DDUUUUMMMMMM !
Bunyi dentuman yang kuat yang tidak jauh dariku mengalihkan
pandanganku ke arah jalan. Aku melihat kereta Perdana sudah remuk dihentam
sebuah lori. Semua orang sudah mengerumuni kereta Perdana itu. Mungkin untuk
menolong mangsa yang terperangkap di dalam kereta itu. Namun yang pasti aku
tidak tahu kenapa jantungku berdegup dengan kencang. Hatiku dan perasaanku
meronta*ronta menyuruhku untuk melihat mangsa kemalangan itu.
Dengan perlahan
aku berjalan menghampiri mangsa kemalangan itu. Aku melihat banyak darah yang
mengalir dari tempat duduk pemandu itu. Keadaan kereta yang remuk dan terbalik
tidak mungkin mangsa di dalam kereta itu masih bernyawa. Aku melihat orang
ramai mencuba untuk mengeluarkan mangsa. Sewaktu orang ramai mengeluarkan
mangsa, aku terlihat tangan mangsa terkulai. Dan hatiku terasa sebak. Gelang yang
dipakai oleh mangsa dan cincin yang terlsarung manis di jari mangsa. Aku yakin
itu dia. Itu dia.
Anggota bomba dan
penyelamat dating. Mereka berusaha mengeluarkan mangsa. Dan tidak sampai 30
minit mangsa dapat dikeluarkan. Aku melihat wajah mangsa. Banyak darah yang
menutupi wajahnya. Namun, di dalam banyaknya darah itu aku dapat mengenali dia.
Dia Fariz! Dengan mudahnya airmata ku mengalir laju dari kelopak mataku. Dengan
serta*merta aku memeluk erat jasad Fariz! Fariz tidak boleh meninggalkanku.
“Abang, bangun abang. Jangan tinggalkan Hani abang. Abang,
bangun. Abang kena kuat. Abang jangan tinggalkan Hani secepat nih. Hani masih
perlukan abang. Abang bangun. Hani mohon. Buka mata abang”
“Maaf cik, kami harus bawak mangsa kemalangan ini sekarang. Dia
perlukan pertolongan secepat mungkin untuk menyelamatkan nyawanya”
Aku melepaskan
pelukanku dari tubuh Fariz. Aku membiarkan jururawat itu mengangkat Fariz. Dan dalam
sekelip mata, ambulance itu pergi meninggalkan aku. Aku melihat banyak tompokan
darah dijalan raya. Sungguh aku tidak sanggup untuk kehilangan Fariz secepat
ini.
********************
“Ma, abang Fariz macam mana ma?”
“Hani, sabar ye sayang. Abang fariz pasti akan selamat. Hani
doakan abang ye, semoga abang dapat diselamatkan. Hani kena kuat supaya abang
Fariz dekat dalam pon kuat”
Ummi dan abah
hanya mampu diam dan menanti khabar dari doktor yang menangani Fariz. Ummi dan
ayah tahu, aku tidak akan dapat menerima kenyataan apabila Fariz harus
meninggalkan kami semua.
“Maaf, siapakah orang tua Encik Fariz?”
“Saya, doc”
“Encik, anak encik dapat kami selamatkan. Tapi…… Kepala anak
encik ada masalah. Kepalanya mungkin terhantuk pada benda keras. Sehingga dia
mendapat masalah di kepalanya”
Hanya Allah
sahaja yang tahu perasaanku disaat itu. Disaat aku mengetahui keadaan Fariz. Air
mataku mulai menitik satu persatu dan kian melaju.
***********************
Kini cukup 1 bulan aku melihat keadaan Fariz. Fariz tak ubah
seperti orang yang tidak mengenali dirinya sendiri. Akibat kemalangan sebulan
yang lalu, semua ingatan Fariz hilang. Dia sudah tidak mengenali dirinya. Dan dia
juga sudah tidak mengenali aku, tunangnya. Mengikut hari, bulan depan
pernikahan kami akan berlangsung. Namun, kini semua hanya tinggal kenangan.
