-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Friday, 1 February 2013

Februari Ini ..


“Sha , lawanyer kau malam nih. Nak pegi mana malam*malam nih?”
“Malam nih kan cukup 3 tahun aku dengan khai. Khai cakap kat aku dia nak bagitahu sesuatu kat aku.”
“Bagitahu apa Sha?”
“Mungkin dia nak masuk meminang aku”
   Malam itu Keisha kelihatan bahagia dan begitu anggun dengan blause berwarna pink dipadankan dengan skirt labuh berwarna putih dan dipadankan pula dengan tudung berwarna putih . Sungguh anggun dan cantik. Sesiapa sahaja yang melihatnya, pasti akan terpesona dengan kecantikan Keisha yang semulajadi. Sungguh Khairul sangat beruntung kerana mendapatkan seorang kekasih yang sudah cukup sempurna untuk dijadikan pendamping hidup. Keisha bukan sahaja cantik, malah dia seorang yang baik, penyayang dan lembut.
“Eh sayang, kenapa kau pandang aku macam tu sekali? Aku tak lawa ye?”
    Keisha memandang penampilannya di cermin.
“Aku tengok okay aje aku nih. Comel pulak tuh”
“HAHA perasan betul kawan aku nih laa. By the way, kau memang cantik Sha. Untung Khai dapatkan kau”
“Alhamdulillah. Okay lah aku gerak dulu. Nanti lama pulak Khai tunggu aku”
                                                      **********************
   Keisha memandu keretanya ke taman, ke tempat dimana dia akan berjumpa dengan kekasih hatinya. Sewaktu dia sampai di tempat letak kereta yang disediakan di taman itu, dia sudah melihat sudah ada kereta Khairul di situ. Sungguh dia merasa bersalah kerana dia sudah terlambat. Dan pasti Khairul sudah lama menunggunya. Dia cepat*cepat turun dari keretanya dan dia berlari ke tempat dia berjanji untuk berjumpa dengan Khairul.
“Khairul”
“Eh, Sha. Hay”
“Sayang, maaf saya lambat”
“Ta ape. Saya pon belum lama jugak sampai kat sini”
“Awak cakap ada sesuatu yang awak nak sampaikan dekat saya. Apa dia”
“Sebenarnya saya nak cakap. Saya dah tak boleh teruskan hubungan kita. Saya terpaksa lepaskan awak. Saya buat semua nih sebab mama dengan papa suruh saya untuk bertunang dengan sepupu saya. Maafkan saya Sha”
   Keisha terpana dengan apa yang diucapkan oleh Khairul. Airmatanya mulai jatuh mengalir dikelopak matanya. Dia tidak menyangka itu yang harus dia terima. Sungguh dia tidak menyangka apa yang dia impikan semuanya hancur berkecai hanya dalam sekelip mata. Cinta selama ini yang dia simpan hanya untuk Khairul musnah. Harapannya untuk hidup bersama dengan Khairul musnah. Kini dia terpaksa melepaskan Khairul demi keluarga Khairul yang memilih untuk menjodohkan Khairul dengan sepupu Khairul.
Perlahan*lahan Keisha mengundurkan langkahnya. Dia sudah tidak sanggup untuk melihat wajah orang yang dia sayang kini bukan menjadi miliknya lagi. Perlahan*lahan Keisha mengatur langkahnya untuk meninggalkan Khairul. Di saat Keisha mulai berjalan, tiba*tiba Khairul memegang tangan Keisha….
“Sha, maafkan saya Sha. Saya tak berniat untuk buat awak terluka. Tapi saya terpaksa. Sha, saya harap awak boleh terima apa yang terjadi. Saya tak mampu untuk menentang apa yang mama dan papa saya cakap. Saya tak boleh nak jadi anak yang menderhakai orang tua. Maafkan saya Sha”
“Khai, apa pun yang terbaik untuk awak. Saya percaya mama papa awak tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Saya rela Khai, saya rela kehilangan awak. Walaupun itu susah untuk saya. Saya tak sanggup untuk melihat awak bersanding dengan orang lain. Khai, lepaskan tangan saya. Saya bukan milik awak lagi”
“Keisha……..”
