-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Tuesday, 5 February 2013

Kau Bukan Milikku Lagi


    Aisya Camelia mengatur langkahnya dengan cepat. Dia tidak tahu mengapa Shahrul ingin berjumpa dengannya. Tibanya dia ditempat yang dijanjikan……

“Shahrul, awak nih dah kenapa suruh saya datang sini? Rindu sangat ke dekat saya? Sampai tak tertunggu hari esok. Ni kan dah malam”

    Aisya Camelia terus membebel selepas melihat kekasihnya di bangku di taman itu. Namun, bebelannya hanya disambut dengan pandangan yang kosong. Amel hairan, selalu apabila dia membebel Shahrul akan terus mengatakan dia seperti mak nenek. Tapi kali ini dia hanya diam dan tunduk. Akhirnya, Amel mengambil keputusan untuk duduk di sebelah Shahrul.

“Shahrul…..

     Amel memegang tangan Shahrul. Lembut….

“Amel, saya nak cakap sesuatu dekat awak. Saya tahu, lepas awak dengar semua nih pasti awak akan terluka. Dan mungkin lepas nih awak akan menjauh dari saya”
“Sayang, awak cakap ape nih? Hey, pandang Amel. Kenapa ni?
“Amel, saya terpaksa putuskan hubungan kita. Mama dengan papa saya suruh saya bertunang dengan sepupu saya. Amel, saya tak nak terima dia, tapi saya terpaksa untuk terima dia jugak. Dia sekarang dah jadi yatim piatu. Mama dengan papa dia dah meninggal. Dan …….
“Dan Amel faham. Amel terima andai awak memilih dia. Amel tak marah. Shahrul, awak terima aje ye ape pon keputusan mama dengan papa awak. Amel terima.
“Saya tahu, awak sekarang terluka kan. Tak Amel, saya tak akan berkahwin dengan dia. Saya hanya nak awak. Jum, ikut saya pergi rumah saya jumpa mama dengan papa saya. Biar mama tahu saya dah ade pilihan saya sendiri. Jum ….

     Shahrul sudah berdiri dan dia menghulurkan tangannya pada Amel agar Amel mengikuti dia. Namun, huluran tangan Shahrul hanya dipandang kosong oleh Amel. Jelas terlihat airmata Amel sudah mulai berlinangan. Dan akhirnya, airmata itu mengalir juga. Dengan perlahan, Amel berdiri. Pandangannya terarah pada Shahrul. Sayu… akhirnya dia menyambut huluran tangan Shahrul dan …..

“Saya memang sayangkan awak sepenuh hati saya. Selama ini saya selalu berangan untuk hidup dengan awak selamanya. Namun, takdir berkata lain. Shahrul, cinta yang pergi boleh dicari, namun ibu bapa tiada gantinya. Andai awak melawan kata ibubapa awak, ia bermakna awak dah menderhakai ibu bapa awak. Mungkin, keputusan ibubapa awak tu merupakan hal yang terbaik untuk awak dan untuk kehidupan awak. Saya rela ………

     Belum sempat Shahrul ingin berkata, Amel sudah memeluknya.  Dalam pelukannya dia berkata…

“Sebelum awak pergi tinggalkan saya, biarkan saya peluk awak untuk kali terakhir…….

     Selepas beberapa minit, Amel mulai merenggangkan pelukannya. Dan kini dia memegang tangan kanan Shahrul. Dia memandang Shahrul. Lama. Dan…..

“Malam ni, mungkin malam terakhir saya dapat pegang tangan awak macam nih. Selepas nih, saya dah tak dapat pegang tangan awak macam nih. Saya tak marah awak, saya tak akan bencikan awak. Saya akan sayangkan awak selamanya. Walaupun nanti awak dah bukan jadi milik saya, awak kena ingat awak hal terindah yang pernah saya miliki selama ini….. Selamat tinggal…

    Amel terus berlalu pergi meninggalkan Shahrul. Sudah tiada harapan lagi untuk dirinya bersama dengan Shahrul. Dia tidak berupaya untuk menghalang Shahrul. Semua itu untuk kebaikan Shahrul juga. Walau sakit, dia harus merelakan Shahrul. Andai dia tetap berkeras, mungkin Shahrul akan melawan kata mama dan papanya. Dia tidak ingin Shahrul berbuat begitu. Dan akhirnya dia memilih untuk mengalah. Dia sanggup terluka asalkan Shahrul bahagia. Bahagia dalam dukanya……
                                                                        *****
“Lia, kenapa nih? Kenapa nangis? Siapa yang buat kau menangis nih?”

