*******************
"Ya Allah Kasih , kenapa kau putuskan hubungan kau dengan Ikram ?"
"Dinda , aku dengan Ikram dah tak ada jodoh"
"Tak mungkin Kasih , Aku dapat baca dari pandangan mata kau . Kalau kau anggap aku kawan kau , tolong jelaskan dekat aku kenapa kau tinggalkan Ikram ? Bukan 4 bulan kau bersama dengan Ikram , tapi dah 4 tahun . Kasih ...................."
"Din , semua dah berakhir"
Kasih berlalu meninggalkan Dinda dalam kebingungan . Namun , Dinda tetap tidak mengalah . Dinda tetap ingin mengetahui apakah sebab yang membuatkan sahabatnya memutuskan hubungan dia dengan Ikram . Bukan 4 bulan mereka bercinta , tapi dah lebih 4 tahun . Dinda mengekori setiap langkah Kasih .
"Kasih ...."
"Din , kenapa ?"
"Aku nak .............."
"Belum masa nya din untuk kau tahu kenapa aku sanggup putuskan Ikram"
"Tapi kenapa kau putuskan dia ? Kau dah tak sayang dia ? Atau dia mainkan perasaan kau ?"
"Din , Ikram seorang lelaki yang baik . Dia setia dengan aku . Dan kau tahu kan kedua-dua keluarga kami dah setuju dengan kami . Dan akhir tahun nih majlis ak dengan dia . Tapi aku tak nak ..............."
"Tak nak ape Kasih ?"
Kasih menghampiri Dinda . Lalu , Kasih terus memeluk Dinda sambil menangis . Dan akhirnya ...............
"Din , aku sakit . Hidup aku dah tak lama , aku tak sanggup nak tengok airmata Ikram bila aku dah pergi nanti . Biarlah dia kecewa sekarang . Aku tak nak bila aku pergi nanti dia sedih dan aku tak tahu siapa yang boleh kembalikan senyuman dia . Aku sayangkan dia Din . Aku tak nak ada airmata dia yang mengalir . Aku ................."
"Kasih , kau pandang mata aku . Sebenarnya kau sakit apa ? Kenapa kau tak pernah cakap dekat aku ?"
"Barah otak peringkat akhir"
"Ya Allah , Kasih ..............."
Dinda memeluk erat Kasih , dan dalam pelukan Kasih , tangisan Dinda makin kuat . Siapa sangka , gadis yang sentiasa tersenyum dan selalu buat orang lain ketawa rupanya menahan sakit yang begitu sakit . Tapi dia tak pernah nak bagitahu dekat orang lain . Memang dinda akui , Kasih selalu sakit kepala , pengsan . Tapi , bodohnya Dinda , dia tak pernah bawak Kasih pergi ke Hospital .
"Dinda , aku mohon , jangan bagitahu dekat Ikram tentang semua nih . Dan janji kat aku , jangan bagitahu keluarga kita . Terutama , mama dengan papa . Aku tak nak mereka sedih bila dapat tahu semua nih . Selama nih aku simpan sakit aku dari pengetahuan keluarga kita . Pleaseeee ........."
"Aku janji ..................."
******************
Selepas hubungannya dengan Kasih terputus , hidup Ikram ibarat sudah hancur . Dia tak menyangka , gadis yang sangat dia cintai sanggup memutuskan hubungan mereka tanpa alasan . Akhirnya , Ikram memutuskan untuk pergi jauh . Jauh dari Kasih , dari gadis yang paling dia cintai .
***********************
Ikram , dimana pun awak sekarang , saya harap awak sentiasa bahagia . Dan awak dapat cari pengganti saya . Saya minta maap , saya tak dapat nak jadi permaisuri awak untuk selamanya . Saya buat semua tuh ade sebab . Saya tak nak awak terluka nanti bila awak dapat tahu hidup saya dah tak lama . Saya mintak maap .
Kini , Kasih hanya dapat duduk kat rumah ditemani sepupunya , Dinda . Dinda selalu menangis apabila melihat Kasih yang kini pucat , hampir semua rambutnya dah gugur . Dinda tahu , Kasih merindui kehadiran Ikram ke dalam hidup Kasih . Di setiap senyuman yang Kasih berikan , semua hanyalah tipuan untuk buat Dinda tersenyum . Dinda harus melakukan sesuatu sebelum Kasih pergi meninggalkan mereka semua .
