“Hay rin, sinilah aku nak kenalkan kau dengan my future
husband. Hehe”
“Amboii, future husband terus kau ni kan. Okay*okay kejap
laa.”
“Cepat la rin.”
Aku menarik tangan Arina untuk mengikutiku untuk aku
kenalkan dengan Ikmal.
“Rin nih Ikmal, Mal nih Arina kawan Erin”
Arina dan Ikmal bersalaman. Lama! Pandangan mata rin tak
henti*henti memandang wajah Ikmal, Ikmal pula memandang Rin dengan pandangan
yang lain. Lain dari Ikmal memandang dia. Mungkin itu hanya firasat Erin.
“Hey. Lama nya bersalam. Dah jatuh cinta ke?”
Ikmal dan arina terus melepaskan pegangan tangan mereka.
“Eh sayang ni. Mal sayang dan cintakan Erin aje taw. Tak ade
yang lain. Hanya Erin”
“Erin nih kan, tak mungkin laa aku nak amek Ikmal dari kau.
By the way, korang macam pinang di belah*belah”
“Rin nih, buat lawak pulak dia kan”
“Tapi kenapa panggilan nama Erin dengan Rin hampir sama?”
“Kitorang…….
“Kitorang kan kembar. Kan Erin kan”
“Iye…..
Mereka baru kenal, kenapa Azreen merasakan mereka sudah lama
kenal? Rapat! Tak menampakkan bahawa mereka baru kenal. Cara Ikmal melayan
kerenah Rin laen dari cara Ikmal melayan kerenahnya. Dia tidak boleh fikir yang
bukan*bukan. Mungkin Ikmal dengan Rin nak jadi kawan. Tiba*tiba handphone Erin berdering.
MAMA! Kenapa mama call? Erin mengangkat telefon dari mama. Dannn
“Rin, mama aku call suruh aku balik sekarang. Mama minta aku
temankan dia pergi rumah makcik aku. Herm, aku tinggal kau dengan Ikmal boleh?
Korang berjalan la dulu. Mal, tak ape kan sayang. Mama call Erin nih mintak temankan
dia. So, Mal boleh kan temankan Arina jalan*jalan?”
“Tapi Erin…….
“Okay, tak ape sayang. Mal temankan Rin okay. Erin balik laa
dulu temankan mama”
“Mal, jaga Rin taw. Rin kawan terbaik Erin. Ingat tuh
sayang. Jangan nakal. Bye….
Aku berlalu meninggalkan Arina dan Ikmal.
************
“Rin, dah lama ke kenal dan berkawan dengan Erin?”
“Lama. Dah hampir 3 tahun Rin kawan dengan Erin. Mal
beruntung dapat Erin, Erin orangnya sabar, baik aje. Mama Rin pon suka jugak
dekat Erin. Sebab Erin pandai jaga hati orang lain”
“Oh ye ke? Lepas tu Rin tak ade yang punya ke?”
“Tak ade. Dulu Rin ade sukakan seseorang nih. Tapi dia tak
suka Rin, dia sukakan Erin. By the way, Mal dengan Rind ah berapa lama couple?”
“Baru jugak. Baru nak masuk tahun pertama. Tapi……
“Tapi ape Mal?”
“Tak ade ape la. Jum kita pergi makan. Mal dah lapar nih…..
*************
Semenjak Ikmal
berkenalan dengan Arina, Erin dapat merasakan sesuatu yang lain antara Ikmal
dan Arina. Terkadang seperti dia tidak pernah wujud diantara mereka. Dan terkadang
seperti dia ini orang asing apabila
keluar bersama dengan mereka.
Sejak akhir*akhir
ini dia selalu disisihkan. Setiap kali dia mengajak Arina untuk keluar bersama,
belajar bersama, Arina selalu menolak. Katanya dia ada kerja yang lebih
penting. Dan begitu juga dengan Ikmal. Sudah tidak ade mase untuknya. Katanya aku
terlalu manja, semua minta diteman dan hal kecil boleh dijadikan hal besar.
Sungguh, dia tertanya dalam hatinya, siapa kekasih Ikmal? Azreen atau Arina?
Namun, dia
tetap tidak menyalahkan Arina. Mungkin Arina memang sibuk dengan kerjanya. Dan mungkin
Ikmal juga ingin dia hidup berdikari tanpa Ikmal. Azreen akan mencuba untuk
menjadi yang lebih baik untuk Ikmal. Dia tidak ingin perjuangan cinta kami yang
baru setahun jagung musnah begitu sahaja. Dan dia tidak ingin kesetiaan aku
padanya menjadi sia*sia.