    Bella terkejut melihat keadaan sahabatnya yang baru pulang dari berjumpa dengan kekasihnya dengan tangisan yang kini sudah teresak*esak. Dia menghampiri Aisya Camelia dan dia mencuba menenangkan sahabatnya itu.

“Lia, bagitahu la aku, kenapa ni?
“Bella, aku dengan dia dah tak ade ape*ape hubungan. Aku…..
“Siapa yang putuskan hubungan korang nih?
“Dia. Dia buat semua nih sebab mama dan papa dia nak jodohkan dia dengan sepupu dia.  Dan tak mungkin aku nak halang. Kalau aku halang sama aje dengan aku suruh dia melawan mama dengan papa dia”
“Ya Allah, sabar ye Lia. Insha Allah, lepas nih akan ade seseorang yang lebih baik yang akan datang untuk kau”

   Baru sahaja Bella ingin berkongsi kegembiraannya bersama Lia, namun niatnya terkubur selepas melihat keadaan Lia. Dia turut bersimpati dengan keadaan Lia. Dia tahu Lia amat mencintai Shahrul, namun dia tidak menyangka ini akhir cinta mereka. Di dalam hatinya dia berkata dan berharap semoga Nizam tidak seperti itu dan dia berharap agar Nizam dapat bertegas untuk mempertahankan cinta mereka.
                                                                    *****
SETELAH 3 BULAN BERLALU

“Lia, malam nih kau ikut aku ye. aku nak kenalkan kau dengan seseorang”
“Seseorang? Siapa?
“Kau tahu kan, sejak mama dengan papa aku meninggal, sekarang study aku maklong dengan paklong aku yang tolong aku. Dan, sekarang. Maklong denagn paklong aku nak jodohkan aku dengan anak dorang. First, aku tak nak terima. Tapi selepas maklong aku kata, dia tak nak anak dia terlepas kat tangan orang lain. Maklong aku tetap nak kan aku juga jadi menantu dia. Akhirnya aku terima. Aku pond ah jumpa dengan anak maklong aku tuh. Handsome orangnya. Kali pertama aku jumpa dia, aku dah jatuh hati kat dia taw”
“Jahatnya awak kat kite! Asal kau tak bagitahu aku awal*awal lagi ha? Sampai hati kau kan dengan aku. Huk huk huk. Sedih aku nih”
“Alolo, awak jangan laa merajuk ye. HAHA. Sebenarnya, aku nak cakap kat kau. Tapi aku tak jadi nak cakap kat kau. Aku ingat hari tuh aku nak bagitahu, tapi aku tak sampai hati sebab masa tuh kau dengan Shahrul……
“Okay lah malam ni aku ikut. Aku nak tengok juga bakal abang ipar aku tuh…..

    Bella tahu, sejak peristiwa itu, Lia sudah tidak ingin mendengar nama Shahrul lagi meniti di gegendang telinganya. Mungkin dia ingin melupakan Shahrul. Andai dia menjadi Lia, mungkin dia tidak akan setabah Lia. Dan mungkin dia akan tetap menyuruh Shahrul untuk bersama dengannya. Tapi tidak Lia, Lia tetap sabar dan tabah menghadapi semuanya. Dia gadis yang kuat. Walau dia sudah terluka, namun dia tetap tidak melihatkan luka dan kesedihannya kepada orang yang dekat dengan dia dan termasuk dia sendiri yang menjadi sahabat keapda Aisya Camelia. 

   Andai Bella dapat tahu siapa perempuan yang membuatkan mama dan papa Shahrul menyuruh Shahrul untuk memilih perempuan itu daripada memilih Lia, dia berjanji akan membuat perempuan itu mengembalikan Shahrul kepada Lia. Dia tidak sanggup untuk melihat keadaan sahabtanya yang kini lebih banyak bertemankan dengan airmata berbanding dengan kebahagiaan dan senyuman.
                                                             *****
    Malam itu, Aisya Camelia hanya memakai baju yang simple. Namun kecantikannya tetap juga terserlah. Bella memandang Lia dengan pandangan yang tidak berkerlip. Dia tidak menyangka ada juga insan yang sanggip melukakan gadis secantik Lia. Di matanya Lia sudah cukup sempurna untuk dijadikan pendamping hidup. Lia bukan sahaja cantik, tapi dia juga lembut. Baik. Dan dia tidak sombong.

