Andai luka itu dapat aku ubatkan pasti tak
sesakit nih yang aku rasa. Kenapa harus aku yang merasakan kesakitan ini. Aku
tak sanggup….
“Qaseh, kenapa nih? Termenung je.
Qaseh tersedar dari
lamunannya. Luka yang pernah dia rasa tak pernah hilang dari hidupnya. Makin
dia mencuba untuk melupakan apa yang pernah dia lalui, semakin itu juga lah
kenangan pahitnya dulu semakin dekat dan selalu segar dalam ingatannya.
“Nad, tak ada apa la. Qaseh okay aje.
“Qaseh, jangan tipu perasaan Qaseh. Ni mesti sebab Hairul
kan. Qaseh, lupakan la dia. Dah 3 tahun berlalu kan. Kenapa Qaseh sukar sangat
nak lupakan dia?
“Bukan semudah yang dikatakan untuk Qaseh lupakan dia, Nad.
Dia pernah datang kat dalam hidup Qaseh disaat Qaseh terjatuh. Dan dialah orang
yang dah Berjaya buat Qaseh tersenyum balik. Tapi rupanya, cinta yang dia
berikan pada Qaseh hanyalah sandiwara……….
“Sudah. Cukup sayang. Semua dah berlalu kan. Qaseh kena move
on dari dia. Qaseh kena buka kan balik hati Qaseh untuk terima cinta baru.
Qaseh, ramai lelaki kat luar sana nak hidup dengan Qaseh. Dan salah seorangnya
ialah abang Nad sendiri. Dia dah lama berkenan kat Qaseh, tapi Qaseh selalu
menolak dia.
“Qaseh tak boleh………
“Tak ada guna juga kalau Nad paksa Qaseh. Nad hanya boleh
cakap, Qaseh kena move on dari insane yang bernama Muhammad Hairul Asyraf tu………
Nadia terus berlalu
meninggalkan Qaseh. Qaseh pula hanya memerhatikan setiap langkah Nadia
meninggalkan dia. Memang betul apa yang dikatakan oleh Nadia. Dia harus
melupakan Hairul. Walaupun cintanya pada Hairul sukar untuk dihapuskan, tapi
dia tetap harus melupakan Hairul. 3 tahun dia merana dan hatinya tertutup untuk
menerima cinta dari lelaki lain. Semua kerana Hairul….
####
“Qaseh, kalau Hairul jadi bintang, Qaseh nak jadi apa?
“Herm, Qaseh nak jadi semuanya untuk Hairul. Bulan, langit…
semua lah. Biar qaseh sentiasa bersama dengan Hairul.
“Alahaiii, sweet nyaa dia nih.
“Laa, baru kenal ke? Qaseh kan memang sweet. Lagi*lagi kalau
untuk Hairul.
Qaseh amat bahagia
setelah mengenali Hairul. Hairul hadir ke dalam hidupnya disaat dia kehilangan
seseorang yang dia sayang yang lebih memilih untuk bersama dengan perempuan
lain. Dan Qaseh tidak menyangka, perempuan yang dipilih oleh kekasihnya itu
merupakan sahabatnya sendiri. Tapi disaat dia terluka dan tidak tentu arah,
Hairul datang ke dalam hidupnya member kata semangat dan membuatkan dia
semangat kembali. Dan setelah mengenali Hairul, hati dia mulai terbuka untuk
terima cinta baru.
Setiap detik, pasti
akan ada sesuatu dari Hairul yang membuatkan dia tersenyum. Kehadiran Hairul
telah Berjaya mengembalikan senyuman Qaseh Aubie Putri yang telah hilang kerana
cintanya diduakan oleh seseorang yang paling dia sayang….. NAMUN… Rasa bahagia
yang dia rasa itu hanyalah sementara………..
“Qaseh, Hairul nak cakap sesuatu kat Qaseh. Dah lama Hairul
simpan semua ni.
“Apa dia?
“Sebenarnya, Hairul dah tipu Qaseh. Dan sebenarnya Hairul
ada kekasih hati. Maafkan Hairul terpaksa tipu Qaseh. Hairul terpaksa tipu sebab Hairul nak kembalikan senyuman
Qaseh. Maafkan Hairul. Hairul tak bermaksud untuk lukakan hati Qaseh. Haii……..
“Tak apa Hairul. Qaseh faham.
“Qaseh, Hairul minta maaf sangat*sangat. Hairul tak
bermaksud untuk buat Qaseh terluka.