Fariz tidak
mengenali aku. Semua kenangan kami sudah hilang di dalam kotak fikirannya. Aku kasihan
melihat keadaan Fariz yang kini semakin tidak terurus. Apa yang terjadi kepada
Fariz tidak langsung mengubah rasa cinta dan sayangku padanya. Aku tetap
mencintai dia sepenuh hatiku. Setiap hari aku akan datang melihat keadaan
Fariz.
“Hani, ummi dengan abah rela kalau Hani tinggalkan Fariz. Ummi
tak nak Fariz membebankan hidup Hani. Hani kena teruskan hidup Hani. Ummi tahu,
masih ramai orang yang mencintai Hani di luar sana”
“Ummi, Hani akan tunggu abang. Hani tahu, abang pasti akan
sembuh. Doktor pon dah bagitahu kan, abang pasti boleh sembuh. Abang boleh jadi
abang Fariz yang dulu. Hani akan tunggu abang”
“Ummi tahu Hani sayangkan Fariz. Kesembuhan Fariz bukan
mengambil masa yang singkat. Tapi akan mengambil masa yang lama”
“Tak ape ummi. Hani akan tunggu. Itu janji Hani”
*******************
“Haniii ……………
“Ye papa”
“Mari sini, papa nak kenalkan Hani dengan anak maklong Hani
yang belajar kat luar negara tuh. Dia baru aje sampai semalam”
Aku menghampiri
mama dan papaku. Aku menyalami mak long dan paklong ku. Dan akhirnya aku
bersalam dengan sepupuku. Cukup tampan wajahnya. Sesiapa sahaja yang melihatnya
pasti akan terus jatuh cinta padanya. Tapi bukan aku. Cintaku tetap untuk
Fariz. Dan tidak akan tergantikan oleh sesiapapun.
“Hani. Mak long dengan pak long datang nih bawak hajat. Mama
dengan papa dah terima hajat maklong kamu nih. Bulan depan kamu dengan Kamal
akan bertunang”
Aku terpana
dengan pernyataan mama itu. Tidak mungkin
aku harus menerima Kamal dalam hidupku. Cinta dan sayangku sudah mutlak untuk
Fariz. Kelopak mataku mulai dipenuhi dengan linangan air mata. Dan serta merta
aku bangun dari sofa dan berlari mendaki tangga untuk masuk kedalam bilikku.
“Mama dengan papa jahat! Mama tak sayang Hani! Hani dah
bertunang dengan abang Fariz! Dan tak semudah itu Hani harus meninggalkan abang
Fariz”
Aku menangis
sepuas hatiku di dalam bilik. Aku tidak menyangka, mama dengan papa sanggup
melakukan ini semua padaku. Cinta aku tidak seperti menterbalikkan telapak
tangan. Walau apa jua yang terjadi pada abang Fariz, aku akan tetap menanti
dia. Aku yakin abang Fariz akan sembuh.
***************
“Hani, sudah cukup! Tinggalkan Fariz tuh. Dia tak layak
untuk Hani. Hani tengok lah, diri dia aje dia tak kenal. Inikan pula dia nak
ingat kat Hani. Tak Hani! Papa tak akan izinkan Hani dengan Fariz! Dia hanya menyusahkan
Hani aje nanti. Sudah cukup! Terima aje pinangan mak long kamu tuh. Kamal lebih
baik dari Fariz!”
“Tapi pa, doktor dah bagitahu. Abang Fariz pasti akan
sembuh. Cuma……
“Cuma apa Hani? APA? Papa dah tetapkan bulan depan kamu akan
tetap bertunang dengan Kamal. Ini dah muktamad keputusan papa. Hani jangan nak
membantah cakap papa lagi!”
“Papa jahat! Papa tak ade perasaan. Sampai hati papa buat
Hani macam nih. Pa, kalau papa dekat tempat Hani, tak semudah itu juga untuk papa
terima semua nih kan. Papa, Hani mohon, jangan buat semua nih. Abang Fariz
pasti akan sembuh , pa. Hani mohon. Ma, cakap dekat papa, ma. Abang Fariz boleh
sembuh. Mama tolonglah Hani. Mamaaa…..”