Dalam masa sebulan
lagi genap setahun dia menyulam cinta dengan Ikmal. Dia sudah mulai menyiapkan
sesuatu yang special untuk dia. Ikmal sudah berjanji, dia berjanji bahawa tepat
1 tahun kami bercinta, dia akan masuk meminangku. Sungguh! Azreen tidak sabar
untuk menanti saat*saat itu.
*********
“Erin, esok siang
kita lunch same*same ye. Dah lama kan kita tak lunch same*same”
“ Boleh jugak, ma. Kita dinner kat tempat biasa ye, ma”
“Boleh sayang. Ha, ajak la Ikmal sekali. Dah lama mama tak
Nampak dia datang rumah. Erin dengan Ikmal bergaduh ke?”
“Eh tak ade la, ma. Ikmal sibuk mungkin. Tak ape, nanti Erin
call dia. Suruh dia datang”
“Yela kalau macam tu”
“Ma, Erin masuk bilik dulu laa ye. Erin nak call Ikmal dulu.
Erin pun dah mengantuk nih. Selamat malam, mama”
Selepas
mengucapkan selamat malam kepada mama, aku langsung bangun dan mendaki anak
tangga untuk menuju ke bilikku. Sampainya aku ke dalam bilikku, aku mencapai
handphone dan aku mendail nombor Ikmal. Panggilan ku tersambung dan ….
“Hello, Ikmal….
“Ha, kenapa call malam*malam nih?
“Erin ganggu Mal ke?
“Dah tahu ganggu, lepas tuh masih nak tanya.
“Sorry kalau Erin ganggu. Erin Cuma nak bagitahu, tadi mama
ada cakap. Esok mama nak ajak lunch. Lepas tuh mama suruh ajak Ikmal sekali.
Jum la ikut…..
“Malas laa. Lain kali aje laa.
“Alaa, jum laa. Kita pon da lama kan tak jumpa. Mama pun
rindukan Ikmal taw. Tadi….
“Lain kali aje ye Erin….
“Tapi mama yang ajak. Mama…..
“Stop Erin! Dah mal kata lain kali, lain kali la. Tak faham
bahasa ke? Ke nak Mal cakap bahasa planet kat Erin. Jangan nak paksa Mal la.
Mal penat taw nak layan kerenah Erin yang macam budak kecik nih. Manja lebih…..
“Ikmal…..
“Ape lagi Erin? Dah okay. Mal penat. Bye …….
Airmata Azreen
menitis dengan laju. Dia tidak menyangka Ikmal sanggup menengkinnya seperti
itu. Sebelum ini, tidak pernah sekalipun Ikmal memarahinya walau dia semanja
budak kecil sekalipun. Tidak pernah. Tapi kali ini Ikmal sanggup memarahinya.
Ya Allah,
sampai hati Ikmal. Belum pun sempat Azreen meminta maaf andai dia ade tersalah
kata dan sakitkan hati dia, dia dah matikan phone. Tapi mungkin ada benarnya
setiap patah kata yang keluar dari mulut Ikmal. Mungkin dia terlampau manja
selama ini sehingga Ikmal mulai tidak menyenanginya. Dia bertekad di dalam
hatinya untuk berubah. Dia tidak ingin Ikmal meninggakan nya hanya kerana sikap
nya yang terlalu manja. Dan dia tidak ingin Ikmal berpaling darinya….
***********
“Rin nak makan apa?
“Ape yang Mal order, Rin nak jugak sama dengan Mal.
“Eh, mengade nye dia….
Jauh di sudut
tepi, Erin dan mamanya baru sampai ke restoran itu. Restoran di mana Arina dan
Ikmal makan bersama. Sewaktu Azreen membetulkan tudungnya, tiba*tiba mamanya
bersuara……
“Erin, itu bukan Ikmal ke?
“Tak mungkin la Ikmal ade kat sini, mama.
“Cuba Erin tengok dekat belakang tu.
Dengan perasaan
ingin tahu Erin, Erin memandang kea rah yang ditujukan oleh mamanya. Cermin di
tangannya jatuh dari pegangan tangannya dan berkecai. Airmata Erin mulai
bergenangan di kelopak matanya. Dengan hati yang pilu, dia bangun. Dan berjalan
menghampiri Ikmal dan Arina. Mamanya tidak sanggup untuk menahan Erin..