Suatu hari .................
"Assalamualaikum mak long"
"Waalaikumsalam . Eh , Dinda . Masuk sayang . Sebelum tuh , mana Kasih ?"
"Mak long , Dinda datang ni nak bagitahu tentang Kasih"
"Kenapa dengan Kasih ?"
"Mak long . Rupanya selama nih Kasih menyimpan satu rahasia daripada kita semua . Kasih sakit mak long . Dia sakit barah otak . Dan sekarang dah peringkat akhir . Dia tak nak Dinda bagitahu siapa*siapa , tapi Dinda tak sanggup maklong"
"Ya Allah , anak aku .............."
"Mak long ......... Mak long sabar , mak long kena kuat . Kite kena kuat mak long , kite kena kuat untuk Kasih . Kasih ........................"
"Kasih ape Din ?"
"Ikram .............."
*****************************************
Akhirnya bukan sahaja keluarga Kasih yang mengetahui penyakit yang diderita oleh Kasih , tapi sekarang Ikram pon dah tahu . Dan hubungan mereka yang terputus rupanya disebabkan oleh penyakit yang ditanggung oleh Kasih . Ikram tetap dengan niat nya , iaitu dia tetap ingin mengahwini Kasih walau apa pon yang terjadi . Kerana hanya Kasih , insan yang paling dia cintai . Dan tak akan mungkin ade orang lain yang dapat menggantikan Kasih kat dalam hidup dia .
************************
"Cik , Cik Kasih sekarang kat hospital"
"Ya Allah Kasih !!!!!!!! Ikram , maklong , paklong kita pergi hospital sekarang"
Apabila mereka sampai ke hospital , doktor mengatakan hidup Kasih hanya ada pada-Nya . Barah yang Kasih hidapi memang sudah tidak dapat diubati lagi . Selepa mendengan apa yang dikatakan oleh doktor , Ikram terus berlari mendapatkan Kasih .
Ikram melihat Kasih terbaring lemah dekat atas katil . Sungguh , dia sedih dan sebak melihat keadaan Kasih yang lemah tak bermaya . Ikram menghampiri Kasih dan memegang erat tangan Kasih sehingga Kasih tersedar dari tidurnya .
"Ikram , saya .........."
"Shhhh . Kasih , kenapa awak tak cakap tentang semua nih kat saya ? Awak tahu kan saya sayangkan awak . Saya tak boleh hidup tanpa awak . Awak nyawa saya sayang"
"Ikram . Maapkan saya . Tapi saya tak nak awak sedih . Saya sayangkan awak , Ikram . Tapi saya tak nak tengok airmata awak mengalir kat pipi awak bila saya dah pergi nanti"
"Sayang , saya dah berjanji untuk menyayangi awak selamanya . Dan , hari ni saya nak tanya kat awak . Sudikah awak menjadi permaisuri saya untuk selamanya ?"
"Tapi Ikram , hidup saya .................."
"Sayang , saya hidup untuk awak , dan awak hidup untuk saya . Awak kena kuat sayang , awak kena kuat melawan penyakit awak . Saya sanggup menjaga awak . Saya hanya nak hidup bersama awak"
"Ikram .................."
"Boleh awak jawap pertanyaan saya tadi ?"
"Saya nak jadi permaisuri awak untuk selamanya"
Selepas Kasih menjawab pertanyaan Ikram , Ikram terus memanjatkan rasa syukurnya dan terus memeluk Kasih erat dengan penuh kasih dan sayangnya .
Kedua ibubapa mereka sudah menyetujui untuk mengadakan akad nikah anak mereka di bilik di mana Kasih ditempatkan .
**********************
Hari ini merupakan hari pernikahan Kasih dengan Ikram . Dinda dapat melihat kebahagiaan yang begitu mendalam dari sinaran mata Kasih . Walau keadaan Kasih lemah dan mukanya pucat , namun kecantikan Kasih tetap terserlah selepas memakai baju untuk akad nikahnya bersama Ikram . Namun , airmata mama dan papa Kasih tidak putus-putus mengalir apabila melihat anak yang mereka sayang kini lemah disebabkan penyakitnya . Namun mereka tetap mencuba untuk tersenyum untuk anak gadis mereka .