“Maafkan mama, Hani. Betul apa yang papa cakap. Hani kena……………
“Mama dengan papa jahat! Langsung tak fikir perasaan Hani.
Hani sayangkan abang Fariz. Dan tak semudah tu untuk Hani lepaskan Abang Fariz.
Dan belum tentu Kamal boleh bahagiakan Hani. Hani tak………….
“CUKUP HANI !!!!!!!!
Selama ini
papa tidak pernah menamparku. Kini tangan nya sudah menampar kasar wajahku. Sungguh!
Aku tidak mengerti. Kenapa mama dan papa sangguh menjodohkan aku dengan Kamal. Sedangkan
selama ini mama dan papa tidak pernah memaksa aku dalam perkahwinan. Tapi sekarang?
Mama dan papa sanggup melihat aku terluka hanya untuk Kamal…
****************
Hari ini merupakan hari pertunangan ku dengan Kamal. Ummi dan
abah datang menemui aku. Mereka tidak memarahi aku, tapi mereka malah mendoakan
kebahagiaan aku walau aku harus bersanding dengan orang lain. Aku sudah
menganggap mereka seperti ibu dan ayahku sendiri. Sungguh! Aku tidak sanggup
untuk melukakan hati mereka dengan
pertunanganku dengan orang lain. Dan tidak lama lagi akau harus menjadi
milik orang lain, bukan milik anak mereka.
“Ummi tak marah kan Hani. Ini hidup Hani, Hani berhak untuk
menentukan hidup Hani. Hani tak boleh menunggu dan menanti Fariz. Sebab untuk
sembuh, Fariz harus mengambil masa yang lama. Ummi hanya nak tengok Hani
bahagia. Walau Hani tak boleh menjadi menantu ummi, tapi Hani akan tetap
menjadi anak kesayangan ummi dan abah. Ummi sayangkan Hani seperti mana Fariz
menyayangi Hani”
Aku menghapus
airmata yang menitis dikelopak mata ummi. Sungguh aku tidak sanggup melihat
kesedihan ummi. Airmata ku turut menitis dan dengan serta*merta aku memeluk
ummi. Aku tahu, andai abang Fariz boleh mengerti apa yang terjadi disaat ini,
mungkin dia juga akan sedih. Dan mungkin lebih sedih dari apa yang ummi
rasakan. Namun aku terpaksa. Aku harus memenuhi permintaan mama dan papa. Aku sudah
tidak sanggup untuk melawan mereka.
************************
6 bulan sudah berlalu. Kini aku hanya menanti hari
persandingan ku dengan Kamal. Selama 6 bulan itu juga, aku sudah tidak mendapat
satu pun khabar berita tentang abang Fariz. Ummi, abah dan abang Fariz
menghilang dari kehidupanku. Aku duduk bertemankan airmata. Aku rindukan abang
Fariz. Tidak semudah yang aku bayangkan. Aku tetap sukar untuk melupakan abang
Fariz. Tapi kini, hari persandinganku dengan Kamal akan berlangsung. Dan aku
harus melupakan abang Fariz untuk selamanya. Untuk menjaga hati Kamal.
Dengan perlahan aku memasukkan semua barang pemberian abang
Fariz ke dalam kotak. Aku harus buang semua yang berkaitan dengan abang Fariz. Aku
harus melupakan dia. Aku melihat gambar kami berdua. Aku menatap lama gambar
kami berdua. Kini aku hanya dapat memeluk gambar abang Fariz. Dan kini aku
harus membuangnya. Abang, dimanapun abang berada, Hani mohon maaf, semua yang
terjadi bukan kehendak Hani…….
**********************
Hari ini aku akan menjadi pengantin untuk Mohamad Shahrul
Kamal. Dan ia juga membawa maksud untuk aku membuang segala kenanganku bersama
abang Fariz. Aku harus merelakan abang Fariz. Dan kini aku harus menerima
kehadiran Kamal sebagai suamiku yang sah.
Kini aku duduk
di atas pelaminanku. Aku mencuba untuk tersenyum manis. Namun, aku tetap tidak
dapat melakukan semuanya. Di atas pelaminanku, tiba*tiba jantungku berdegup
dengan kencang. Aku tidak tahu mengapa. Yang pasti kini aku seperti merasakan
sesuatu yang lain. Degupan jantungku seperti di saat hari terjadinya kemalangan
yang meragut semua ingatan abang Fariz terhadapku. Aku hanya mampu tertunduk
menahan sebak di hati. Aku tidak ingin Kamal melihat kemendungan di wajahku.
Tiba*tiba …..
“Hani, tahniah atas perkahwinan Hani”
Suara ini, tak
mungkin dia. Dia……….
“Abang Fariz!”
Dengan segera aku
bangun dari dudukku. Aku tidak percaya, di depanku kini berdiri abang Fariz. Insane
yang aku sayang selama ini. Bunga ditanganku terlepas. Airmataku mulai
mengalir. Dan dengan serta*merta aku memeluk abang Fariz tanpa aku mempedulikan
Kamal yang kini menjadi suamiku dan tetamu yang telah datang memenuhi dewan
itu.
“Abang, Hani rindu abang. Hani …..
“Hani, kini Hani dah jadi milik Kamal. Sahabat perjuangan
abang. Abang tahu dan yakin Kamal boleh bahagiakan Hani. Abang doakan
kebahagiaan Hani dengan Kamal”
“Tapi abang…………..
Abang Fariz
melepaskan pelukanku padanya, lalu berkata….
“Hani… ssshhhh. Percayalah, Hani pasti akan bahagia dengan
Kamal. Mal, jaga Hani sebaik mungkin. Mungkin aku bukan tercipta untuk dia. Dan
sekarang dia dah jadi milik kau. Kalau kau buat Hani terluka, kau jangan
salahkan aku kalau satu hari nanti aku amek Hani dari tangan kau”
“Fariz, kau dengan Hani…
“Ye aku dengan Hani pernah bertunang dan kalau ikutkan masa
hari pertunangan kau dengan dia tuh merupakan hari aku dengan Hani nikah. Tapi,
semua hanya tinggal kenangan. Hani, dengan siapa pun Hani, abang akan tetap
doakan kebahagiaan Hani. Abang mohon diri dulu”
“Abang….. Maafkan Hani”
“Ini semua bukan salah Hani. Sekali lagi, tahniah Hani. Jadi
lah isteri yang solehah untuk suami Hani”
Fariz
meninggalkan aku. Aku dapat melihat linangan airmatanya. Walau dia tersenyum,
namun aku tahu hatinya terluka. Maafkan Hani…..
Kini, aku harus
merelakan kepergian abang Fariz. Aku sudah cukup bahagia melihat abang Fariz
kini sudah sembuh dan menjadi abang Fariz aku yang dahulu. Aku melihat abang
Fariz semakin jauh dari pandanganku. Kini, aku harus melupakan abang Fariz dan
aku harus kembali sepenuhnya untuk Kamal. Abang Fariz kini hanya menjadi
kenanganku. Airmataku tida henti mengalir dari kelopak mataku. Perlahan*lahan
Kamal memelukku untuk menenangkan ku. Dia tidak menyangka, Hani merupakan bunga
pujaan sahabatnya sendiri. Tapi kini, Hani menjadi miliknya. Dia berjani di
dalam hatinya, untuk menjaga Hani dan akan mencintai Hani seperti Fariz
mencintainya dulu.
Hani memeluk erat Kamal dan menangis dalam pelukan Kamal. Di
dalam hatinya dia berkata
“Andai ini akhir cinta kita, Hani pasrah. Hani akan terima
Kamal dalam hidup Hani. Dan hani akan cuba untuk melupakan abang. Hani akan
doakan abang, semoga abang dapat yang lebih baik dari Hani”

No comments:
Post a Comment