“Hairul, tak perlu minta maaf, mungkin salah qaseh juga yang
mudah jatuh cinta pada Hairul. Qaseh faham dengan apa yang terjadi. Jangan
risau, qaseh kan kuat orangnya. Tengok. Qaseh masih boleh tersenyum……. Okayy
lah, Qaseh kena pergi sekarang. Qaseh ada janji dengan kakak Qaseh….
Qaseh mulai
berjalan meninggalkan Hairul. Satu langkah, dua langkah, tiga langkah…. Dia
berhenti dan berpaling melihat Hairul. Dia tersenyum memandang Hairul. Selepas
itu dia memulai langkah nya untuk meninggalkan Hairul. Dalam setiap langkahnya,
airmatanya mengalir dengan laju. Sungguh dia tidak menyangka, orang yang dia
percaya selama ini telah menipu nya dan menipu perasaanya. Di saat dia mulai
mencintai Hairul, di saat itu juga lah Hairul melukakan hatinya.
Sejak peristiwa
itu, Qaseh memilih untuk pergi jauh dari hidup Hairul. Qaseh tidak sanggup
untuk kenal dengan lelaki yang bernama Hairul.
####
“Adik, minggu depan akak dah nak bertunang. Dan akak nak,
adik yang siap kan semuanya. Pelaminan dia pun akak nak adik yang hiaskan.
Okay?
“Adik okay aje kak. Ha, sebelum tuh, adik nak tahu abang
ipar adik tuh suka warna apa?
“Dia suka warna biru..
“Okay, kalau macam tuh, adik rasa adik nak buat tema putih
orange. Sebab, akak suka warna merah dan abang ipar suka warna biru. So, biar
adil, adik buat tema putih orange la ye.
“Apa yang adik rasa okay, akak ikut aje. Asalkan lawa.
“Tapi kak, adik tak jumpa lagi abang ipar adik tuh. Nama dia
pon adik tak tahu kan..
“Tuh la adik, kecewa sebab cinta sanggup belajar jauh*jauh.
Tapi untung masa akak nak bertunang ni adik balik. Kalau tak, memang kena lah
adik dengan akak taw.
“Alaa akak nih…… Maaf la. Terluka sebab cinta tuh sakit taw
kak. Cepat, siapa nama abang?
“Nama dia, Asyraf…. Okay sayang, akak nak pergi butik dulu.
Nak try baju. See you later my dear.
Qaseh tersenyum
melihat kegembiraan kakaknya. Walaupun Kak Syira hanyalah kakak angkatnya, tapi
dia tetap mendapat kasih dan sayang dari keluarga kandung nya. Sejak ibu dan
ayah Qaseh meninggal akibat kemalangan jalan raya, Qaseh di tempatkan di rumah
kebajikan. Dan dia bersyukur kerana dia diangkat oleh keluarga yang begitu baik
dengannya. Bagi Qaseh, kebahagiaan kak Syira merupakan kebahagiaannya juga.
*****
Syira dan Asyraf
kini berada di Butik Idaman. Mereka melihat semua rekaan yang direka oleh
adiknya. Cantik. Mata Syira tertumpu pada satu kebaya yang berwarna putih
orange. Dia mengambil kebaya itu dan dia mempadankannya pada tubuhnya. Cantik….
“Kak Syira, tuh la dia kebaya yang bybiee buat untuk akak.
“Ni kebayanya? Ya Allah, cantiknya.
“Kak, pergi lah try dulu.
Syira pergi ke
bilik yang telah dikhaskan untuk mencuba pakaian di dalam butik itu. Setelah
dia memakai kebaya itu, dia keluar. Asyraf yang menanti di luar sungguh
terpegun melihat kecantikan bakal tunangnya.
“Syira, cantiknya baju tuh kat badan awak.
Syira tersenyum
apabila mendengar pujian dari Asyraf.
“Awak, inilah baju yang adik saya buat untuk saya. Pandaikan
dia buat baju nih.
“Adik awak?
“Ye. Aubie. Panggil aje dia bybiee. Maaf, saya tak dapat
kenalkan dia pada awak sebab dia sambung belajar dia kat oversea. Sebab tu selama
3 tahun ni dia tak pernah ada kat rumah. Kejap ye, saya nak salin baju nih
balik.
Kenapa aku tiba*tiba ingat dekat Qaseh?
Selepas tengok Syira pakai baju tuh, ingatan aku pada Qaseh semakin kuat.
Kenapa baju tuh sama dengan rekaan yang Qaseh pernah tunjukkan pada aku dulu?
Qaseh pernah kata, dia akan buat sendiri baju bila dia dah nak menjadi
pengantin nanti. Dan itu salah satu rekaan Qaseh. Adakah Qaseh itu …… Tak
mungkin. Nama Qaseh tak ada Aubie. Nama Qaseh hanya Qaseh Putri….
