? Betul la dengan apa yang zik katakana tuh. Zik memang sayang dan cintakan kis sebagai sepupu zik. Tak lebih pon. Kenapa nih kis? Eh wait, jangan cakap kis memang cintakan zik lebih dari sepupu zik?

   Balqis sudah mulai menangis. Dia tidak menyangka Hazik sanggup melukakan hatinya. Selama ini Hazik hanya mempermainkan hatinya. Hazik selalu mengatakan cinta padanya. Tapi semua hanyalah tipuan semata*mata.

“Zik, kis tak pernah jatuh cinta selama ni. Bila zik datang kat dalam hidup Kis, dari awal kita jumpa, kis dah cinta kan zik. Ye, cinta kis pada zik lebih dari seorang sepupu! Kis cintakan zik sebagai kekasih kis.

   Hazik terpana. Dia terdiam. Dia tidak menyangka, Balqis betul*betul mencintai dia. Gadis kampong yang tidak pernah mengenali cinta dan kini sudah mengenali cinta, tapi sayang cintanya salah. Sejenak Hazik terdiam, dia mulai tersenyum dan ketawa. Ibarat ada yang membuat dia geli hati.

“Hey, come on. Kis, tuh sepupu zik la. Zik tak akan cintakan kis. Kis ni buat kelakar betul la. Kita nih sepupu okay, tak akan boleh bersatu. Zik tahu kis duduk kat kampong, tapi janganlah jadi gadis yang tak tahu langsung ape itu cinta.
“Sampai hati zik! Kis ikhlas cintakan zik. Selama ni zik hanya permainkan hati kis la kan. Kis tak sangka zik dah berubah sejak zik pindah nih. Zik sekarang kejam!

   Balqis terus berlari meninggalkan Haziq keseorangan. Haziq hanya memandang sepi kepergian Balqis. Dia tahu dia salah keran member harapan pada Balqis. Tapi dia tidak menyangka bahawa Balqis betul*betul mencintai dia.

      *****

   Pagi itu Balqis bangun dari tidurnya. Dia mencari Hazik. Namun tiada. Di dapur, tiada. Di ruang tamu, tiada. Di halaman rumah, pun tiada.

“Balqis, kenapa nih? Mak usu tengok kis macam cari seseorang je”
“Kis cari zik. Mana zik, mak usu?
“Ouh, zik pergi jogging tadi dengan pak usu. Kejap ye, mak usu nak kemaskan bilik zik.
“Eh mak usu, biar kis aje yang kemaskan bilik zik. Mak usu kemaskan lah barang mak usu ye. tengahari ni kan mak usu dah kena balik….
“Ye laa.

   Balqis mengatur langkahnya untuk memasuki bilik yang didiami oleh Hazik sejak Hazik tinggal di rumahnya. Di dalam bilik itu, dia termenung. Hari ini akan menjadi hari terakhir untuk dia berjumpa dengan Hazik. Walau hatinya terluka kerana Hazik, dia tidak ingin orang lain mengetahuinya. Dia mencuba untuk melupakan Hazik, orang yang sudah dapat membuka pintu hatinya untuk menerima cinta di dalam hidupnya. Bunyi deringan handphone mengejutkan Balqis dari lamunannya.
   Dia berjalan menghampiri meja di mana terletaknya handphone Hazik. Ada 1 message. Dia membuka message itu dan isinya “Nanti kalau you dah gerak, bagitahu I taw sayang” Balqis memandang sepi dengan pesanan itu. Hatinya remuk, namun dia tetap mencuba untuk kuat. Dia membelek handphone Hazik, tiba*tiba dia tertekan aplikasi WhatsApp. Dia tertarik untuk membaca conversation Hazik dengan Aidil, mungkin kawannya ……

