-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Thursday, 7 February 2013

Kekasih Abadi


   Naura tergamam dan terkedu selepas dia mendapat khabar yang membuat hatinya menjadi tidak keruan dan tidak tenang.

“Ra, kau dah tahu kan Fariz kemalangan malam tadi. Adik dia kata keadaan dia cukup kritikal sekarang. Kau tak nak pergi hospital tengok dia ke?”
“Untuk ape aku pergi tengok dia Rin. Kalau aku pergi tengok dia, sama aje aku mengulang balik kisah silam aku dengan dia. Aku dah tak nak kisah silam aku dengan dia datang balik. Aku nak lupakan semua kisah silam aku dengan dia”
“Naura sayang, kau datang tengok dia bukannya untuk ulang balik kisah korang yang terputus tuh. Tapi kau datang sana sebagai kawan dia. Aku tak nak nanti kau menyesal selepas dia pergi untuk selamanya. Ajal maut bukan dekat tangan kita.

   Naura terdiam. Memang benar apa yang dikatakan oleh Aurin. Dia datang melawat Fariz bukan untuk mengulang kisah lama mereka. tapi untuk melihat keadaan Fariz yang kini kritikal. Berpisah dengan Fariz di dunia, dia tak sanggup. Inikan pula bila dia harus berpisah dengan Fariz untuk selamanya…..

          *****
“Naura, awak sekarang nih kenapa? Kenapa tiba*tiba awak berubah? Saya call, susah sangat awak nak angkat. Saya message pon susah sangat awak nak balas. Awak ade masalah?
“Tak ade apa la, saya okay aje…

   Sejak pertemuannya dengan Fariz, kisah lama mereka yang dahulunya sudah hilang diingatannya kini datang kembali. Sungguh, sehingga saat ini dia masih sukar untuk memadam semua kenangannya bersama Fariz. Dia amat mencintai Fariz. Bukan senang untuk dia melupakan Fariz. Orang yang pernah menghiasi kehidupannya selama ini.

“Naura, tengok tuh. Saya baru diam kejap aje awak dah termenung. Sayang, kalau awak ade masalah, cakap la dekat saya. Saya tak nak awak pendam sorang*sorang.
“Aizat, saya tak ade ape* ape masalah. 

   Naura mencuba untuk tersenyum. Namun dia dapat merasakan senyumannya itu pahit. Dia memandang Aizat. Aizat merupakan kekasihnya selepas dia putus dengan Fariz. Dia tahu, dia sudah salah kerana dia telah member harapan palsu kepada Aizat. Dia sudah mencuba sepenuh hatinya untuk mencintai Aizat, namun dia tetap gagal. Dalam dia memerhatikan Aizat, dia sudah dapat merasakan kelopak matanya kini sudah mulai berat denagn linangan air mata. Sebelum airmata itu terjatuh di pipinya, dia dengan pantas mengesat airmatanya itu. Dia tidak ingin Aizat melihat dia menangis….

     *******

   Sejak pertemuannya dengan Fariz, Aurin dapat merasakan ada sesuatu yang aneh pada Naura. Kini, dia selalu termenung. Pagi itu juga Aurin melihat tingkah laku Naura. Hanya diam dan termenung
  ###

“Rara, nanti kan kalau kita dah kahwin, Rara nak kita honeymoon dekat mana?
“Alaa, Riz nih kan. Lambat lagi. Kita SPM pon belum lepas taw. Nak cakap pasal honeymoon pulak. Gatal taw Riz nih”
“Riz bukan gatal, Riz just nak tahu je. Biar nanti Riz siapkan semua yang patut. Rara nak kan jadi bini Riz nanti”
“Rara nak. Sebab Rara sayangkan Riz”
“Riz pon sayangkan Rara jugak. Riz janji, Riz tak akan pernah tinggalkan Rara sorang*sorang. Riz akan jaga Rara macam Riz jaga diri Riz sendiri..

  ###

“Naura, Naura ……. NAURA!

   Naura terkejut dengan panggilan namanya. Hilang semua kenangannya bersama Fariz

“Eh, Rin. Dah lama ke kau kat situ”
“Ya Allah, dari tadi aku panggil kau taw. Kau langsung tak menyahut. Kau nih kenapa, Ra? Macam ade something yang kau sembunyikan dekat aku.
“Tak ade ape la Rin.
“Ra, aku sahabat kau. Dan aku nih sepupu kau. Ra, kalau memang kau sayangkan aku, aku bagitahu kay aku, ape yang buat kau macam ni?
“Herm……

    Naura mengambil anak patung kesayangannya dan memeluknya erat. Dia amat menyayangi anak patung itu. Anak patung itu merupakan hadiah terakhir dari Fariz. Tiba*tiba airmata Naura mulai menitis di pipinya. Aurin hairan melihat keadaan Naura. Dia bangun dan cuba menghampiri Naura.

“Naura, kenapa ni? Atau semuanya ade hubungan dengan Fariz? Cuba bagitahu aku.
“Rin, sampai sekarang aku masih cintakan Fariz. Memang sekarang aku dengan Aizat, tapi tak semudah tu aku boleh lupakan Fariz kat dalam hidup aku. Aku dah try lupakan Fariz, tapi masa aku tengok dia kat hospital hari tuh, cinta aku dekat dia datang balik. Aku dah try untuk lupakan dia, tapi aku tak boleh. Rin, aku tak sanggup tipu Aizat. Aku tak nak dia makin terluka sebab aku…..

   Kini, Aurin sudah faham kenapa Naura menjadi seperti orang yang tidak tentu arah. Dia faham dengan keadaan Naura. Aurin tidak mahu menyalahkan Naura kerana cinta itu tidak dapat dibuang dengan mudah.

“Ra, aku faham dengan perasaan kau. Tapi aku mohon dekat kau. Kau kena jujur tentang perasaan kau yang sebenarnya dekat Aizat. Kalau kau tak nak dia terseksa, kau kena bagitahu dia sebelum dia makin terluka. Ra, aku sayangkan kau, aku tak nak tengok kau macam ni.

   Aurin mencuba untuk menenangkan Naura. Dia merapatkan dirinya dengan Naura. Dan akhirnya dia memeluk Naura. Dia ingin Naura mengkongsikan kesedihannya bersama Aurin. Dia kasihan melihat Naura. Sungguh berat dugaan dan ujian yang di terima oleh gadis selembut Naura.
  *****
   Sudah hampir 1 jam Aizat menanti kedatangan Naura. Air dihadapannya sudah habis diminumnya. Setiap saat dia melihat jam di tangannya dan dia melihat kelibat Naura. Mungkin Naura sudah datang. Namun, kehampaan yang dia dapat. Naura tetap tidak kelihatan. Dia sudah merasakan kecewa yang amat sangat. Dan akhirnya dia mulai berdiri dari bangku tempatnya duduk. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi…..

“Aizat……

   Dia berhenti dan berpaling untuk memandang orang yang memanggil namanya. Dia tersenyum.

“Maaf, sy lambat.
“Tak ape la, duduk la.
“Tadi macam penting aje. Sampai tak tertunggu nak jumpa dengan Naura. Kenapa ni?
“Naura, kenapa Naura tipu perasaan Naura sendiri?
“Apa yang awak cakapkan ni?”
“Ra, saya dah tahu semuanya. Saya tak nak cakap awak kejam. Tapi sekarang saya kena dan perlu cakap awak kejam. Sampai hati awak, Ra. Kenapa awak sanggup tipu perasaan awak? Kalau awak jujur, mungkin hati saya tak akan terluka macam ni.
“Saya tak faham dengan apa yang awak cakapkan”
“Naura, kenapa awak tak nak jujur dekat saya? Kenapa awak tipu saya? Hati dan cinta awak masih untuk Fariz kan. Kalau Aurin tak bagitahu kat saya hal sebenarnya, mungkin sampai bila*bila saya tak akan pernah tahu kalau awak tak pernah sayang dan terima saya kat dalam hidup awak. Saya tahu, dulu awak terima saya kat dalam hidup awak sebab awak terpaksa kan. Bukan sebab awak sayangkan saya macam awak sayangkan Fariz kat dalam hidup awak.

   Aizat berhenti berbicara. Naura sudah mulai mengesat airmatanya. Aizat juga, dia sudah mulai mengesat airmatanya yang tiba*tiba mengalir dari kelopak matanya. Aizat menarik nafas dan dia menyambung kembali bicaranya……..

“Ra, kalau boleh awak berterus teranglah pada dia tentang perasaan awak kat dia. Saya tak nak nanti awak betul*betul kehilangan dia. Cinta awak untuk dia. Awak tak perlu menipu hati dan perasaan awak lagi kat dia. Walau ape pon yang akan terjadi nanti, sama ade dia akan terima awak balik ataupun tidak. Sekurangnya awak dah jujur tentang perasaan awak dekat dia. Saya tak nak jadi penghalang cinta awak dengan dia. Saya tahu cinta awak milik Fariz. Bukan milik saya.”
 “Tapi…. Saya tak mungkin nak lukakan hati awak….
“Naura, kalau awak nak tahu, awak dah lukakan hati saya. Kalau awak dah tak nak buat hati saya terluka, awak kembali lah pada dia. Antara saya dengan dia, awak lebih mengenali dia terlebih dahulu dan dia juga yang awak cintai terlebih dahulu bukan saya. Mungkin ada hikmah disebalik semua nih. Ra, saya tak nak jadi orang ketiga dan penghalang cinta awak dengan dia.

  Naura diam. Dia memandang wajah sayu Aizat. Dia tahu, sekarang hati Aizat terluka. Namun hatinya juga terluka kerana dia sudah melukai hati insane yang tidak pernah bersalah dan insane yang telah tulus mencintai dia sepenuh hati. Namun, dia tidak dapat menipu dirinya bahawa dia masih tidak dapat melupakan Fariz dari dalam hidupnya.

“Terima kasih Aizat… Maaf, andai hati awak terluka disebabkan oleh saya….
“Awak tak perlulah ucap terima kasih kat saya. Saya buat semua nih sebab saya tak nak awak simpan rasa cinta awak tuh. Saya tak nak awak kehilangan orang yang awak sayang hanya disebabkan awak tak nak cakap isi hati awak yang sebenarnya dekat dia.

   Naura tersenyum. Dia berasa bersalah kerana dia telah melukai hati insane yang begitu baik seperti Aizat. Namun, dia tidak sanggup menafikan bahawa dia masih mencintai Fariz. Di dalam hidupnya.

      *****

“Rin, Fariz dah balik rumah ke?
“Dah, semalam dia dah balik. Kenapa? Kau rindu dia ye”
“Eh, tak lah. Aku just nak ucap selamat tinggal aje kat dia”
“Ra, kau sure ke nak sambung study kau dekat Indonesia? Dekat sini kana de jugak Universiti yang bagus. Perlu ke kau pindah?
“Rin, tempat belajar memang banyak yang bagus. Dekat India, Paris, Australia dekat UK, semua bagus. Tapi aku nak pergi kat tempat yang sejuk. Ye aku tahu, ade lagi tempat yang elok dari Indonesia tuh, tapi aku nak cari tempat yang tenang. Kau tahu kan, aku suka dengan pandangan hijau macam gunung ganang?
“Tapi, sebelum kau pergi sana, kau jumpa Fariz kan? Aizat? Kau dah bagitahu?
“Fariz? Aku tak sure sama ade aku nak jumpa dia or tak. Aizat pulak, aku dah bagitahu kat dia dah.
“Kau pergi la jumpa Fariz nanti……….

   Belum pun sempat Aurin menghabiskan katanya, mereka berdua dengan serentak melihat kea rah pintu rumah mereka.

“Rin, bukakan pintu tuh. Aku nak sambung kemas barang*barang aku ni”
“Ye la….

   Aurin berlalu meninggalkan Naura. Dia berjalan ke arah pintu rumah mereka. Dan dia membuka pintu. Dia terkejut dengan kehadiran Fariz di depan muka pintu rumah mereka. Tanpa member salam, Fariz terus melulu masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke dalam bilik Naura.

“Rin, siapa yang………. Fariz! Awak buat ape kat bilik saya nih?
“Sampai hati awak kan, awak nak sambung belajar kat tempat lain, awak tak cakap pon dekat saya kan. Ra, saya nih kawan awak kan. Kenapa awak tak nak bagitahu saya?
“Ra, sorry. Dia main masuk je”
“Tak ape Rin. Awak nih, masuk rumah saya bagi la salam dulu. Dah la tak bagi slaam, then terus nak marah*marah saya.
“Nih bukan masalah nak dan tak nak bagi salam. Awak tuh yang mengade sangat. Kalau Aizat tak bagitahu saya, mungkin saya tak pernah tahu yang awak nak pindah kan.
“Maafkan saya wahai encik Fariz. Saya bukan niat tak nak bagitahu awak. Saya just tak nak buat ada orang tertunggu saya balik. Tapi…. Ade ke yang nak tunggu saya kembali? Tak ade kan………
“Naura, saya akan tunggu awak kembali.
“Merepek la awak nih…..

   Naura kembali meneruskan kerjanya menyusun barang*barangnya ke dalam beg. Sungguh andai yang dikatakan oleh Fariz itu bukan mainan, dia sanggup membatalkan niatnya untuk belajar di Indonesia. Namun, dia tahu semua yang dikatakan oleh Fariz itu hanyalah gurauan.

“Naura, saya akan tunggu awak kembali. Saya janji, saya akan tunggu awak.
“Sudah sudah la tuh, Riz. Daripada awak cakap yang merepek, baik awak tolong saya hantarkan saya pergi airport. Jum. Aurin, jum.

   Naura sudah tidak ingin mendengar kata*kata dari Fariz. Dia tahu, semuanya pasti tidak akan menjadi kenyataan. Dan dia tahu penantian Fariz itu hanyalah salah satu untuk membuatnya membatalkan niat untuk pergi. Tapi dari hati kecilnya, dia berharap apa yang dikatakan oleh Fariz itu benar.

*****

   5 tahun sudah berlalu. Dan 5 tahun juga dia sudah meninggalkan Fariz. Dan selepas 5 tahun itu, Naura sudah berjaya mendapat gelaran Doktor. Kini, dia sudah berkhidmat di salah satu hospital swasta.
   Hari itu, dia tidak mendapat jadual untuk melakukan pembedahan jantung untuk mana*mana pesakitnya. Lalu, dia mengambil keputusan untuk berehat sahaja di dalam biliknya. Sewaktu dia sedangan asyik duduk di kerusinya, pandangannya terhenti ke arah satu kad undangan perkahwinan. Dia membuka kad itu
                                                              Muhammad Aizat Bin Zulhakim
&
Azreen Nur Syazwani Binti Kamaruddin

   Dia tidak menyangka, Aizat kini akan menjadi seorang suami untuk seorang gadis yang dia cintai. Mungkin gadis yang bernama Azreen ialah jodoh yang sebenar untuk Aizat. Dalam dia tersenyum mengenang Aizat, tiba*tiba telefonnya bordering.

“Hello….
“Hello, ni doktor Naura ke?
“Iye saya, ade ape*ape yang perlu saya tolong?
“Dok, to..tolong sa…ye.
“Ya Allah, kenapa ni encik?
“Saya dalam perjalanan nak pergi hospital, tiba*tiba kat tengah jalan jantung saya sakit. Tolong saya.
“Baiklah, saya akan tolong encik. Saya akan panggilkan ambulan untuk encik…
“Tak perlu, Dok. Saya hanya perlukan doktor aje.
“Baiklah. Bagitahu saya awak kat mana sekarang?

   Dengan tergesa*gesa Naura berlari kea rah keretanya. Dan dia memandu keretanya dengan laju. Dia harus menyelamatkan orang itu dengan secepat yang mungkin.
Di Taman. Tempat orang yang meminta tolong pada Naura

“Hay. Datang pun awak kan”
“Eh Fariz….. awak buat apa kat sini?
“Saya kan yang sakit jantung tadi.
“Fariz! Awak kenakan saya ye? awak tahu tak awak dah bermain dengan nyawa. Awak ta………
“Saya nak tepati janji saya pada awak. Awak ingat lagi kan? Saya pernah kata, saya akan menanti awak kembali. Dan sekarang awak dah kembali.
“Ape maksud awak nih?
“Awak, Aizat dah nak berkahwin. Awak pon pasti nak jugakkan macam Aizat. So, awak sudi tak?
“Sudi ape?
“Nur Naura Batrisya, sudikah awak menjadi permaisuri hati saya untuk selamanya?

   Fariz sudah melutut di depan Naura. Seperti dalam kisah dongeng. Sungguh dia terharu dengan apa yang dilakukan oleh Fariz. Dan dia tidak menyangka Fariz betul*betul menepati janjinya. Cincin di tangan Fariz dia pandang.

“Fariz Nazmi, saya sudi…..

   Fariz tersenyum dan dia menyarungkan cincin yang telah dibelinya dijari manis Naura.
  
 Naura tidak menyangka. Orang yang dulu pernah dia cintai dan cinta yang mereka rajut putus ditengah jalan. Tapi kini, hubungan itu akhirnya terjalin kembali. Inilah yang dinamakan jodoh. Dan kini dia percaya Fariz lah cinta dan kekasih abadinya. Dan Fariz jugalah yang dinantinya selama ini.
 

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 22:31
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ►  03/10 - 03/17 (7)
    • ►  03/03 - 03/10 (7)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ►  02/10 - 02/17 (2)
    • ▼  02/03 - 02/10 (5)
      • Kekasih Abadi
      • Buanglah Dendam Itu
      • Kau Bukan Milikku Lagi
      • Haruskah Kuterima ?
      • Antara Aku, Kau dan Dia
    • ►  01/27 - 02/03 (10)
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.