“Asyraf. Asyraf.. hey …..
“Eh…..
Asyraf terkejut
dengan panggilan dari Syira. Dia tidak menyangka dia sudah jauh termenung
memikirkan Qaseh….
“Awak kenapa nih? Awak sakit ke?
“Eh tak. Mungkin saya lapar aje kot….
“Ade*ade aje awak ni sayang. Jum la kita makan.
*****
Syira terpegun
melihat keindahan pelamin untuknya yang telah disediakan oleh adiknya itu.
Cantik. Seperti di dalam khayalan. Dia tidak menyangka, adiknya akan
menyediakan pelamin seindah itu.
“Kak…..
“Eh adik…
“Kenapa pandang macam
tu kak? Akak tak suka ke dengan apa yang adik buat tu? Ada yang salah? Kalau
ada, nanti adik betulkan….
“Tak adik, cantik sangat dengan apa yang adik buat nih. Akak
suka sangat.
“Mesti lah, untuk akak tersayang adik, semua boleh. Akak
duduk la kat sini ye. tengok la semua yang adik dah buat tu. Adik nak amek
barang lagi kat dalam tu…
Qaseh meninggalkan
Syira. Andai dia dapat ungkapkan pada Syira, dia ingin mengatakan bahawa
pelaminan yang telah dia buat itu merupakan salah satu pelaminan yang ingin dia
gunakan untuk hari pertunangannya bersama Hairul. Itu anganannya dahulu, tapi
semua hancur berkecai. Dan kini semua yang dia lakukan ketika ini semuanya
merupakan ilhamnya untuk bersama dengan Hairul, tapi kini ia berganti untuk
kakaknya.
“Wow, cantiknya sayang. Pandai awak mereka kan dia kan.
“Bukan Syira yang reka. Tapi adik….
“Adik? Ha, mana adik Syira tuh? Saya nak kenal dengan dia.
“Kejap ye. Syira panggilkan dia.
Syira berlalu
meninggalkan Asyraf. Dia masuk ke dalam rumahnya untuk mencari Qaseh. Matanya
melilau mencari Qaseh. Tapi lain yang dia cari, lain pula yang dia dapat. Dia
melihat mamanya sedang menyusun semua bunga di dalam rumahnya. Dan langkah
kakinya mulai berjalan ke arah mamanya. Dan dia terlupa untuk mencari adiknya.
Qaseh berjalan
membawa perlengkapan kea rah pelaminan untuk kakaknya. Tiba*tiba…..
“Aduh !
“Eh awak, maaf. Saya tak sengaja….
Suara itu. Tak mungkin dia…..
Qaseh mengutip
semua barang yang terjatuh dan berselerak. Selepas itu, dia bangun dan melihat
ke arah orang yang telah dia langgar. Perlahan*lahan kepalanya memandang kea
rah pemuda di depannya. Dan…..
“Hairul…..
“Qaseh…….
“Awak buat apa kat sini?
“Saya……
“Ha, sayang, inilah adik kesayangan Syira tu. Qaseh Aubie
Putri. Adik, nih la bakal abang ipar awak. Handsome kan dia.
APA ? Hairul bakal abang ipar aku? Tak
mungkin…….
“Asyraf, awak berborak lah dulu dengan adik saya okay. Dia
nih peramah orangnya. Comfirm nanti awak suka kat dia. Tapi, jangan sampai
jatuh cinta sudah.
Syira mengenyitkan
matanya pada Hairul. Dan dia berlalu meninggalkan Qaseh dan Hairul berdua.
“Tak sangka, selepas hampir 3 tahun kita tak berjumpa, dan
sekarang bila kita dah berjumpa balik rupanya awak akan menjadi abang ipar
saya. Saya harap hubungan awak dengan kakak saya bukan lah dimulakan dengan
penipuan seperti mana yang pernah awak lakukan pada saya 3 tahun yang lalu…
“Qaseh, awak masih ingat dengan apa yang pernah saya buat
kat awak ?
“Hairul, hati yang terluka tak semudah yang awak bayangkan
ia akan sembuh. Di saat saya mulai mencintai awak, dan disaat itu juga awak
cakap awak tak pernah cintakan saya. Dan utnuk apa panggilan sayang awak untuk
saya dulu? Hanya permainan kan. Dan saya harap sangat*sangat awak tak buat
benda yang sama pada kakak saya.
“Adik…. Asyraf…. Apa semua nih?