    Keisha melepaskan pegangan tangan Khairul pada tangannya. Lalu dia berlari meninggalkan Khairul. Sungguh hatinya terluka. Dia pasti tidak akan sanggup untuk melihat insan yang dia sayang kini menjadi milik orang lain. Namun dia harus menerima takdir itu. Takdir dimana dia tidak pernah impikan di dalam hidupnya.
                                                **********************
Sejak peristiwa itu, sudah tiada lagi senyuman yang terpamer diwajah manis Keisha. Kini Keisha lebih suka mengurung dirinya didalam bilik. Amel merasa pelik dengan keadaan sahabatnya itu. Sewaktu dia pulang selepas berjumpa dengan Khairul, dia langsung tidak seceria dulu. Apabila ditanya dia hanya diam.
“Eh, ni undangan kahwin siapa pulak nih?”
  Amel membuka undangan yang berada di atas meja. Perlahan*lahan dia membaca nama orang yang tertera di dalam kad undangan itu. Dan dia terkejut apabila membaca undangan itu. Undangan perkahwinan Muhammad Khairul Irsyad dengan Nur Autilia Maisyarah. Sekarang baru amel tahu kenapa Keisha berubah. Rupanya semua disebabkan Khairul akan bersanding dengan orang lain. Sampai hati Khairul menghancurkan hati sahabatnya. Sedangkan Keisha sangat menyayangi Khairul sepenuh hatinya.
                                                           ***************
Pagi itu, Keisha bangun awal dan dia sudah cantik berkebaya. Amel melihatnya berasa hairan.
“Sha, kau nak pergi mana? Kenapa dah lawa sangat nih?”
“Mel, kau siap ye. Lawa*lawa. Harinih aku nak tengok dia bersanding. Bersanding dengan orang lain. Cepat taw Mel, aku tunggu”
    Amel dapat melihat Keisha menghapus airmatanya. Siapa yang sanggup melihat orang yang dia sayang kini bersanding dengan orang lain? Dan siapa yang sanggup apabila orang yang mereka sayang selama ini kini menjadi milik orang lain untuk selamanya? Namun, Amel dapat melihat ketabahan seorang Keisha. Dia tetap kuat dalam senyumannya. Namun amel tahu, hati Keisha sakit dan terluka.
                                                        *****************
“Sha, kau betul ke nih nak tengok?”
“Ha’ah aku nak tengok. Kenapa Mel?”
“Tak ade ape”
“Aku tahu pasti kau ingat aku tak sanggup kan? Aku sanggup Mel”
    Setelah mereka sampai ke dewan tempat persandingan Khairul, mereka hairan kenapa tiada langsung orang yang berada disitu. Dan tiada juga keramaian yang menandakan adanya perkahwinan. Tiada langsung hiasan di dewan itu. Keisha hanya mampu terdiam. Lalu, Amel menganbil telefon bimbitnya lalu menelefon kawan mereka.
    Tiada perkahwinan antara Khairul. Lalu kenapa ada undangan? Pertanyaan itu hanya terpendam di dalam minda Keisha. Lama mereka terdiam di depan dewan itu. Tiba*tiba telefon bimbit Keisha berbunyi, lalu Keisha mengangkat panggilan itu. Panggilan dari seseorang yang dia tidak kenali.
“Hello, boleh saya bercakap dengan Keisha?”
“Ye ni Keisha. Ini siapa?”
“Kak Keisha, saya adik sepupu abang Khairul. Kak, saya hanya nak cakap. Abang Khairul dah tak ada. Dia dah kembali ke rahmatullah”
“Ya Allah…… khairul! Tak mungkin ………………”
“Keisha, kenapa nih?”