“Mal, Rin…….
Ikmal dan Arina
terkejut. Arina cepat*cepat melepaskan tangannya dari pegangan tangan Ikmal.
Arina terus berdiri dan memegang tangan Erin.
“Erin, apa yang kau tengok tak seperti ape yang kau
fikirkan. Aku dengan Ikmal….
“Rin, aku percayakan kau. Kau kawan aku. Tapi rupanya kau
yang rampas Ikmal dari aku. Patut pon kau dah taka de mase untuk aku. Dan awakk
Mal. Sekarang saya dah tahu kenapa awak berubah dengan saya. Rupanya awak……
“Erin, aku tak berniat untuk sakitkan hati kau. Percaya lah
dekat aku, aku dengan Ikmal tak……
“Erin, saya dengan Rin memang ada hubungan. Kau nak tahu
sebab apa aku lebih memilih Arina daripada kau? Sebab aku bosan dengan perangai
kau. Kau tak perlu nak salahkan Arina dalam hal nih. Dia tak bersalah dalam hal
nih. Aku yang memilih dia…..
“Sampai hati awak Mal. Sekelip mata aje Mal awak berubah.
Mana janji awak dulu? Janji awak yang awak kata awak tak akan lukakan hati
saya? Janji awak untuk setia kat saya? Dan janji awak yang awak kata awak akan
masuk meminang saya. Mana semua janji tuh pergi Mal?........... Sampai hati
awak Mal buat saya macam nih”
“Dah la Erin. Semua tuh hanya tinggal janji. Aku dah tak nak
dekat kau. Dah jum Rin, kita pergi makan dekat tempat lain.
“Tapi….
“Rin, jum..
Ikmal menarik
tangan Arina untuk berlalu pergi meninggalkan Erin dengan linangan airmatanya.
Semua orang di dalam restoran itu melihat tingkah laku mereka. Seperti drama
dalam tv. Dia berjalan, melangkah. Namun langkahnya longlai. Titisan airmatanya
tidak berhenti, dan selepas dia betul*betul berdiri didepan mamanya. Dia
memandang wajah mamanya, namun kabur. Kabur dengan airmata yang tidak
henti*henti mengalir. Dan akhirnya dia memeluk mamanya.
“Ma, Ikmal jahat,ma. Dia sanggup duakan Erin dengan kawan
Erin sendiri, ma. Ma, Ikmal lupa janji dia pada Erin. Dia kata dia akan setia
pada Erin, tapi dia tak tepati janji dia. Dia sanggup buat macam ni kat Erin.
Dia tak sayangkan Erin macam Erin sayangkan dia. Mama, Erin benci kat Ikmal.
Erin dah tak nak kenal dengan Ikmal. Sampai hati Ikmal kan, ma. Sampai hati dia
lukakan hati Erin……
Mama Erin
hanya mampu menahan airmatanya daripada menitis didepan Erin. Dia juga tidak
menyangka bahawa Ikmal, orang yang dia anggap anaknya sendiri, dan orang yang
dia percaya untuk membahagiakan Erin sanggup melukakan hati anaknya.
**********
“Ikmal, saya rasa kita dah salah. Kita memang tak patut buat
Erin macam tuh. Awak tahu kan Erin sayangkan awak. Dan saya kawan Erin. Saya
……..
“Rin, tak ada siapa yang salah dalam hal ni. Saya dah memang
tak boleh terima Erin lagi dalam hidup saya. Sejak saya jumpa awak kali pertama
mase Erin kenalkan awak dekat saya, saya dah jatuh cinta kat awak”
“Tapi saya tetap rasa bersalah. Selama ni Erin selalu mengalah
untuk saya, dia selalu tolong saya dalam semua hal, dan tak mungkin saya nak
rampas kebahagiaan dia. Awak kebahagiaan dia selepas papa dia meninggal. Saya
tak sanggup lukakan hati dia. Ikmal, saya mohon. Kalau awak sayangkan saya,
tolong kembali dekat Erin. Dia lebih perlukan awak daripada saya. Saya…….
“Tak. Saya tak akan kembali pada dia. Pintu hati saya dah
tertutup untuk dia”
“Ikmal, selama nih Erin sayangkan awak aje. Dia tak pernah
ade niat untuk duakan awak dibelakang awak. Saya tahu, saya dah salah sebab
saya cintakan kekasih kawan saya sendiri. Tapi selepas saya tengok kesedihan
dan tangisan dia tadi, saya tak sanggup. Saya rase bersalah sangat dekat Erin”
“Tapi…….