“Eh makcik, aku tahu la aku nih cantik macam puteri raja, tapi tak perlu la pandang aku macam kau nak telan aku”
“Banyak la hang. Puteri raja pun belum tentu cantik macam kau taw. Kau cantik sangat Lia”
“Terima kasih”

    Lia memeluk kejap sahabatnya itu. Dia tidak menyangka, dulu dia sendiri yang kata. Antara dia dengan Bella, mungkin dia yang akan menamatkan zaman bujangnya terlebih dahulu. Namun, semuanya tidak seperti yang dia bayangkan. Kini, jelas dan nyata, Bella yang akan menamatkan zaman bujangnya terlebih dahulu. Lia juga bahagia dengan kebahagiaan Bella.

“Dah jum. Lama sangat nanti abang kesayangan aku tuh tunggu kita”
                                                       *****
DI RESTORAN ….

   Setibanya mereka di restoran, tempat Bella dan Nizam berjanji untuk berjumpa. Mereka tercari*cari keberadaan Nizam. Dan akhirnya, mata Bella dapat menangkap keberadaan tunangnya itu.

“Jum Lia, dia kat situ”

   Mereka berdua berjalan menghampiri Nizam yang sedang asyik melihat dan mendengar penyanyi yang menyanyi untuk menghibur tetamu yang datang ke restoran itu. Tapi belum pun sempat Bella menyapa Nizam, Lia terlebih dahulu berkata…..

“Bella, aku pergi tandas dulu ye.
“Okay, jangan lama sangat…..

     Aisya Camelia pergi berlalu…….

“Assalamualaikum abang. Maaf Bella lambat. Abang dah lama ye tunggu Bella?
“Waalaikumsalam. Ha, sampai pun dia. Ingatkan tak datang tadi. Tak ade la lame sangat”

     Nizam mempersilakan Bella duduk. Namun, mata Nizam seperti mencari seseorang.

“Abang cari kawan Bella ye?
“Ha’ah ye la. Tadi Bella kata, Bella datang sini dengan kawan. Mana kawannya?
“Dia pergi tandas tadi. Ha, itu pon dia. Panjang umur dia…

   Bella bangun dan menghampiri Lia yang semakin dekat dengan mereka. Dan….
.
“Abang, ni lah kawan Bella. Nama dia Lia”

   Lia tersenyum. Nizam bangun dan berpaling untuk melihat dan ingin berkenalan dengan Lia, kawan Bella. Namun, tiba*tiba senyuman Lia makin kendur. Begitu juga dengan Nizam. Namun, Lia tetap mencuba untuk kuat dan tersenyum kembali walaupun pahit. Dia tidak ingin Bella mengetahui siapa Nizam dalam hidupnya. Akhirnya, Lia menghulurkan tangannya kepada Nizam untuk berkenalan…

“Hai, saya Aisya Camelia.

   Dengan perlahan*lahan Nizam menyambut huluran tangan dan perkenalan dari Lia.

“Hai, saya Shahrul Nizam……

     Camelia melepaskan tangannya dari tangan Shahrul. Mereka bertiga kembali duduk. Camellia tidak menyangka setelah sekian lama mereka terpisah akhirnya mereka berjumpa kembali. Tapi mereka berjumpa kembali bukan untuk bersama. Sungguh, dia tidak menyangka, Nizam ialah Shahrul dan Shahrul adalah Nizam. Orang yang sama. Dia tidak sanggup untuk mengatakan hal yang sebenar kepada Bella. Dia tidak ingin Bella kecewa dan terluka. Dan dia tidak ingin merosakkan kebahagiaan Bella.
   Dia sanggup terluka. Namun dia tidak sanggup melihat kawannya terluka. Dia dan Shahrul sudah lama berkenalan. Namun, mala mini mereka harus berlakon seperti baru mengenali antara satu sama lain. Dia tidak ingin Bella mengesyaki hubungannya dengan Shahrul. Tiba*tiba, penyanyi undangan di restoran itu menyanyikan lagu “TAK RELA”.
   Camelia diam mengahayati setiap lirik lagu itu. Lagu itu memang menyentuh perasaannya sehingga dia menitiskan air matanya. Di dalam hatinya dia juga mengikuti lirik lagu itu, “sesungguhnya aku tak rela, melihat kau dengannya,sungguh hati terluka”. Lia mengesat airmatanya. Bella perasan dengan tingkah laku kawannya itu. Bella faham kenapa Lia menangis. Mungkin disebabkan oleh lagu yang dinyanyikan penyanyi itu.

“Lia, kenapa nangis nih? Sebab lagu tu ye. herm, sabar ye. Kalau aku pon, aku tak sanggup jugak bila tengok orang yang aku sayang dengan orang. Tak mao la nangis ye”

   Kalau Bella tahu, pasti Bella akan terluka. Shahrul yang pernah dicintainya dulu kini menjadi milik Bella. Dan dia menangis kerana dia tidak sanggup untuk melihat Shahrul bersanding dengan orang lain, dan orang lain itu ialah Bella.

“Abang, abang tahu tak? Kawan Bella nih kacian taw. Mama dengan papa pakwe dia suruh pakwe dia kahwin dengan orang lain. Jahat kan. Sedangkan Lia dah sayangkan pakwe dia tuh sepenuh hati dia. Tapi akhirnya orang lain yang dapatkan pakwe dia. Kalau Bella tahu siapa perempuan tuh, nak aje Bella cekik*cekik perempuan tuh. Sampai hati dia buat mama dengan papa pakwe Lia jodohkan dia dengan Pakwe Lia tuh”

   Camelia memandang Bella, lalu dia memandang Shahrul. Tidak mungkin semua tuh akan terjadi. Kerana perempuan yang dimaksudkan oleh Bella ialah Bella sendiri. Namun, Lia tetap diam.
   Shahrul pula hanya diam. Dia tidak tahu untuk berkata apa lagi. Lelaki yang dimaksudkan oleh Bella ialah dia sendiri. Dan perempuan yang dimaksudkan oleh Bella ialah dirinya sendiri…….
    Makan malam itu tetap berjalan dengan lancar seperti tiada apa yang berlaku. Namun, Bella dapat merasakan sesuatu yang aneh diantara Lia dan Nizam. Seperti mereka berdua menyimpan rahasia. Hati Bella seperti meronta*ronta untuk mengetahuinya, namun dia pendam……
                                                                       *****
“Lia, kalau aku nak tanya kau sesuatu boleh?
“Boleh. Tanya lah….

     Bella duduk disebelah Lia yang sedang membaca majalah. Bella mengambil majalah ditangan Lia, lalu meletakkannya di atas meja.

“Eh, dah kenapa dengan hang nih? Amek majalah aku then letak aats meja pula?
“Aku nak tanya benda yang serious dekat kau. 

    Ya Allah. Kenapa dengan Bella? Tak mungkin dia dah tahu tentang hubungan aku dengan Shahrul? Tak mungkin. 

“Okay, cepatlah. Aku nak dengar soalan kau tuh”
“Betul ke Nizam aku tuh Shahrul kau? Jawap Lia.
“Ha ………
“Lia, semalam mase kita makan, aku dapat tengok pandangan kau bila kau pandang Nizam. Dan aku dapat tengok juga pandangan Nizam dekat kau. Lain Lia. Dan, aku dapat nih. Buku harian kau. Mungkin aku lancang sebab baca semua diary kau. Tapi aku nak kepastian. Dan memang betul, Nizam ialah Shahrul.
“Bella. Aku tak pernah amek barang kau tanpa minta izin kat kau terlebih dahulu. Tapi kau dah memang biadap amek dan bace diary aku.
“Aisya Camelia, aku hanya nak kau jawap. Betul ke tidak Nizam tu Shahrul? Jawap. Dan aku memang dah amek dan bace diary kau, sebab aku nak tahu kepastian dia. Kalau aku tanya kat kau, mesti kau tak akan jawap…
“Kau tak perlu tahu, Bella……

   Camelia terus merampas buku hariannya daripada tangan Bella. Lalu dia terus berlari masuk ke dalam biliknya. Dia menangis. Rahasianya selama ini sudah tidak dapat dia sembunyikan lagi…..

“Lia, buka pintu nih. Aku mohon. Lia, aku tak marahkan kau. Percayalah. Tapi aku rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Aku tak sangka Nizam ialah Shahrul. Dan perempuan yang buat kau kehilangan Shahrul tu aku. Aku betul*betul tak tahu, Lia. Lia, buka pintu nih.

   Akhirnya, Camelia membuka pintu biliknya. Dia dapat melihat Bella kini menangis. Dengan serta*merta Lia memeluk Bella. 

“Bella, aku tak salahkan kau. Aku pun tak tahu perempuannya kau. Aku tak marah dekat kau. Sekarang kau denagn Shahrul dah bertunang dan bulan depan kau dengan dia akan berkahwin. Bella, dengar kata aku. Ape pon yang terjadi, aku nak tengok kau bahagia. Kau lebih layak untuk Shahrul, bukan aku. Mama dengan papa Shahrul merestui korang berdua. Aku rela Bella.
“Tak, aku akan kembalikan Shahrul untuk kau. Kau cinta pertama dia. Aku tak nak rosakkan kebahagiaan kau dengan dia. Aku akan cakap dengan mak long dan pak long aku…………….
“Jangan Bella. Jangan. Walau aku tak dapat miliki Shahrul, aku pasrah. Tapi sekarang aku bahagia sebab yang dapatkan Shahrul tu kau. Aku percaya kau boleh bahagiakan Shahrul. Bella, Shahrul bukan milik aku lagi. Sekarang dia dah jadi milik kau. Aku tak nak kau putuskan pertunangan kau dengan Shahrul hanya sebab aku. Bella, bila kau bahagia aku pon bahagia. Aku hanya nak tengok orang yang aku sayang bahagia. Aku tak nak mereka terluka.
“Lia…….. terima kasih……..

    Tangisan Bella semakin laju mengalir. Dia tidak menyangka, begitu baik hati sahabatnya. Dia sanggup terluka hanya untuk melihat orang yang dia sayang bahagia. Di dalam hatinya, Bella berdoa semoga Aisya Camelia akan mendapatkan seseorang sayang dapat mengembalikan senyuman indah dan dapat membahagiakan sahabatnya itu. Sungguh, dia amat menyayangi Lia…..
   Di sudut lain, ada seseorang yang melihat dan mendengar semua yang terjadi diantara dua orang sahabat itu. Dia juga menitiskan air mata. Dia juga tidak menyangka, hati Aisya Camelia sungguh baik. Sungguh hati Aisya Camelia secantik dan selembut wajahnya. Dia mengesat airmatanya dan berdehem…

“Shahrul …..

   Camelia bersuara memanggil namanya. Pelukan Camelia dan Bella mulai lepas. Bella juga memandang ke arah tempat Lia memandang. Shahrul Nizam. Berdiri dan melihat mereka. 

“Abang, abang buat ape kat sini…
“Abang tadi nak hantar makanan ni. Abang dah bagi salam. Tapi taka de orang balas salam abang. Then, abang masuk rumah. Dan abang tengok…… Amel, terima kasih. 

   Camelia memandang wajah Shahrul. Dia tersenyum.

“Shahrul tiada apa yang harus awak berterima kasih kat saya. Sekarang awak dah jadi milik sahabat saya. Jaga dia sebaik yang mungkin. Mungkin saya tak dapat miliki awak, tapi saya tetap bersyukur sebab awak dapat Bella. Saya yakin, Bella dapat bahagiakan awak.
“Amel…….

   Belum pon sempat Shahrul meneruskan perkataannya. Camelia terlebih dahulu meraih tangan Shahrul. Dan dia meraih pula tangan Bella. Dan dia menyatukan tangan mereka berdua. Dalam sisa tangisannya, Camelia berkata….

“Bella, Shahrul kalian berdua memang ditakdirkan untuk bersama dan bersatu. Kalau korang berdua sayangkan Amel. Eh, Camelia. Korang kena tetap bersatu. Camelia nak tengok kebahagiaan kat mata korang berdua… Bella, kau temankan lah Shahrul, eh Nizam maksud aku. Aku nak masuk bilik dulu. Okay….

      Aisya Camelia tersenyum lalu berlalu masuk ke dalam biliknya. Di dalam hatinya dia berkata….

“Shahrul, sekarang dah terbukti awak bukan milik saya lagi. Sekarang awak dah jadi milik Sharifah Nur Salsabilla. Memang kita ditemukan dan bersama. Tapi pertemuan untuk kebersamaan kita itu bukan bermakna kita akan bersatu. Sekarang, saya dah merelakan awak bersanding dengan orang. Semoga awak berbahagia walau bukan dengan saya……….

Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 20:59
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ►  03/10 - 03/17 (7)
    • ►  03/03 - 03/10 (7)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ►  02/10 - 02/17 (2)
    • ▼  02/03 - 02/10 (5)
      • Kekasih Abadi
      • Buanglah Dendam Itu
      • Kau Bukan Milikku Lagi
      • Haruskah Kuterima ?
      • Antara Aku, Kau dan Dia
    • ►  01/27 - 02/03 (10)
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.