“Mel, Khairul Mel. Khairul……”
     Amel mengambil telefon bimbit Keisha dari tangan Keisha. Dan dia bercakap dengan adik sepupu Khairul. Sungguh dia tidak menyangka. Khairul sudah pergi. Pergi untuk selamanya.
                                                        ****************
Amel memandu ke arah tempat perkebumian. Setelah sampai di tempat perkebumian, Keisha dapat melihat semua orang sudah mulai bersurai. Keisha tidak mengambil masa yang lama. Dia terus keluar dari kereta dan berlari ke arah tempat peristirahatan Khairul yang terakhir. Keisha menangis sepuas*puasnya. Dia tidak menyangka, Khairul sudah meninggalkannya. Dia memeluk erat batu nisan Khairul. Dia lebih rela untuk melihat Khairul bersanding dengan orang lain daripada melihat Khairul kini hilang dari kehidupannya untuk selamanya.
     Amel menghampiri Keisha, lalu dia memeluk Keisha. Dia juga menangis melihat keadaan Keisha. Keisha memeluk Amel.
“Mel, sanggup Khai tinggalkan aku Mel. Dia tinggalkan aku untuk selamanya Mel. Dia tak sayang aku sebab tu dia tinggalkan aku. Dia kata dia nak kahwin dengan orang lain, tapi ini yang terjadi Mel. Dia tipu aku. Dia tak kahwin tapi dia tinggalkan aku untuk selamanya. Sampai hati dia Mel. Dia tinggalkana aku Mel. Aku lebih rela bila aku kena tengok dia bersanding dengan orang lain daripada aku harus tengok  dia macam nih. Mel, cakap dekat aku, nih semua mimpi. Ini semua mimpikan. Cakap iye Mel. Cakap. Please………..”
“Keisha, Khairul memang dah pergi. Dia …………..”
“Kak, akak sabar ye. Abang Khairul buat semua tuh sebab dia tak nak akak rase sedih yang mendalam. Abang suruh kami semua simpan penyakit abang. Dan abang juga suruh kami buat kad undangan yang mengatakan dia nak kahwin. Tapi semua tuh tak betul kak. Abang tak pernah nak kahwin dengan orang lain. Abang hanya sayangkan akak. Sebab tu abang buat semua tu. Kak, abang suruh saya bagi kotak ni dekat akak. Sebelum dia hembus nafas dia yang terakhir, dia suruh saya sampaikan pesan dia kat akak. Dia suruh cakap kat akak, dia akan sayangkan akak sehingga akhir hayat dia. Kak, akak sabar ye. Saya kena balik dulu. Assalamualaikum”
     Keisha hanya mampu menangis mendengar setiap kata yang diucapkan oleh adik sepupu Khairul. Dia membuka kotak yang diberikan kepadanya. Di dalam kotak itu tersedia baju pengantin yang Keisha inginkan. Baju pengantin yang ingin Keisha  gunakan apabila berkahwin dengan Khairul. Keisha memeluk erat baju itu sambil menangis. Amel yang melihatnya turut merasakan kesedihan yang ditanggung oleh Keisha.
      Keisha melihat lagi isi kotak itu, di tepi kotak itu dia ternampak ada satu sampul surat yang berwarna merah jambu. Lalu Keisha membuka sampul itu.

Assalamualaikum sayang.
Mungkin semasa sayang bukak dan baca surat Khai nih, mungkin Khai dah tiada. Maafkan Khai, Khai tak sanggup untuk bertahan lagi. Khai dah penat Sha. Maafkan Khai sebab Khai tak pernah bagitahu Sha tentang penyakit Khai. Khai tak nak bila Sha tahu tentang penyakit Khai, nanti Sha sedih. Selama nih Khai simpan sakit nih. Khai sakit Sha. Hidup Khai tak lama. Khai tak nak Sha terbeban dengan penyakit Khai. Maafkan Khai Sha.