   ####

“Dil..
“Ape? Lame ko balik kampong. Sampai lupa kat aku kan.
“Haha, merepek ar ko..
“Asal? Ko tak akan contact aku bile ko tak ade masalah. What wrong?
“Eh doh, aku ade sepupu kat sini taw, name dy Balqis. Kau nak tahu? Dia kata dy cintakan aku… Giler kan…
“HAHA, biar betul? Cantik tak?
“Cantik, cantik giler….
“So? Kau kan memang suka yang cun cun ni. Amek la…
“Giler kau, sepupu aku laa, tak nak aku….
“Pape je la ko..
“Tapi sekarang aku rase serba salah dengan dia taw…
“Asal pulak?
“Selama kat sini, aku layan dia macam aku layan si Amy tuh ar. Ye la, dia kan sepupu aku, so aku layan lah dia dengan baik. Tup tup tup, aku dapat tahu dia betul*betul suka kat aku.
“Biar betul kau…
“Betul la, semalam dia bagitahu aku. Kau tahu la kan, Amy jauh dari aku. So aku jadikan la si Balqis tu amcam spare part aku. Ala, untuk main*main je. Memang la aku panggil dia sayang, honey, baby segala bagai tuh, aku saje je. Tapi tak sangka pulak dia boleh jatuh hati kat aku.
“Kejam betul kau dengan dia. Tak baik kau macam tu…
“Wait la, lagi pun dia kata dia tak pernah jatuh cinta dekat laki lain taw. Ni lah kali pertama dia jatuh cinta…
“What the???  Giler jugak kau nih kan. Tak baik kau buat sepupu kau tuh macam tuh. Dia tuh perempuan, hati dia lembut dan mudah tersentuh. Kalau kau setakat nak buat dia sebagai permainan kau, kau memang aku kategorikan kau lelaki kejam. Hey bro, aku pun boleh dikatakan playboy taw, tapi aku tak ade lah nak buat anak dara orang terluka dengan buat dia tempat permainan aku. Orang dah cintakan kau, kau buat dia macam tu…..
  ####

   Airmata Balqis dengan lajunya mengalir dari kelopak matanya. Dia tidak menyangka Hazik hanya membuat dia sebagai tempat permainannya. Cinta sucinya dipermainkan oleh Hazik. Dia menggenggam erat handphone Hazik. Sewaktu dia mahu keluar dari bilik Hazik, di muka pintu bilik Hazik mereka bertembung.
   Dengan mata yang merah dan dengan linangan airmata yang tidak berhenti mengalir, Balqis memandang Hazik denagn rasa yang betul*betul terluka.

“Sampai hati zik. Kis tak sangka zik sanggup buat kis macam ni. Zik, kis bukan anak patung untuk zik jadikan tempat permainan zik. Bila zik perlukan, zik cari kis. Bila zik dah tak perlukan kis, zik tinggalkan kis. Zik, kis bukan anak patung. Kis manusia, kis ada hati dan perasaan. Zik, binatang pon ada perasaan taw, zik sebagai manusia kenapa langsung tak ade perasaan? Zik sanggup buat macam nih, zik tak pernah fikir perasaan orang lain! Kis benci zik!

   Balqis mencampakkan handphone di tangannya ke badan Hazik lalu dia berlari masuk ke dalam biliknya. Hazik pula tidak menyangka Balqis akan marah dan membencinya kerana salahnya yang telah membuat hati Balqis terluka. Dia masih tidak menyangka Balqis benar*benar mencintai dia sepenuh hatinya… *KIS, MAAFKAN ZIK. ZIK TAK BERMAKSUD UNTUK LUKAKAN HATI KIS*

   *****

   Kini, Hazik sudah kembali ke Kuala Lumpur. Sejak kepulangan Hazik ke Kuala Lumpur, Balqis mengambil keputusan untuk mengikuti kawannya melancong ke Indonesia. Dia ingin menengkan hatinya yang terluka. Dia ingin melupakan semua yang telah terjadi padanya sehingga sampai saat ini kenangan yang telah meragut kebahagiaan itu selalu menjelma di ingatannya. Mungkin dengan pemergiannya ke Indonesia dapat membuat hatinya tenang.

“Kis, nape jauh sangat nak pergi melancong nye?
“Damia yang ajak, mi. kis pon nak tenangkan fikiran kis.
“Herm, tapi janji dengan ummi, kis kena jaga diri kis baik*baik bila kat sana nanti.
“Ye ummi…

   Kalau bukan kerana hatinya yang telah terluka disebabkan Hazik. Mungkin dia tidak akan meninggalkan ummi dan abahnya. Namun, dia tetap harus pergi, mungkin di situ dia akan mendapat kebahagiaannya kembali……

   *****

DI INDONESIA

   Balqis dan Damia menolak troli mereka. mereka tercari*cari orang yang menjemput mereka di airport itu. Dan akhirnya Balqis ternampak seorang jejaka yang memegang kertas atas namanya. Balqis dan Damia akhirnya menghampiri jejaka itu.

“Hay, saya Balqis Nur Adawiah”
“Oo, anda cik Balqis.
“Iya….

   Jejaka itu menolong Balqis dan Damia untuk memasukkan semua beg mereka ke dalam kereta yang telah ditempah khas untuk Balqis dan Damia. Ketika mereka memulakan perjalanan untuk ke tempat penginapan mereka…..

“Cik berdua ini dari Malaysia?
“Ha’ah iya…
“Saya Dimas. Cik tak perlua lah risau bila nak bercakap dengan saya. Saya pandai juga bahasa Malaysia. Saya yang akan jadi pemandu cik Balqis dan cik Damia selama cik berdua kat sini…
“Ouh, bagus lah kalau macam tuh. Tak ade la rasa kekok bila nak bercakap. By the way, tak perlu lah panggil kami nih cik. Panggil je nama.
“Baiklah…. Oh ya, Balqis dan Damia nak pergi ke mana je nanti nih?
“Kami tak tahu lagi…… Yang pasti kawan saya Balqis nih nak cari tempat yang tenang dan sejuk. Kat mana ye?
“Ouh, tu ade. Cuma tempatnya agak jauh la dari sini. Sekarang nih awak berdua ada kat Padang, tempat yang awak berdua nak tuh ade kat Kerinci, Jambi. Kat situ, tempatnya sejuk dan boleh dikatakan tenang.
“Jauh sangat ke?
“Boleh laa jugak….
“Kalau tempatnya tenang, saya nak aje. Sejauh mana pun, saya tetap nak.

   Akhirnya mereka meneruskan perjalanan mereka untuk menuju tempat yang mereka inginkan.

   *****

   Kali pertama Balqis memijak kakinya di bumi yang dikenali sebagai Alam Sakti itu, dia sudah merasakan dirinya begitu menyukai kampong itu. Suasana di kampong itu masih menghijau, begitu banyak gunung*ganang. Sungguh menarik hatinya untuk tinggal di situ. Baginya, itu adalah keindahan alam yang begitu indah dan belum terusik dengan pembangunan yang boleh merosakkannya.

“Hay kis, suka nampak”
“Eh, dimas. Ha’ah, suka sangat. Tak sangka kan, masih ada kampong yang macam nih. Cantik dan menarik.

   Sejak Balqis berada di kampong itu, Balqis dan Dimas sudah mulai rapat. Balqis sangat merasakan kedamaian apabila bersama dengan Dimas. Mungkin dia sudah jatuh cinta. Jatuh cinta untuk kali kedua. Tapi dia takut, takut kecewa seperti mana yang pernah dia rasakan sewaktu dia mencintai Hazik…

“Kis, boleh tak kalau Diman nak tanya sesuatu?
“Boleh, apa dia?
“Herm, kenapa kis datang sini? Kenapa kis pergi jauh sangat untuk tenangkan fikiran kis?

   Balqis tersenyum dengan soalan yang diajukan oleh Dimas. Dia menarik nafas, dan akhirnya dia berbicara….

“Sebenarnya, kis tak nak datang sini. Cuma kis dah terlampau terluka. Kis terluka sebab cinta pertama kis hancur. Kis salah mencintai seseorang. Kis dah salah menaruh harapan pada dia. Dan akhirnya kis di permainkan…
“Di permainkan? Maksud kis?
“Maksud kis, dia kata kat kis dia sayang dan cintakan kis. Tapi rupanya semua tuh hanya tipuan belaka. Dia tak pernah mencintai kis…..

   Dimas memandang Balqis. SAYU! Dia dapat melihat di kelopak mata Balqis kini tergenang airmatanya. Dia memegang tangan Balqis. Balqis terkejut dan memandang Dimas.

“Balqis, dimas tak suka bila kis menangis. Diman lagi suka tengok kis ketawa dan tersenyum. Kis, dimas ada kat sini. Untuk kis. Janji pada dimas, kis jangan menangis lagi. Dimas janji akan bahagiakan kis. Kis, dimas cintakan kis…..

   *****

   Balqis tidak menyangka, dia akan mencintai Dimas. Pemuda yang berasal dari Indonesia itu. Dia dapat melihat keikhlasan dari Dimas. Dia percaya, mungkin cinta yang kedua yang hadir ke dalam hiduonya adalh cinta yang betul*betul akan menjadi cinta terakhirnya. Kini, tiada lagi bayangan Hazik di fikirannya. Yang ada hanyalah bayangan Dimas.
   Kini, sudah hampir sebulan Balqis kembali ke Malaysia. Namun, Balqis agak hairan, kenapa Dimas sudah tidak menghubunginya? Kenapa dia merasakan Dimas semakin jauh darinya? Setiap saat dia menunggu khabar dari Dimas, namun tetap tiada juga khabar yang dia terima. Dia mulai takut, dia takut sejarah lama akan kembali berulang…

   *****

“Maaf Dimas. Sudah gak ada cara lain untuk menyembuhin kanker yang kamu hidapi ini. Kanker otak yang kamu hidapi sudah ke peringkat akhir. Untuk sembuh, sangat tipis”
“Ya Allah, gak ada cara lain, dok?
“Gak ada. Dan, hidup kamu juga gak lama. Penghidap kanker otak yang sudah ke peringkat akhir hanya bisa bertahan hidup mungkin dalam 3 bulan.

   Apa yang harus aku lakukan? Aku gak mungkin bilang sama Balqis tentang penyakitku. Aku gak mahu dia sedih dan menangis bila tahu umur aku udah gak lama lagi.Hazik! iya, aku harus menyatukan mereka. Aku tahu, Balqis sangat mencintai Hazik.aku harus mengembalikan Hazik pada Balqis. Aku gak mahu Balqis menangis bila dia mengetahui penyakitku. Ya! Aku harus ketemu sama Hazik. Hazik harus tahu, Balqis mencintai dia…..

   *****

“Dimas….
“Balqis……
“Awak buat ape kat sini? Patut pon sy call, awak tak pernah angkat. Sejak bila awak kat Malaysia?

   Balqis sudah mengampiri Dimas. Dia tidak menyangka akan berjumpa dengan Dimas. Sungguh, dia amat merindui Dimas. Tiba*tiba…

“Dimas, ini siapa? Teman kamu ya?
“Oh ya, kis nih Lidia. Tunang saya..
“Ape? Tunang?
“Ya, saya mintak maaf, saya tak bagitahu awak hal sebenarnya.
“Sampai hati awak. Saya tak sangka. Awak sama aje dengan Hazik. Awak kejam dim. Awak kejam dengan sy. Awak jahat. Awak dah lukakan hati saya sama dengan Hazik lukakan hati saya..

   Belum pon sempat Dimas bercakap, Balqis terlebih dahulu meninggalkan Dimas dan Lidia

“Abang, kok abang bilang aku tunang abang sih?

   Lidia adik dimas, bukan tuning dimas….

“MAAF KIS, SAYA TERPAKSA, SAYA TAK NAK AWAK TERLUKA BILA TAHU SAYA SAKIT”

   DDDDDDDUUUUUUUMMMMMMMMMM…..!

“Abang, itu kan cewek yang temuin abang tadi….
“Ya Allah, Balqis………

   Dimas berlari mendapatkan Balqis. Orang sudah ramai melihat keadaan mangsa kemalangan itu. Dalam kesesakan orang, Dimas mencuba untuk mendapatkan Balqis dan memangkunya. Darah begitu banyak mengalir dari kepala Balqis. Dia menggoyang*goyangkan badan Balqis.

“Balqis, bangun. Kis kena kuat.
“Dimas…… Kis, kis sa…saayaaaannnngggg dimas…….
“BALLLLQQQIIIIISSSSSS. Dimas mohon, bangun balqis. Jangan tinggalkan Dimas. Dimas minta maaf, dimas dah lukakan hati Balqis, dimas tak bermaksud. Balqiss , bangun. Saya mohon. Bangun balqiss….. BBAALLLLQQQIIISSSSSSSSSSSSSS

 ******  

   ######
“Awak Hazik ye”
“Ye, awak siapa?
“Saya Dimas.
“Ouh, awak nak ape cari sy?
“Saya nak cakap sesuatu dekat awak. Tentang Balqis Nur Adawiah”
“Kenapa dengan dia? Dan awak nih siapanye dia?
“Awak tak perlu tahu siapa saya. Yang awak kena tahu, Balqis sayangkan awak sepenuh hati dia, dan dia memang cintakan awak. Walaupun awak dah buat dia terluka, tapi dia tetap sayang kat awak. Awak tengok la dia, cinta dia suci untuk awak. Tapi dengan mudahnya awak buat dia menangis dan terluka. Mungkin awak sepupu dia, tapi tak salahkan kalau dia cintakan awak. Awak kena sedar sebelum terlambat. Itu aje saya nak cakap, saya harap awak sedar. Balqis betul*betul cintakan awak…..
 #####

“Balqis”

   Entah kenapa dari tadi hatinya tidak tenteram. Dia asyik memikirkan Balqis sehingga dia teringat akan kata*kata Dimas. Dia memang tidak mengenali Dimas, tapi kata*kata dimas sentiasa menghantui dirinya. Dan entah kenapa, hatinya meronta untuk pergi berjumpa dengan Balqis. Dan, dia memang harus nerjumpa dengan Balqis, dia harus meminta maaf pada Balqis..

 *****

   Sewaktu Hazik sampai ke rumah Mak longnya, dia agak hairan kenapa banyak orang dirumah maklongnya. Mungkin ade kenduri. Tapi…. Kenapa macam orang baca tahlil? Siapa yang meninggal…..

“Hazik..
“Dimas. Buat ape kat sini?
“Mendoakan Balqis…
“Balqis? Doa? Kenapa?
“Zik, Balqis dah tiada. Dia dah kembali ke rahmatullah..
“Ape? Tak mungkin. Kau tipu aku kan. Balqis masih hidup! Kau jangan tipu aku kau.
“Untuk ape saya tipu awak. Kami semua baru balik dari kebumikan dia……

   Belum pun sempat Dimas menghabiskan katanya, Hazik terlebih dahulu berlari. Berlari ketempat perkebumian Islam.
   Di situ, dia dapat melihat tanah baru. Baru mengubur jasad Balqis. Dengan langkah yang longlai, dia mengampiri tempat peristiratan terakhir Balqis. Dia memeluk batu nisan Balqis. Dia meraba*raba nama balqis…… entah kenapa, rintik*rintik hujan mulai turun. Mungkin hujan turut merasakan hati Hazik kala ini. Mungkin hujan ingin menemani Hazik….

“BAAALLLLQQQIIISSSSSS !!!!!! kenapa kis tinggalkan zik? Kenapa kis? Kis marah kat zik? Kis bencikan zik? Kis, zik tahu, tapi kenapa kis tinggalkan zik? Belum sempat zik minta maaf pada kis tapi sekarang kis dah tinggalkan zik selamanya. Kis, zik tahu zik banyak buat salah pada kis. Tapi zik tak pernah sangka kis akan tinggalkan zik secepat nih. Kis, kenapa di saat zik dah tahu dan kenal cinta suci kis dekat zik, kenapa saat tuh kis dah pergi tinggalkan zik? BBAAAALLLLLQQQQIIIISSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Zik memang bodoh, zik tak pernah hargai cinta dari kis sebab tuh kis tinggalkan zik secepat ni kan”

   Dalam lebatnya hujan yang turun dan dengan derasnya airmata yang mengalir, Hazik seperti mendengar bisikan suara merdu Balqis...

"Zik, kis tak nak tengok zik nangis macam nih. Zik kena kuat. apa yang terjadi pasti ade hikmahnya. mungkin disaat kis mencintai zik, mungkin saat tuh salah. Disaat kis mencintai zik, disaat tu zik masih tak dapat terima kis. Zik, jangan menangis lagi. Kis dah maafkan zik, Kis pergi dulu. Sekarang, zik kena redha dan relakan kepergian kis. Supaya kis tenang kat tempat baru kis. SELAMAT TINGGAL zik..........

"Balqis, balqis. BAALLLQQIIISSSSS!! Maafkan zik...... Zik akan merelakan kepergian kis walau semua tuh berat untuk zik terima. Zik terlambat untuk melafazkan kata cinta zik pada kis. Disaat zik mulai mencintai kis, kis terlebih dulu meninggalkan zik........ Zik akan relakan kepergian kis. Balqis Nur Adawiyah, saya sayangkan awak.....

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 22:31
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

  1. Aliff Akhi12 February 2013 at 15:42

    Sedih Hingga Boleh Menjatuhkan Air Mata :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biyy Putri13 February 2013 at 21:22

      Huhu. Sedih sangat ke?

      Delete
      Replies
        Reply
    2. Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ►  03/10 - 03/17 (7)
    • ►  03/03 - 03/10 (7)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ▼  02/10 - 02/17 (2)
      • Panggil Aku "Sayang"
      • Di Saat Aku Mencintaimu
    • ►  02/03 - 02/10 (5)
    • ►  01/27 - 02/03 (10)
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.