“Saya dah tak nak hidup dengan awak, selama ni saya hidup
dengan awak, apa yang awak bagi kat saya? Bukan kesenangan tapi kesusahan. Awak
ceraikan saya sekarang juga”
“Astagafirullah, apa yang awak cakap nih? Apa lagi yang tak
cukup untuk awak? Apa yang awak nak, saya usahakan untuk dapat. Bukan mudah
untuk lafazkan kata cerai. Kita dah ada anak, awak nak anak kita tak terjaga”
“Saya tak nak dengan apa*apa pon alasan dari awak”
“Baik. Kalau itu yang awak nak, saya ceraikan awak!”
“Baik, Danish, ikut mama sayang”
“Awak nak bawak ke mana anak saya? Kalau awak nak keluar
dari rumah nih, awak kelaur lah sendiri, tak perlu nak bawak anak saya sekali”
“Awak diam. Saya bawak Danish dengan saya. Dan awak jaga
Dania”
Puan Zaleha
mendukung Danish dan menjinjit beg di tangannya. Lalu dia berlalu pergi
meninggalkan suaminya yang sekarang sudah menjadi bekas suaminya. Dania hanya
memandang sepi dengan apa yang terjadi. Apa yang difaham oleh kanak*kanak yang
baru berumur 5 tahun? Yang dia tahu hanyalah mamanya membawa abangnya keluar
dari rumah. Apabila Dania ingin mengikuti mamanya, dia sudah terlambat, mama
dan abangnya sudah menaiki teksi.
“Mama, Nia nak ikut. Nape mama bawak abang aje pergi jalan.
Mama tunggu Nia. Mama jangan bawak abang aje. Nia pon nak ikut. Papa, Nia nak
ikut mama. Mama dengan abang pergi mana? Nape mama tak ajak Nia sekali? Nape mama pergi dengan abang aje?
Papa, Nia nak ikut mama dengan abang. Papa suruh la pakcik teksi tuh berhenti.
Suruh lah mama patah balik. Nia nak ikut”
Dania merengek ingin mengikuti mama dan abang
nya. Namun, papanya hanya diam lantas terus memeluk Dania.
“Nia, lepas nih Nia hidup dengan papa aje ye. mama dengan
abang dah tinggalkan Nia dengan papa kat sini. Papa janji, papa akan buat Nia
bahagia walau tanpa mama dan abang. Lepas nih papa akan jadi mama Nia sekali”
“Nape mama tinggalkan Nia? Nanti siapa yang nak sikat kan
rambut Nia? Nanti siapa yang nak bacekan cerita untuk Nia? Abang pon sama,
kenapa abang tinggalkan Nia? Nanti siapa yang nak temankan Nia main? Nanti
siapa yang nak jaga Nia dari orang yang selalu jahatkan Nia?”
Encik Razlan
hanya mampu mengesat airmatanya yang jatuh selepas mendengar kata*kata yang
keluar dari mulut munyil anak gadisnya……………………………
“Qaseh, kenapa dengan awak nih, termenung aje dari tadi Ida
tengok. Qaseh ade masalah ke?”
“Eh, tak ade ape laa Ida. Qaseh okay aje”
Sejak
akhir*akhir ini Dania selalu teringatkan kisah silamnya. Kisah 15 tahun dahulu.
Mungkin di saat itu dia masih kecil namun apabila dia sudah dewasa baru dia
mengerti dengan apa yang terjadi padanya dan almarhum papanya dahulu. 15 tahun
dia hidup tanpa seorang mama di sisi. Dan 15 tahun juga dia tidak merasakan
kasih sayang dari seorang ibu. Dan 15 tahun itu juga dia hidup keseorangan
tanpa seorang ibu dan tanpa seorang abang.
************
“Aaauuuw”
Sewaktu Dania
sedang membawa baju*baju untuk disusun tiba*tiba dia terlanggar seseorang dan
semua baju yang dipegangnya terjatuh dan berselerak di atas lantai.