     Khai pon nak minta maaf sebab Khai tipu Sha. Khai tak pernah pon nak menikahi orang lain selain Sha. Tapi Khai terpaksa tipu Sha. Khai tak sanggup nak tengok airmata Sha bila Sha tahu Khai sakit. Maafkan Khai. Tapi percayalah sayang, Khai cintakan Sha sepenuh hati Khai. Khai tak pernah terniat untuk melukakan hati Sha. Sha insan yang Khai sayang selepas mama dan papa. Sha bidadari Khai.
 Sayang,
Baju itu kan yang Sha nak sangat. Sha kata bila Sha kahwin dengan Khai nanti sha nak guna baju tuh. Sebab tu Khai belikan baju tu untuk Sha. Khai nak Sha yang jadi pengantin Khai. Sha segala*galanya untuk Khai. Bukan orang lain. Tapi nanti, bila Khai dah pergi, Khai harap Sha boleh terima kepergian Khai. Khai tak pernah minta untuk pergi, namun semua nya telah ditentukan. Janji pada Khai, bila nanti Sha dah jumpa seseorang yang boleh gantikan Khai, bila Sha nak kahwin dengan dia. Sha kena janji pada Khai, Sha kena pakai baju itu ye sayang. Khai pon nak tengok Sha cantik pakai baju tuh. Janji ye sayang.
Sayang,
Khai dah tak kuat nak menulis lagi. Sayang jaga diri. Jangan biarkan kesedihan meragut kebahagiaan Sha. Hidup sha masih panjang. Di mana pon Khai pergi, Khai tetap sayangkan Sha. Sha bidadari Khai. Khai sayang Sha sepenuh hati Khai, tiada yang lain.
Selamat tinggal sayang…..

      Selepas membaca surat terakhir daripada Khai. Sha menangis sepuas hatinya. Dia tak menyangka bahawa selama ini Khai menyimpan sakitnya dari Keisha. Keisha memeluk Amel dan dia berkata ..
“Aku tak sangka, dia sanggup buat aku macam ni. Aku sayangkan dia Mel, tapi sekarang dia dah pergi. Aku tak sempat nak ucap terima kasih dekat dia. Sebab dia dah bahagia kan aku selama nih. Aku tak sempat nak minta maaf dekat dia. Aku tak sempat Mel. Aku sayangkan dia Mel”
    Amel tidak dapat bersuara. Dia hanya mampu menenangkan sahabatnya. Setelah lama Keisha dalam pelukan Amel, perlahan*lahan Keisha bangun. Dia sudah ingin berlalu meninggalkan pusara Khairul. Amel turut bangun apabila melihat sahabatnya bangun.  Sebelum mereka berlalu,
“Khairul, dimana pon awak sekarang, saya harap awak tahu saya sayangkan awak. Sampai bila*bila saya akan sayangkan awak. Februari ini yang menjadi saksi bahawa di mana pon awak berada kini, saya akan tetap mencintai awak. Februari ini juga yang menjadi saksi bahawa walau awak sudah tiada, bukan bermakna cinta saya turut terkubur bersama awak. Februari ini juga menjadi saksi bahawa awak akan tetap menjadi kenangan saya yang terindah dan tidak akan apat digantikan. Saya sayang awak. Selamat tinggal Muhammad Khairul Irsyad. Semoga awak tenang disana”
     Keisha mulai mengatur langkahnya meninggalkan pusara Khairul. Dia harus menerima kepergian Khairul walau ia menyakitkan. Namun dia harus tetap menerimanya. Khairul, awak kenangan yang terindah bagi saya……

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 11:56
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ►  03/10 - 03/17 (7)
    • ►  03/03 - 03/10 (7)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ►  02/10 - 02/17 (2)
    • ►  02/03 - 02/10 (5)
    • ▼  01/27 - 02/03 (10)
      • Luahan Hati Biyy :(
      • Akhir cinta kita ....
      • Februari Ini ..
      • Sepi :(
      • Lagu :)
      • Suara Kenangan :)
      • Janji Awak :)
      • 28.01.2013
      • Janji Tinggal Janji
      • Lambaian Kasih Senja
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.