Qaseh dan Hairul
terkejut dengan sapaan dari Syira. Mereka berdua tidak tahu sejak bila Syira
berada di belakang mereka. Qaseh dengan serta*merta menghampiri kakaknya.
“Kak, adik…..
“Adik,diam dulu sayang. Akak nak tahu apa yang terjadi
sebenarnya? Asyraf….
“Syira, adik awak ………
“Saya tahu. Rupanya awak lah lelaki yang dah buat hati adik
saya terluka dulu kan. Awak kata awak cintakan dia, tapi rupanya awak hanya
bersandiwara. Awak tahu? Gara*gara awak, adik saya lebih memilih untuk belajar
kat oversea. Dan tinggalkan saya dengan mama kat sini. Sampai hati awak. Dan
saya tak sangka. Rupanya selama nih saya dah salah jatuh cinta pada awak.
“Kak, apa yang akak cakap kan ni? Kak, semua dah berlalu
kak. 3 tahun dah berlalu kak. Adik dah lupakan semua nya. Dan lusa akak dengan
Hairul dah nak bertunang kan. Akak jangan la macam ni.
“Adik, gara*gara dia adik terluka. Dan…..
“Kak, Stop it! Adik tak suka akak macam nih. Akak, adik tahu
akak sayangkan Hairul dan cintakan dia. Jangan gara*gara adik akak putuskan
hubungan akak dengan Hairul. Dan adik percaya, Hairul dah berubah kak. Akak
sendiri yang cakap kan, Hairul sayangkan akak. Sama dengan sayang akak pada
dia.
Syira sudah mulai
menangis. Dia tidak kuat untuk melihat penderitaan adiknya selama ini
disebabkan oleh lelaki yang tidak tahu untuk menghargai hati dan perasaan
adiknya. Tapi yang paling dia kecewa kenapa dia tidak pernah tahu bahawa lelaki
itu tidak lain ialah bakal tunangnya sendiri.
“Qaseh, Syira… Saya minta maaf. Saya tak berniat untuk
lukakan hati siapa*siapa. Qaseh, saya tahu saya pernah lukakan hati awak. Dan
saya rasa bersalah sangat*sangat. Dan awak Syira, saya sayangkan awak. Say nak
hidup dengan awak.
“Adakah itu satu penipuan? Seperti mana yang pernah awak
buat dekat adik saya?
“Syira, saya tak penah tipu. Saya memang ikhlas sayangkan
awak. Saya tak pernah mulakan hubungan kita dengan penipuan. Percayalah. Saya
memang sayang dan cintakan awak……
“Kak, adik tahu, Hairul memang sayang dan cintakan akak. Dan
jangan disebabkan adik, akak nak akhirkan hubungan akak dengan Hairul. Jika
akak memang cintakan dia, akak teruskan la hubungan akak dengan dia. Jangan
tinggalkan dia hanya disebabkan adik.
Qaseh tersenyum
memandang Syira. Dia merai tangan Syira lalu dia merai pula tangan Hairul. Lalu
dia menyatukan tangan mereka berdua. Qaseh memandang Syira lalu Hairul. Qaseh
mengangguk dan tersenyum..
“Kak, andai adik tak dapat bersama dengan orang yang adik
sayang, tapi percayalah suatu hari nanti adik pasti akan tetap dapat bersama
dengan orang yang adik sayang. Adik yakin dengan jodoh yang dikirimkan oleh
Allah untuk adik. Dan adik percaya, cinta Hairul untuk kali ni bukan dimulakian
dengan sebuah penipuan. Dia ikhlas cintakan akak. Cinta dia suci untuk akak
sesuci warna putih tuh. Dan kalau akak nak tahu, semua yang adik buat untuk
akak tuh merupakan impian adik untuk bersama dengan orang yang adik sayang.
Tapi semua nya adik ubah untuk akak. Untuk akak yang paling adik sayang. Dan
awak Hairul, saya harap awak boleh jaga kakak saya sebaik mungkin. Sebab dia
hidup saya. Jangan pernah lukakan hati dia.
Qaseh tersenyum
melihat kakaknya dan Hairul. Mungkin Hairul bukan ditakdirkan untuknya dan
mungkin Hairul memang ditakdirkan untuk kakak nya. Walau dia terluka, tapi dia tetap
bahagia selepas melihat kegembiraan di wajah kakaknya. Dia tidak ingin hanya
gara*gara dia, kakaknya akan memutuskan semua yang telah terjalin. Cinta tak
semestinya memiliki…… Kini Qaseh memang harus melupakan dan merelakan kepergian
Hairul untuk selamanya……..

No comments:
Post a Comment