Assalamualaikum dan selamat malam ~
Tak sangka dah lama dah biyy tak post apa*apa kat blog nih. Cerpen pon dah lama diam tak tertulis. Idea ade cuma nak buat ada je masalah. Sebab apa tak nak tulis? Sebab tak nak menangis bila menaip. tunggu la bila hati dah betul*betul okayy dah sembuh, Insha Allah ade laa cerpen terbaru biyy buat nanti. Tunggu okayy >,<'
Now, biyy bukan nak cerita pasal cerpen yang dah lama tak tertulis, tapi biyy nak citer pasal hati yang terluka. Kalau nak suruh biyy jujur, biyy memang tak boleh dengar citer bila ade orang yang biyy sayang, hati dia terluka. Serious, nanti biyy pon boleh rasa luka yang mereka rasakan. Tapi biyy tak mao la tunjuk kalau biyy pon ikut terluka. Dan akhirnya biyy kena kuat sendiri dan biyy try untuk bagi semangat kat mereka. Biyy ta mao mereka terluka. Dan kalau boleh biyy nak mereka bahagia. Bagi biyy kebahagiaan mereka merupakan kebahagiaan biyy jugak. Biyy tak marah dan biyy tak maek hati bila ada orang yang selama nih tak pernah anggap biyy ada kat dalam hidup mereka. Tapi bila mereka dah anggap biyy ada kat dalam hidup mereka walaupun hanya untuk seketika dan bila mereka sedih, biyy pon ikut sedih. Biyy sedar, biyy pon ada juga lukakan hati orang lain. Biyy pon bukan manusia yang sempurna. Tapi dalam tidak kesempurnaan biyy, biyy pon tak nak orang lain terluka. Bagi biyy biarlah biyy yang terluka, jangan lah mereka.
Biyy bukan malaikat yang kononnya nak backup mereka. Tapi biyy dah banyak kali rasa sakit tuh. Dan dalam diam biyy try untuk buat suasana kembali bahagia even masa tuh hati biyy terluka. Bukan sekali orang yang biyy sayang jatuh kat tangan orang lain. Tapi banyak kali, tapi disebabkan biyy tak nak mereka terluka, biyy akhirnya mengalah. Biyy try terima semua yang terjadi. Dan biyy juga pernah tengok orang yang biyy sayang dia lebih bahagia dengan orang yang biyy kenal. Di depan mata biyy, mereka bahagia. KAWAN ? Tak. Biyy tahu semua tuh bukan KAWAN tapi lebih dari kawan. Tapi biyy tetap try untuk tersenyum bila tengok mereka. Dan biyy lepaskan dia bersama dengan orang yang biyy kenal. Dah macam citer kat tv kan. Tapi semua tuh realiti. Dan, biyy tahu, banyak luka yang biyy rasa. Tapi orang tak tahu. Orang salahkan biyy bila biyy buat sesuatu. Tapi orang tak tahu kenapa biyy buat semua tu. Sama ada biyy saja*saja atau tak. Yang pasti biyy tetap terima semua tohmahan dari orang. Asalkan biyy tahu biyy tak buat benda yang kotor. Orang tak kenal biyy macam mana, tapi orang dah cakap yang bukan*bukan. Itu bukan cara untuk hukum biyy. Biyy sedar biyy sape. Biyy memang tak layak dengan mereka. Tapi biyy masih waras dan ada akal. Bukan dengan semudah menukar baju biyy nak hancurkan hidup biyy sendiri. Perjalanan hidup biyy masih panjang. Ia tak berhenti macam tuh aje. Tapi orang tak pernah tahu yang orang tahu hanya menilai dari luaran :')
Tapi biyy tetap terima semua tuh dengan hati yang redha :') sebab biyy tahu Allah nak uji biyy. Allah nak tengok sama ada biyy kuat ataupun tak bila dengar semua tohmahan dari orang. Biyy ingat lagi, masa dulu tahun 2008, banyak sangat dugaan yang biyy dapat. Sehinggakan banyak orang yang pandang serong kat biyy. Tapi akhirnya biyy bersyukur sebab semua dah terbukti. Semua bukan salah biyy tapi semua tuh hanya fitnah belaka. Alhamdulillah. Tapi tak semudah memotong kuku untuk biyy lupakan semua yang orang buat kat biyy. Semua yang orang cakap pasal biyy rupanya orang tu jugak yang dapat. Macam hukum karma kan :')
Bagi biyy sekarang, tak mengapa bila cinta biyy hilang, tak mengapa bila ada orang benci biyy, tak emngapa bila ade orang buat fitnah dan tak mengapa bila semua yang biyy ada hilang. Yang penting biyy masih boleh bernafas dan berkumpul dengan keluarga biyy. Biyy tahu semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.........
Jadi, biyy harap sangat. Bila kita terluka, cubalah untuk tersenyum. Dan bila kita terluka, cubalah ambik wudhuk dan baca al Quran. Tapi ingat, jangan semasa terluka je ingat DIA, tapi setiap masa tak kira semasa kita terluka ataupun semasa kita bahagia. Dan bila kita terluka, kita kena tetap ingta bahawa setiap kelukaan dan kesedihan yang kita dapat sekarang pasti akan ade kebahagiaan yang berpanjangan.

No comments:
Post a Comment