"Saya nikahkan Muhammad Ikram Bin ............. dengan Kasih Nur Salsabila Binti ............ dengan ................."
"Saya terima nikahnya Kasih Nur Salsabila Binti ............... dengan ..............."
Alhamdulillah . Kini , Kasih dan Ikram sudah sah menjadi pasangan suami isteri .
"Abang , terima kasih sebab abang sudi untuk menjadikan Kasih sebagai isteri abang"
"Sayang , abang sayangkan Kasih . Abang memang nak akhirkan hubungan kita dengan pernikahan ini"
"Abang , Kasih nak minta sesuatu boleh ?"
"Boleh sayang , apa dia ?"
"Kasih nak tengok matahari terbenam boleh ? Dekat taman bawah tuh"
"Boleh sayang"
Ikram mengangkat Kasih ke kerusi rodanya . Ikram menolak kerusi roda Kasih menuju taman . Setibanya di taman , Ikram mengangkat Kasih untuk duduk di bangku . Kasih memegang erat tangan Ikram manakala Ikram memeluk erat Kasih dan mengucup ubun*ubun kasih . Apabila matahari mulai terbenam , Kasih tiba*tiba mengucapkan
"Abang tengok lah matahari tuh dah mulai terbenam . Lawa aje kan . Kalau boleh Kasih pun nak ikut matahari tuh terbenam sambil tengok senyuman manis abang . Kasih bahagia sangat sebab Kasih masih sempat tengok matahari terbenam dalam pelukan abang . Abang , kasih hidup untuk abang , dan Kasih pergi juga untuk abang"
"Kasih , kenapa cakap macam tuh ? Kasih tak akan pernah tenggelam . Sebab kasih ade abang . Abang akan jaga kasih selamanya"
"Terima kasih abang . Abang , Kasih nak tidur kejap ye . Kasih penat . Boleh ?"
"Tidur lah sayang"
Perlahan-lahan , jari-jemari Kasih terlerai dari jemari Ikram . Lentokkan kepala Kasih sudah tak bermaya . Tiba-tiba ...............
"Ya Allah Kasih . Bangun sayang . Kasih jangan tinggalkan abang . Kasih bangun . Abang nak hidup dengan kasih selamanya . Bangun Kasih . Bangun untuk abang . Kasih , abang mohon , jangan tinggalkan abang sorang-sorang sayang . KASSSSIIIIIIIIIIIIIHHHHHHHHHHHH"
*************************
Sungguh Ikram tidak menyangka bahawa senja itu merupakan kali terakhir dia melihat Kasih , memegang tangan Kasih dan mendengar suara Kasih . Kini , Kasih telah pergi untuk selamanya . Kasih telah pergi meninggalkan Ikram sendirian . Namun , Ikram tetap kuat menerima apa yang terjadi padanya . Semua kerana coretab terakhir diari Kasih yang ditinggalkan oleh Kasih .
Dear Diari ,
Kasih nak ucap terima kasih sebab Allah dah kurniakan abang Ikram kepada Kasih . Kasih tahu hidup Kasih dah tak lama . Tapi Kasih tak nak tengok airmata abang mengalir kat pipi abang . Abang , nanti kalau Kasih dah pergi , Kasih harap abang boleh merelakan kepergian Kasih . Kasih aje kuat , takkan abang tak kuat kan . HEHE . Abang , ampunkan Kasih kerana Kasih belum sempat untuk menjadi isteri yang baik untuk abang , ampunkan Kasih kerana Kasih pernah meninggalkan abang . Yang pasti Kasih sentiasa menyayangi abang . Dimana pun Kasih berada , Kasih takkan pernah lupakan abang . Abang janji ye , bila nanti kasih dah tiada , abang kena kuat . Abang kena jaga mama dengan papa . Abang , Kasih tak nak abang lemah . Kasih yang sakit aje boleh kuat , Kasih yakin abang pun kuat menerima kenyataan yang terjadi nanti . Abang kena ingat , Kasih hidup untuk abang , dan Kasih mati pun untuk abang . Kasih sayang abang ..........
Kasih , abang sayang Kasih . Abang harap , Kasih dapat tahu betapa sayangnya abang kat Kasih .


No comments:
Post a Comment