“Maaf, saya tak sengaja. Biar saya tolong ye”
“Eh, tak ape la. Saya boleh buat sendiri. Terima kasih”
“Okay”
Selepas lelaki
itu meninggalkan Dania, Dania mengangkat mukanya dan memerhatikan pergerakan
lelaki itu. Lalu dia menggomel sendiri ……
“Kata nak tolong, orang baru cakap tak ape. Terus blah.
Eleh, nak tunjuk baek aje la tuh. Jangan harap lah aku nak jumpa kau lagi la.
Geram je……
“Qaseh, dah kenapa dengan kau nih? Cakap sorang*sorang? Ha,
ni lagi satu ape sal semua jadi macam ni?
“Daripada kau membebel, baik kau tolong aku. Tu ha tadi
orang giler tuh ha, da la langgar aku. Esh, geram aku taw dengan laki tuh. Tak
hingin aku nak tengok muka dia lagi”
“HAHA, kau nih dah kenapa Qaseh? Garang betul. Dah la, bos cari
kau tuh. Yang ni biar aku aje yang tolong kemaskan”
“Kena panggil lagi? Okay la. Kau kemaskan la nih. Terima
kasih bro”
Hampir 3 tahun
dia kerja di butik itu. Sejak habis sahaja peperiksaan SPM dia terus bekerja.
Dia tidak melanjutkan pelajarannya. Semua kerana papanya meninggal disaat dia
sedang berjuang dengan peperiksaan SPM. Dia dan papanya hanya hidup dalam
keadaan yang sederhana. Namun dia tidak pernah merungut dengan apa yang ada.
Dan akhirnya selepas tamat menduduki peperiksaan SPM dia lebih memilih untuk
bekerja. Untuk menampung kehidupannya.
3 tahun itu
juga, dia tidak pernah melihat bos nya datang ke butik itu. Yang ada hanyalah
keluarga dari bosnya yang datang hanya untuk melihat dan menangani masalah jika
ada nya masalah. Dan selama 3 tahun itu juga dia tidak pernah mengenali siapa
sebenarnya yang memiliki butik yang kini sudah dikenali di semua tempat. Dan
hari ini, hari pertama dia akan berjumpa dengan bos nya. Dan hari ini juga dia
dipanggil oleh bosnya. Adakah dia membuat kesalahan? Huhf!
Tok tok tok……
“Yes, masuk”
Dania membuka
pintu, dan dia dapat melihat didepannya seorang lelaki. Mungkin ini bos aku.
“Maaf, tuan panggil saya?”
“Iye, awak nih Qaseh ye.”
“Ye saya”
“Sebelum tuh duduk la dulu. Takkan awak nak berdiri aje. Dan
lagi satu, jangan panggil saya tuan, Nampak sangat saya dah tua. Walaupun saya
memang dah tua. HEHE. Panggil aje saya pakcik”
“Ye pakcik. Herm, kenapa pakcik panggil saya?”
“Saya dah semak semua data awak, dan awak dah cukup lama
juga ye bekerja dekat Butik Melati nih. Dalam data awak nih, semua ada
tercatat. Dan saya dah amek keputusan untuk naikkan awak sebagai supervisor
dekat butik nih”
“Saya? Tapi…….
“Taka de tapi*tapi. Semua keputusan dah muktamad. Okay”
“Terima kasih pakcik”
“Okay sama*sama. Awak boleh keluar sekarang”
Dania bangun
dari tempat duduknya. Dia tersenyum dan merasa sungguh bahagia. Dia tidak
menyangka kali pertama dia berjumpa dengan bos nya, dia sudah mendapat kenaikan
pangkat.
**************
“Ceh, orang tuh. Baru jumpa bos, terus dapat jadi
supervisor. Lepas tuh gaji dia dah naik”
“Amboii, mengata Qaseh ye. Alhamdulillah. Qaseh bersyukur
sangat dengan apa yang Qaseh dapat ni”
“Kalau macam tuh, Qaseh boleh la sambung study Qaseh kan?”
“Insha Allah Ida. Ida doakan la ye. Qaseh nak sangat sambung
study Qaseh”
“Semestinya”
“Sekarang dah masa untuk rehat kan, jum la kita pergi makan
dulu. Qaseh belanja”
Dania dan Ida
mulai melangkah keluar dari Butik Melati untuk menuju ke restoran yang
berdekatan dengan butik tempat mereka bekerja. Seperti biasa, mereka hanya
berjalan untuk menuju ke restoran yang di tuju. Al maklum mereka bekerja, gaji
tidak lah seberapa andai ingin membeli kereta.
**********
“Sha, apa semua ni?”
“Syam, you buat ape kat sini”
“Semestinya I yang tanya dekat you. You buat apa kat sini? I
ajak you keluar lunch, you kata you busy. And now, you dekat sini. Dan siapa
laki nih?”
“Dia… dia boyfriend baru I. kenapa?”
“Kalau dia boyfriend you, so, I nih siapa kat dalam hidup
you?”
“You? You just kenangan bagi I. you dengan I END!
“Sampai hati you, Sha”
“Jum darling, tak payah layan orang giler nih”
Natasha
meninggalkan Danish. Danish tidak menyangka Natasha sanggup mendustai cinta
mereka. Danis keluar dari restoran itu. Niatnya untuk makan terus hilang
selepas dia melihat apa yang terjadi di depan matanya.
Danish terus
memasuki perut keretanya. Dan dia menghidupkan enjin keretanya dan dia mulai
menekal pedal minyak utnuk berlalu pergi dari restoran itu. Tiba*tiba……
“Ya Allah, orang nih tak pandai drive ke ape? Tak Nampak ke
orang dekat depan nih tengah berjalan? Qaseh, awak okay kan. Woi, tolong la.
Yang kau tercegat jugak kat dalam kereta kau tuh kenapa? Dah langgar kawan aku,
masih boleh diam lagi”
Danish
terpana. Dia juga terkejut dengan apa yang terjadi. Kejadiannya terlalu pantas.
Dia dapat melihat seorang gadis sedang menahan kesakitan. Dan tangannya sudah
berdarah. Danish terus keluar dari keretanya, dan terus menolong gadis yang
dilanggarnya.
“Awak, saya mintak maaf. Saya tak sengaja, betul*betul tak
sengaja. Biar saya bawak awak pergi klinik ye”
“Eh, tak ape la. Saya okay aje nih. Ida, jum kita balik.
Nanti tolong Qaseh basuhkan luka ni ye”
“Okayy jum”
Ida menolong
Qaseh untuk berdiri. Dan akhirnya mereka sudah mulai ingin meninggalkan Danish.
Tiba*tiba Danish memegang tangan Dania.
“Awak, kalau awak tak nak saya bawak awak pergi klinik, tak
ape. Tapi izinkan saya untuk hantar awak balik. Saya betul*betul rasa bersalah
kat awak kalau awak tak izinkan saya untuk hantar awak balik”
“Herm, okay lah”
************
Sejak peristiwa
itu, Dania dan Danish semakin rapat. Dania tidak tahu mengapa, apabila dia
berada di samping Danish, dia merasa selamat dan aman. Seperti Danish itu
menjaganya. Dan dalam diam dia mulai jatuh hati pada Danish kerana Danish
melayannya dengan baik. Danish tidak pernah berkasar dengannya. Suatu hari
apabila mereka berdua berada ditaman ……
“Qaseh, saya nak tanya awak boleh?
“Boleh. Tanya laa.
“Mana mama dan papa awak?
“Herm………
Tanpa disedari,
airmata Dania menitis apabila mendengar pertanyaan Danish. Apa yang harus dia
jawap? Perlukah dia jujur dengan apa yang terjadi padanya ketika dahulu?
“Qaseh, kenapa? Kenapa menangis nih? Syam salah ke?
“Tak syam. Awak tak salah. Tapi….
“Tapi ape? Apepon yang awak ceritakan tentang kisah silam
awak, saya terima. Qaseh, saya cintakan awak. Tak salah kan kalau saya nak tahu
tentang awak?
“Herm, okay. Papa dah meninggal sejak 3 tahun yang lalu.
Papa meninggal sebab sakit. Sebab tuh Qaseh tak sambung study Qaseh.
“Mama pulak?
“Mama? Herm, Qaseh terpisah dengan mama sejak 15 tahun yang
lalu. Qaseh tak tahu mama pergi mana. Mama tinggalkan Qaseh….
Danish terdiam
mendengar cerita Dania. Kenapa cerita Dania hampir sama sepertinya? Dia juga
terpisah dengan papa dan adiknya sejak 15 tahun yang lalu. mungkin itu hanya
kebetulan.
“Qaseh, Qaseh sabar ye. Syam doakan Qaseh akan jumpa dengan
mama Qaseh. Syam minta maaf, sebab Syam dah buat Qaseh menangis.
“Tak ape Syam….
*********
“Qaseh, Ida tengok Qaseh dengan Syam sekarang dah makin
dekat je. Ade ape*ape ke?
“Hehe. Ida, Qaseh bahagia sangat, Syam kata Syam nak
kenalkan Qaseh dengan family dia. Dia nak ajak Qaseh nikah”
“Amboii. Nikah terus ye? tapi korang memang dah jodoh
agaknya. Ida tengok pon muka korang hampir sama tau. Macam abang dengan adik….
Macam abang dengan adik. Macam abang dengan
adik. Macam abang dengan………
Tak tahu kenapa
ayat itu berdengung di telinga Dania. Iye, setiap dia berjalan dengan Syam,
semua orang kata mereka macam abang dengan adik. Apakah dia abang yang dia cari
selama nih? Tapi tak mungkin, nama dia Syam bukan Danish! Dia harus mencari dan
mengetahui tentang Syam. Dia tidak ingin tersalah mencintai orang…
“Ida, hari nih ade nampak Syam?
“Ade. Tak silap Ida, dia pergi kat taman sebelah butik kita
nih. Ke…… eh, Qaseh.
Belum pon sempat
Ida menghabiskan perkataannya, Qaseh sudah berlalu meninggalkan Ida.
DI TAMAN ….
“Adik, sekarang adik kat mana? Abang rindu adik. 15 tahun
abang cuba cari adik, tapi abang tetap tak jumpa adik. Adik, abang dah tanya
mama alamat adik dengan papa. Bila abang
pergi sana, orang kata adik dengan papa dah pindah. Abang rindu adik. Abang nak
tahu macam mana keadaan adik dengan papa sekarang. Macam mana rupa adik. Abang
hanya ade gambar kita 15 tahun yang lalu......
“Abang ………..
Danish
berpaling selepas mendengar suara yang memanggilnya. Gambar di tangannya
terlepas. Dia berdiri. Airmata yang dari tadi menitis kini semakin laju
mengalir dari kelopak matanya. Qaseh? Adik?
Dengan langkah
yang berat, Dania menghampiri Danish. Dia tunduk mengambil gambar yang terlepas
dari tangan Danish. Dia melihat gambar itu. Dan di dalam gambar itu, dia dan
abangnya. Selepas melihat gambar itu, dia melihat Danish dengan linangan air
mata. Tidak mungkin. Tak mungkin Syam yang dikenalinya ialah abang kandungnya?
Orang yang dia cintai selama ini ialah abang kandungnya?
“A….bbbaaa..nngggg. ini abang? Ini abang adik?
“Qaseh. Kenapa Qaseh panggil Syam dengan panggilan abang?
“Ini… gambar. Ini abang dengan adik abang kan.
“Iye. Qaseh, Qaseh jangan cakap yang kat dalam gambar tu
ialah Qaseh.
“I..nnnii. Iinniii Qaseh. Qaseh pon ade jugak gambar nih.
Jadi, selama nih Qaseh mencintai abang Qaseh sendiri?
“Tunggu. Nama Qaseh, Puteri Qaseh Dania?
“Iye…..
“Ya Allah……..
Danish terus
memeluk Dania. Dia tidak menyangka orang yang dicintai nya selama ini merupakan
adik kandungnya. