-->
Biyy Putri Punyer Citer >,<'

Wednesday, 6 February 2013

Buanglah Dendam Itu


   Pagi ini sunyi dan sepi. Sama seperti hatinya yang kini telah sunyi dan sepi sejak kehilangan sahabatnya. Dulu sahabatnya berjanji untuk kembali setelah 5 tahun pergi meninggalkannya, namun kini sudah 6 tahun berlalu, tapi sahabatnya itu masih tidak menjelma. Setiap pagi dia akan pergi ke taman, tempat mereka berjanji untuk berjumpa setelah 5 tahun sahabatnya itu berpindah. Namun, sampai sekarang sahabatnya tidak jua muncul. 

Mungkin dia dah lupa dengan aku….. 

“Hawa. Hawa buat apa kat sini?
“Ibu… herm hawa tunggu Fiq, bu. Fiq janji nak jumpa Hawa kat sini. Tapi samapi sekarang Fiq tak datang jumpa Hawa..
“Mungkin sekarang Fiq sibuk. Dah jum, kita balik…

   Hawa bangun dan mengikuti langkah ibunya dari belakang. Hari itu entah mengapa dia begitu sukar untuk meninggalkan taman itu. Hatinya meronta menyuruhnya untuk tetap di situ, namun dia tetap harus mengikuti ibunya untuk pulang ke rumah…..
                                                                          *****
“Ibu, Fiq lupa ke dengan janji Fiq kat Hawa? Dulu sebelum Fiq pergi, Fiq janji nak balik sini nak jumpa Hawa, tapi sampai sekarang Fiq tak balik*balik. Fiq dah lupa kat hawa ye, bu?
“Tak Hawa. Mungkin nanti Fiq balik la tu….

   Puan Hamidah hanya tersenyum melihat tingkah anak gadisnya. Dia tahu Hawa sangat rapat dengan Rafiq. Waktu Hawa masih kecik, Rqafiq lah yang menjadi teman untuk anak gadisnya itu. Rafiq lah yang telah mengembalikan semngat hidup Hawa selepas ayahnya meninggal akibat terlanggar oleh kereta. Sekarang Hawa sudah dewasa. Bulan depan genap umurnya 18 tahun. Haruskah dia memberikan kebenaran kepada Hawa? Tentang kejadian yang sebenar sehingga meragut nyawa ayahnya? Namun, niat puan Hamidah hanya tersimpan di hatinya. 

                                                                           *****
“Nur Irsyatulhawa”

   Ketika namanya disebut, dia berhenti daripada menyapu daun*daun kering yang berselerakan di halaman rumahnya. Dia berpaling untuk melihat orang yang memanggil namanya. 

“Iye. Saya. Awak siapa?
“Hawa, nih Fiq. Hawa dah lupa dekat Fiq?
“Rafiq. Nih betul Fiq ke? 

   Hawa terus membuang penyapu yang dipegangnya lalu menghampiri Rafiq.

“Fiq, Hawa rindu kat Fiq, Fiq pergi mana selama nih? Fiq kata 5 tahun lepas Fiq pergi, Fiq balik. Tapi sekarang dah 6 tahun Fiq pergi tinggalkan Hawa baru Fiq balik…..
“Hawa, maafkan Fiq. Fiq tak niat nak buat Hawa tertunggu Fiq, tapi Fiq ade kerja. Jadinya Fiq tak sempat nak balik jumpa Hawa. Hawa sekarang makin cantik….

   Hawa tersipu malu selepas di puji oleh Rafiq. Rafiq memandang Hawa. Cantiknya ciptaan Allah. Hawa, namamu seindah wajahmu.
   Rafiq mengajak Hawa untuk berkeliling di kampung nya itu. Sungguh, dia amat merindukan kampong yang ditinggalkannya itu. Duduk di Bandar tidak seperti duduk di kampong. Udara dikampung masih segar dan masih tidak ade perkilangan yang merosakkan udaranya. Kalau di Bandar semuanya sudah tercemar.
   Hawa tidak meneruskan kerjanya menyapu daun*daun kering yang berterbangan di depan rumahnya. Dia meninggalkan pekerjaannya untuk menemani Rafiq mengelilingi kampong mereka itu. Sungguh Hawa sangat bahagia kerana orang yang dinantinya kini sudah kembali.
   Namun, di sisi lain ada orang yang sedih dan menangis melihat kegembiraan Hawa. Puan Hamidah, dia sudah tidak dapat menahan lukanya apabila melihat anak gadisnya bahagia bersama orang yang telah meragut nyawa suaminya. Kerana ayah Rafiq lah, suaminya meninggal. Dendam lama yang tersimpan di dalam diri ayah Rafiq lah yang meragut nyawa suaminya………….

      ########
“Tanah tuh milik aku. Kebun dan isinya dah jadi milik aku. Bukan milik kau.
“Apa buktinya semua nih milik kau? Dulu dah jelas*jelas semua nih milik aku, bukan milik kau. Kau pakai apa ha? Sampai semua yang aku punya sekarang jadi milik kau?
“Astagafirullah. Semua yang aku dapat sekarang nih sebab usaha aku. Aku kerja siang malam untuk dapatkan semua nih. Aku tak pernah merampas hak milik kau. Aku berusaha. Dan akhirnya aku dapat semua nih.
“Persetan dengan usaha kau tu. Aku tahu kau ……..
“Stop. Cukup lah tuh. Ape lagi yang kau nak cakapkan? Semua dah terbukti. Hidup kat dunia nih ibarat roda, terkadang kita kat atas dan ada masa kita kat bawah. Bila kita kat atas, kita kena bersyukur tapi jangan jadi bongkak, dan bila kita dah kat bawah kita kena sabar, bukannya menyalahkan orang lain. Dulu kau kawan baik aku, tapi sekarang kenapa kau anggap aku nih macam musuh kau? Dah lah Roslan. Aku rasa dah tak ade apa yang perlu kita bincangkan. Aku minta diri dulu. Assalamualakum.

   Encik Talib berlalu meninggalkan Roslan. Encik Talib menghidupkan motornya. Manakala, Encik Roslan telah menghidupkan lorinya dan menekan pedal minyak lorinya dengan kuat. Belum pun sempat Encik Talib menunggang motornya, motornya dan dirinya sudah terpelanting disebabkan dilanggar oleh lori yang dipandu oleh Encik Roslan.
   Semua orang dikampung itu menyangka kematian Encik Talib disebabkan oleh kemalangan yang tidak di sengajakan. Namun, Puan Hamidah tahu hal yang sebenarnya. Sewaktu kejadian, Puan Hamidah sedang mengutip hasil terung dikebunnya. Sewaktu dia mendengar pertengkaran suaminya dengan Encik Roslan. Dia hanya diam di kebunnya. Namun, dia tidak menyangka Encik Roslan sanggup membunuh suaminya hanya kerana kini dia sudah tidak mempunyai apa*apa.
   Dan disebabkan itu juga, Encik Roslan memutuskan untuk pindah dari kampong itu. Untuk menghilangkan dirinya daripada di tangkap oleh polis…
   #######

“Ibu. Ibu kenapa nangis nih?

   Puan Hamidah terkejut dengan panggilan dari Hawa. Dia mengesat airmatanya. Dia tidak menyangka peristiwa dulu datang kembali ke dalam hidupnya. Dia tersenyum melihat Hawa, namun senyumnya terhenti apabila melihat orang  yang bersama dengan Hawa. Rafiq! Anak Roslan! Anak orang yang telah meragut nyawa suaminya. Dia ingin sahaja memarahi Hawa kerana berkawan dengan anak orang yang telah membunuh suaminya. Namun, niatnya terbatal apabila melihat kegembiraan di wajah anak gadisnya itu.

“Makcik. Makcik apa khabar? Lama kita tak jumpa.

   Dengan perlahan Puan Hamidah menjawap pertanyaan Rafiq. Selepas dia menjawap pertanyaan Rafiq, dia terus meminta diri untuk pergi. Dia meninggalkan Hawa dan Rafiq. Dia tidak sanggup untuk melihat muka Rafiq di depan matanya.

Kenapa dengan ibu? Kenapa ibu macam tak suak Fiq ade kat sini? 

   Hawa tertanya*tanya kenapa ibunya bersikap dingin dengan Rafiq. Seperti ade sesuatu yang disembunyikan oleh ibunya. Namun pertanyaan itu hanya tersekat. 

“Hawa, dah petang nih, Fiq balik dulu la ye. esok Fiq datang sini lagi jumpa Hawa”
“Ye la, tapi Fiq kena janji taw. Fiq kena datang sini balik. Kalu Fiq tak datang sini balik, HAwa tak nak kawan dengan Fiq”

   Hawa menunjukkan muka merajuknya. Sungguh comel! Rafiq hanya tersenyum melihat kerenah Hawa. Sungguh, hatinya sudah terpikat dengan Hawa.

“Iye comel. Esok Fiq datang lagi…….

   Hawa mengiringi pemergian Rafiq dengan senyuman dan dengan ekor matanya. Sungguh, dia amat bahagia selepas berjumpa kembali dengan Rafiq. Dari dulu, dia mencintai Rafiq. Namun semuanya dia pendam kerana di saat itu dia masih mentah dalam hal percintaan. Namun, dia tahu rasa yang hadir ke dalam hidupnya itu adalah perasaan cinta.
  
                                                                 *****
   Puan Hamidah dapat merasakan sesuatu yang aneh pada diri anaknya. Kini, Hawa selalu tersenyum sendiri. Puan Hamidah takut Hawa sudah jatuh hati pada Rafiq. Dia tidak ingin Hawa berkawan lebih jauh dengan Rafiq. Dia tidak ingin Hawa berkawan dengan anak pembunuh suaminya.

“Hawa, selamat hari jadi yang ke 18. Ibu doakan Hawa sentiasa sihat, sentiasa bahagia sebab ibu nak tengok senyuman Hawa…

   Hawa tersenyum dan terus memeluk ibunya.

“Terima kasih ibu. Hawa janji, Hawa akan buat ibu bangga dengan Hawa. Hawa akan buat ibu lupakan kesedihan ibu. Hawa sayang ibu…….

   Hawa melepaskan pelukannya. Dan mencium kedua*dua pipi ibunya. 

“Hawa, hari ni Hawa dah 18 tahun. Hari ni ibu akan bagitahu Hawa hal sebenar. Hal yang selama ini ibu simpan dari Hawa. Ibu dah tak sanggup simpan semua ini daripada Hawa.
“Hal apa ibu?
“Sebenarnya, ayah meninggal dulu bukan sebab…….
“Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Hawa… Hawa, happy birthday…..
“Rafiq…… Terima kasih”

   Hawa berdiri dan menyambut kehadiran Rafiq. Puan Hamidah melihat ade kemesraan diantara Hawa dan Rafiq.  Hawa mempersilakan Rafiq untuk duduk dan Hawa pula duduk di sebelah Rafiq. MESRA! Ini tidak boleh jadi! 

“Makcik, hari ni kan hari jadi Hawa yang ke 18. Saya dah amek keputusan untuk bertunang dengan Hawa. Saya cintakan Hawa. Dan saya nak Hawa yang menjadi permaisuri hati saya.

   Hawa tersenyum. Puan Hamidah terkejut. 

“TAK! Makcik tak akan pernah setuju dengan pertunangan korang berdua.

   Senyuman hawa hilang. Dia terkejut denagn perkataan ibunya. Dia melihat ibunya dengan mata yang sudah mulai berkaca. Selama ini ibunya tidak pernah melarangnya. Tapi kini kenapa?

“Ibu, kenapa ibu cakap macam tuh?
“Hawa, sampai bila*bila, ibu tak kan pernah restu hubungan Hawa dengan Rafiq. Hawa nak tahu kenapa? Sebab ayah dia nih yang dah buat ibu dan Hawa kehilangan ayah!
“Ape ibu cakap nih?

      Airmata Hawa sudah mulai mengalir. Puan Hamidah pula sudah meninggalkan Hawa dan Rafiq. Puan hamidah berlalu masuk ke dalam biliknya. Rafiq pula hanya terdiam kerana dia masih tidak faham dengan apa yang terjadi.

“Hawa, apa yang ibu Hawa cakap tuh? Ayah Fiq yang buat ayah Hawa meninggal? Apa maksud ibu Hawa? Fiq tak faham..
“Hawa pun tak faham dengan apa yang ibu cakapkan.
“Tak ape lah. Fiq balik dulu. Fiq nak tanya papa dengan mama Fiq. Hawa rehatlah dulu ye. Assalamualaikum…
“Waalaikumsalam..

    Rafiq bangun dari duduknya dan terus berlalu meninggalkan Hawa. Rafiq harus tahu apa sebenarnya yang terjadi diantara keluarga mereka. Sehingga ibu Hawa tidak merestui hubungan mereka…
                                                                        *****
“APA? Jadi betul papa yang dah buat ayah Hawa meninggal?
“Papa buat semua tuh sebab papa terlampau ikutkan perasaan papa.
“Tapi papa tak patut buat semua tu. Papa tahu? Papa dah bunuh orang yang Hawa dan Makcik Midah sayang. Dan sekarang papa tahu? Makcik Midah tak merestui hubungan Fiq dengan Hawa.
“Fiq, papa minta maaf. Papa ……
“Papa, bukan dekat Fiq papa kena minta maaf. Tapi dekat Hawa dan Makcik Midah. Tapi Fiq tak tahu sama ade mereka nak maafkan papa ataupun tak dengan apa yang papa dah buat kat mereka 8 tahun yang lepas. Susah untuk mereka terima semuanya. Papa tengok! Makcik Midah yang membanting tulang untuk cari sesuap nasi untuk Hawa. Makcik Midah juga yang membanting tulang untuk dapatkan duit supaya Hawa boleh sekolah. Semestinya papa boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk!

   Belum pun sempat Encik Roslan menjawap semua kata anaknya, Rafiq terlebih dahulu pergi dan meninggalkan papanya. Dia tidak menyangka. Papanya sanggup meragut nyawa orang lain hanya kerana harta. Dia kecewa dengan papanya. Dan kini, dia harus rela jika Hawa sudah tidak ingin berjumpa dengannya lagi.
                                                               *****
   Hawa menangis. Dia tidak menyangka semuanya bukan kerana kemalangan yang tidak disengajakan. Namun kemalangan yang telah meragut nyawa ayahnya adalah kemalangan yang disengajakan. Dan dia tidak menyangka, papa Rafiqlah yang telah membunuh ayahnya.
   Selepas mengetahui hal yang sebenarnya, rasa cinta dan sayangnya pada Rafiq semakin kendur dan mulai menghilang sedikit demi sedikit. Dia tidak ingin terjebak dalam cinta keluarga yang telah meragut ayahnya sehingga dia kehilangan tempat untuk dia mengadu.

“Assalamualaikum….
“Waalaikumsalam…..

   Hawa membuka pintu rumahnya. Baru sahaja dia membuka pintu, hatinya yang sudah remuk semakin remuk dan hancur. Di depannya kini berdiri Rafiq, papa dan mamanya. 

“Buat apa datang rumah Hawa? Nak tambah luka kat dalam hidup Hawa dengan ibu? Tak puas pakcik dah ragut nyawa ayah? Sampai Hawa kehilangan kasih sayang dari ayah? Masih tak puas? Sekarang pakcik nak ragut nyawa siapa lagi kat dalam hidup hawa? Ibu? Hawa?
“Hawa, siapa yang datang tuh? Kenapa hawa marah*ma………..

   Belum pun sempat Puan Hamidah menghabiskan katanya, mulutnya sudah tertutup apabila melihat tetamu yang tidak diundang di depan pintu rumah mereka.

“Hawa, tutup pintu tu. Cepat.
“Tunggu. Jangan tutup pintu nih. Midah, aku minta maaf atas apa yang terjadi 8 tahun yang lalu. aku ……
“Roslan, kalau kau minta maaf dari dulu mungkin aku dapat maafkan dengan kesalahan yang kau dah buat. Tapi kenapa sekarang baru kau nak minta maaf? Dan kau ingat dengan minta maaf, kau boleh buat suami aku ade balik dengan keluarga aku? Tak !
“Aku minta maaf sangat*sangat dengan apa yang terjadi dulu. Aku terlampau ikutkan perasaan ego aku. Aku jatuh miskin dan keluarga kau naik. Aku memang salah. Aku minta maaf atas kesalahan aku dekat kau dan dekat Hawa sebab aku dah meragut nyawa suami dan ayah kepada Hawa……..
“Makcik, Fiq mohon, maafkan papa. Papa dah insaf dengan apa yang papa dah buat. Dan sekarang papa sanggup andai makcik nak hukum papa. Fiq mohon, maafkan papa. Dan Fiq mohon restukan hubungan Fiq dengan Hawa…..

   Rafiq sudah melutut di depan Puan Hamidah. Hawa yang sedari tadi hanya memerhatikan kini mulai bersuara……

“Ibu…….. Ibu, maafkan la pakcik Lan dengan keluarga dia. Ibu, tak baek ibu simpan dendam ni lama*lama. Semua yang terjadi dah lepas, bu. Hawa pun marah dengan apa yang pakcik Lan buat dekat keluarga kita dulu. Ibu, kalau ayah masih hidup, pasti ayah akan maafkan pakcik Lan.

   Kini  Hawa juga sudah melutu di kaki ibunya. Dia ingin hati ibunya lembut dan melupakan segala yang telah terjadi. Memang sukar untuk menerima takdir itu, namun dia tidak ingin ibunya tetap dan terus menerus menyimpan dendam itu.
   Apabila Puan Hamidah melihat anaknya kini juga sudah melutut dikakinya, hatinya mulai lembut. Kini, airmatanya mulai mengalir. Dia tahu, dia tidak harus menyimpan rasa dendam itu selama ini dan dia tidak patut untuk menghalang kisah cinta naknya dengan Rafiq. 
   Puan Hamidah tunduk. Dia menyuruh Hawa dan Rafiq berdiri. 