“Mal, saya tahu. Kat dalam hati kecik awak, awak masih
sayangkan Erin kan. Tak semudah tuh awak boleh lupakan Erin. Mal, antara saya
dengan Erin, Erin yang lebih dulu kenal awak. Antara saya dan Erin, Erin yang
awak cinta terlebih dahulu. Antara saya dan Erin, Erin yang lebih pertama
miliki hati awak. Bukan saya. Kehadiran saya kat dalam perhubungan awak dengan
Erin hanya buat Erin terluka. Dalam diam saya dah rampas satu*satunya
kebahagiaan dia. Saya mohon, kembali dekat Erin. Demi saya.
“Okay, saya akan kembali pada dia, tapi jangan salahkan saya
kalau saya dah tak dapat terima dia seperti yang dulu. Dan saya kembali pada
dia untuk awak”
“Ikmal. Sebelum awak kenal saya, siapa yang buat awak
bahagia kan awak kalau bukan Erin? Dan siapa yang selalu dengan awak, kalau
bukan Erin? Di saat awak susah dulu, siapa yang tolong awak? Ikmal, saya mohon,
kembali lah seutuhnya untuk Erin. Saya rela kalau awak pergi dari saya demi
Erin”
Ikmal tidak
bersuara. Dia hanya diam seribu bahasa. Memang benar apa yang dikatakan oleh
Arina. Sebelum kehadiran Arina ke dalam hidunya, Azreen lah yang selalu dengan
dia. Sebelum ini hanya Erin yang dia cinta, bukan orang lain. Tapi hatinya
berpaling selepas dia berjumpa dengan Arina. Kini dia baru tahu kesalahannya
kerana telah menduakan Erin sedangkan Erin tidak pernah bersalah. Dan Erin
selalu setia padanya.
Ya Allah, apa yang aku dah buat dekat Erin?
Pasti sekarang Erin terluka dengan apa yang aku dah buat dekat dia. Aku kena
minta maaf dekat dia. Aku kena tinggalkan Arina. Aku belum siap untuk
kehilangan Erin, insane yang sentiasa member aku semangat dan insane yang
sentiasa ada di kala suka dan dukaku. Aku harus kembali pada Erin.
**************************
Ikmal dan
Arina datang ke rumah Azreen. Jelas terpancar wajah bersalah Arina. Ketukan pintu
dan salam yang mereka berikan tidak bersahut. Mungkin tiada orang di rumah
Azreen. Akhirnya, mereka memutuskan untuk pergi apabila tiadapun sahutan dari
tuan rumah.
Satu langkah…. Dua
langkah…. Tiga langkah… akhirnya langkah mereka terhenti disaat mendengar suara
pintu dibuka. Mereka kembali berpaling melihat kea rah pintu rumah. Yang berdiri
di depan muka pintu bukan Azreen tapi mama Azreen. Baru mereka ingin menyalami
tangan mama Azreen….
“Kenapa lagi datang sini? Nak tambah kelukaan Erin? Masih tak
puas dengan apa yang Ikmal dan Rin buat kat anak mama?”
“Mama, Rin minta maaf. Rin tak bermaksud untuk lukakan hati
Erin. Rin minta maaf, ma”
“Mal pun minta maaf, ma. Mal meyesal dengan apa yang Mal dah
buat dekat Erin”
“Ikmal selepas papa meninggal, mama percayakan Mal untuk
buat Erin tersenyum seperti yang dulu. Dan akhirnya Mal Berjaya buat Erin
tersenyum balik. Tapi mama tak sangka Mal sanggup buat semua ni dekat anak
mama. Mama dah anggap Mal macam anak mama sendiri sebab mama tahu Erin
sayangkan Mal sepenuh hati dia. Tapi Mal dah lukakan hati anak mama. Dan kamu
Arina, mama sayang Rin dah macam anak mama sendiri jugak. Macam mana mama
sayangkan Erin, macam itu jugak mama sayangkan Rin. Tak ada bezanya antara Erin
dengan Rin. Tapi sekarang mama betul*betul tak sangka, Rin sanggup buat macam
ni kat Erin. Erin minta sekali aje untuk bahagia, bukan selalu. Tapi sampai
hati Rin rampas kebahagiaan satu*satunya untuk Erin selepas papa pergi. Sampai
hati Rin dan Ikmal lukakan hati Erin. Mama kecewa dengan kamu berdua”
Ikmal hanya
mampu terdiam selepas mendengan luahan hati mama. Arina pula sudah menangis
teresak*esak menyesali kesalahannya pada Erin dan mama. Kini dia sudah melutut
di depan mama. Dia mencium berkali*kali tangan mama dan memeluk kaki mama
sambil berkata……
“Mama, Rin minta maaf. Rin tahu, Rin bersalah. Rin khilaf,
ma. Rin tahu. Rin tak patut buat semua ni. Rin datang sini nak minta maaf dekat
Erin. Mama, Rin mohon, maafkan Rin……
“Rin, bangun. Mama tak nak tengok Rin macam nih. Bangun
sayang, mama tak marah cuma mama terluka dengan apa yang Rind ah buat dekat
Erin”
“Mama………
Arina bangun
dan terus memeluk mama.
“Ma, Erin mana? Rin dengan Ikmal nak jumpa dia. Rin dengan
Ikmal nak minta maaf dekat Erin…
“Erin tak ade dekat rumah. Tadi dia kata kat mama, dia nak
pergi jalan*jalan kat tasik tempat selalu Erin dan Ikmal pergi. Pergi la asana.
Erin ade kat sana…..
“Terima kasih, ma. Sekali lagi, Ikmal dengan Rin minta maaf…..
Mereka terus
berlalu selepas menyalami tangan mama.
*****************
Ke mana lagi aku harus
pergi membawa luka? Macam mana aku nak rawat luka nih? Semakin aku lupakan apa
yang terjadi, semakin itu kenangan pahit itu muncul di depan mataku. Ya Allah,
haruskah aku melupakan Ikmal? Demi kawan aku? Aku memang sayangkan Ikmal, tapi
andai hati dia bukan lagi untuk aku, aku harus merelakan dia pergi…….
“Erin……
Selepas dia
mendengar namanya dipanggil, dia mengalihkan pandangannya ke arah suara itu. Baru
kecil yang berada di tangannya terlepas. Kini pandangannya tertumpu kepada dua
orang insan yang dia sayang. Dia bangun dan berjalan menghampiri mereka berdua.
Kini, Azreen
sudah berada di depan orang yang dia sayang. Arina dapat melihat kelesuan Erin,
dan Arina juga dapat melihat mata Erin yang bengkak selepas menangis. Sungguh,
Arina tidak sanggup melihat penderitaan kawannya. Tapi dia tahu, semua yang
terjadi pada Erin semuanya disebabkan oleh salahnya yang telah dalam diam telah
merampas kebahagiaan dia.
“Rin, Mal. Buat ape kat sini?
“Erin……
Belum pun
sempat Erin bersuara, Arina sudah memeluk Erin dan Arina menangis dalam pelukan
Erin.
“Rin, kenapa nangis nih?”
“Erin, maafkan aku. Aku dah jahat. Aku dah rampas cinta
Ikmal dari kau. Aku tahu, aku salah, aku tak pandai nak menghargai kau. Aku minta
maaf Rin. Aku yang salah dalam hal nih…..
“Rin, pandang aku. Aku tak marah kau. Cuma hati aku terguris
sikit. Tapi sekarang aku dah boleh terima apa yang terjadi. Mungkin ade sebab
kenapa Mal sanggup buat macam tu. Semua dah terjadi Rin. Dan sekarang cinta Mal
dah hilang untuk aku. Cinta Mal sekarang untuk kau. Aku dah dapat relakan
kepergian Mal dari aku”
Arina hanya
mampu terdiam dan dia menghapus airmatanya. Sungguh, pilu hatinya selepas
mendengar kata*kata yang diluahkan oleh Erin.
“Erin, Mal minta maaf atas apa yang terjadi. Mal terlampau
ego. Mal hanya fikirkan perasaan Mal sendiri. Mal tak pernah fikirkan perasaan
Erin. Maafkan Mal…
“Mal, Erin tak marah, semua dah terjadi. Tapi boleh kan kalau
Erin nak minta sesuatu kat Mal?.....
“Boleh…
“Mal, tahu tak hari nih hari apa? Hari nih merupakan genap
setahun Mal dengan Erin andai kita masih bersama. Dan kalau ikutkan, hari nih
Mal akan masuk meminang Erin kan. Tapi semua dah jadi kenangan. Boleh tak? Erin
nak peluk Mal, sekali aje. Erin tahu lepas nih Erin dah tak boleh nak peluk
Mal, Mal bukan milik Erin lagi. Boleh ye. Erin nak peluk Mal untuk first
anniversary kita walaupun sekarang ia dah jadi kenangan……
Selepas Ikmal
mendengar kata Erin,baru dia merasakan penyesalan yang terdalam kerana telah
melukakan hati Erin. Ikmal tidak membuang masa, dia terus mendepakan tangannya,
dan Erin terus memeluknya. Seminit,,,, dua minit,,, tiga minit…..
“Terima kasih Mal sebab Mal dah bagi Erin merasakan disayang
dan dicintai oleh orang yang Erin sayang. Rin…..
“Kenapa Erin…
“Jujur dengan aku, kau sayangkan Ikmal kan”
“Aku….
“Aku tahu kau masih sayangkan Ikmal. Mama dah bagi tahu aku,
tadi kau dengan Mal datang kat umah kan. Rin, please jujur dengan aku, kau
sayang dan cintakan Mal kan”
“Iye, aku cinta kan Mal”
“Aku rela andai aku harus kehilangan orang yang aku cinta. Tapi
aku tak rela bila melihat orang yang aku cinta tak bahagia. Aku tahu, Mal boleh
bahagia dengan kau. Sekarang, aku dah relakan kepergian Mal untuk kau. Aku harap
kau dapat bahagiakan Mal, jangan jadi macam aku, aku tak pandai jaga Mal dengan
baik sehingga dia memilih untuk duakan aku.
“Tapi Erin……
“Mal, Erin tahu selama ni Erin tak jadi yang baik untuk Mal.
Sehingga akhirnya Mal memilih untuk pilih orang lain. Erin tak marah. Erin
hanya nak Mal jujur dengan Erin. Mal sayang kan Arina kan. Please jangan tipu
Erin dan jangan tipu hati dan perasaan Mal.
“Erin, Mal memang sayangkan Arina. Tapi sekarang Mal dah
janji untuk kembali pada Erin,Mal nak bukak balik pintu hati Mal untuk Erin.
Mal nak kembali pada Erin.
“Tak Mal. Erin lebih rela mengalah. Erin nak tengok Mal dengan
Rin bahagia. Bila Erin tengok orang yang Erin bahagia bahagia, Erin pon akan
bahagia, walau mereka bahagia bukan dan tanpa Erin….
Azreen memegang tangan Ikmal, lalu dia
mengambil tangan Arina. Dia menyatukan tangan mereka berdua. Arina memandang
sayu pada Erin dan Erin mengangguk.
“Mungkin Erin memang jadi orang yang pertam amengenali
Ikmal, tapi bukan bermakna Erin akan menjadi milik Ikmal. Mungkin kehadiran
Erin ke dalam hidup Ikmal hanyalah untuk mempertemukan Mal dengan Rin. Kalian
berdua memang diciptakan untuk bersama. Ikmal memang tercipta untuk Erin tapi
bukan untuk bersama selama*lamanya. Mal, jaga kawan Erin sebaik yang mungkin.
Rin, sayangi Mal seperti mana yang pernah Erin buat dulu. Erin yakin kalian
berdua memang ditakdirkan untuk bersama….
“Erin. Terima kasih……
Azreen dapat
melihat wajah kebahagiaan di wajah Arina dan Ikmal. Akhirnya, Erin mulai mengatur
langkah untuk meninggalkan Ikmal dan Arina. Mereka betul*betul pasangan yang
bahagia. Dia tidak pernah melihat kegembiraan yang sebegitu sebelum ini di
wajah Ikmal semasa bersama dengannya.
Selangkah, dua langkah, tiga langkah, empat langkah. Akhirnya
Erin berhenti dan berpaling semula melihat ke arah Ikmal dan Arina…
Ya Allah, mereka
memang ditakdirkan untuk bersama. Aku tidak pernah melihat ketawa Ikmal seperti
ini sebelum ini. Andai Arina memang dah ditakdirkan untuk Ikmal, aku rela
melepaskan Ikmal untuk Arina. Aku rela terluka asalkan orang yang aku sayang
bahagia. Andai ini akhir kisah cinta aku dengan Ikmal. Aku rela…..

No comments:
Post a Comment