“Hawa, ibu tahu ibu dah salah sebab simpan dendam ni. Ibu dah salah sebab ibu tak relakan apa yang dah jadi kat ayah dulu. Ibu yang salah. Ayah dekat atas pon pasti dah maafkan mereka. Ya Allah…
“Ibu,……. Ibu tak salah. Hawa faham, bukan senang ibu nak terima semua nih. Selama nih, ibu dah bersusah payah hidupkan hawa supaya Hawa dapat sekolah. Hawa faham, bu. Tapi hawa tak nak ibu simpan dendam ibu dekat pakcik Lan dan keluarga dia.

   Hawa memeluk ibunya. Selepas dia memeluk ibunya, dia mencium kedua*dua pipi ibunya. Dan dia mengesat airmata ibunya. Dia tidak ingin melihat ade satu titsan airmata ibunya yang mengalir. Dia hanya ingin melihat senyuman dan kegembiraan di wajah ibunya.
   Encik Roslan kini sudah dapat tersenyum apabila Puan Hamidah mengatakan bahawa dia mahu memaafkan kesalahannya dahulu. Dia tahu, memang dia yang bersalah. Di fikirannya, apabila dia datang meminta maaf pada Puan Hamidah, mungkin Puan Hamidah akan memanggil polis untuk menangkapnya. Namun, semua nya tidak seperti yang dia bayangkan. Kini, kemaafan telah dia terima dari Puan Hamidah.
                                                                *****
   Sejak peristiwa itu, ikatan dua keluarga sudah terjalin. Akhirnya, Hawa bertunang dengan Rafiq. Namun, majlis pernikahan mereka masih lambat untuk dijalankan. Kerana, kata ibu Hawa, Hawa harus menyambung pelajarannya dan bekerja terlebih dahulu. Dan mereka akur dengan keputusannya.
   Kini, Hawa sudah dapat melihat kegembiraan ibunya. Sudah tiada lagi duka dan dendam yang menyelimuti kehidupan ibunya. Dia bersyukur kerana ibunya sudah dapat melupakan apa yang telah terjadi pada ketika dahulu. Mungkin sukar untuk ibunya menerima apa yang terjadi, namun dia tidak ingin ibunya menyimpan dendam itu selama ibunya masih hidup.
   Pada awalnya dia juga tidak dapat menerima kenyataan. Namun, dia harus redha dengan apa yang terjadi. Namun dia tahu, dia tidak patut menyimpan dendam kepada keluarga Rafiq. Dendam yang tersimpan tidak akan membawa kebaikan, yang ade hanyalah membawa keburukan dan menghancurkan silaturahim antara keluarga. 

“Ayah, Hawa tahu, ayah kat sana pon dah maafkan pakcik Lan dan keluarga dia kan. Ayah pun tak nak kan ibu simpan dendam kat keluarga mereka. Hawa tak tahu kalau selama ni ibu simpan dendam kat mereka, tapi sekarang Hawa bersyukur sangat*sangat ibu dah buang semua dendam tu dan maafkan mereka. ayah, semoga ayah tenang kat sana. Hawa rindu ayah………..


Inspirasi Oleh :: Biyy Putri

Posted by Biyy Putri at 21:05
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
"/>Biyy Sayang Awak Semua

D'Owner

D'Owner
Hanya gadis biasa. Yang ingin berkarya dalam penulisan. Masih muda. Nak tahu umur dia berapa? Senang aje, dia lahir 08 november 1995. Muda lagi kan :)

Perjalanan Ini

  • ▼  2013 (100)
    • ►  03/10 - 03/17 (7)
    • ►  03/03 - 03/10 (7)
    • ►  02/17 - 02/24 (1)
    • ►  02/10 - 02/17 (2)
    • ▼  02/03 - 02/10 (5)
      • Kekasih Abadi
      • Buanglah Dendam Itu
      • Kau Bukan Milikku Lagi
      • Haruskah Kuterima ?
      • Antara Aku, Kau dan Dia
    • ►  01/27 - 02/03 (10)
    • ►  01/20 - 01/27 (36)
    • ►  01/13 - 01/20 (32)




>




Sitting and Blinking Hello Kitty
kita hidup di dunia hanya sementara , jangan saling benci-membenci dan hina menghina . dan seindah cinta yang abadi ini hanya lah untuk luahan hati semata-mata untuk mengurangkan tekanan
Ceritera Gadis Kaca Mata inspirasi Novie Poetry Mahyuddin a.k.a Biyy Putri >,<'. Ethereal theme. Theme images by kim258. Powered by Blogger.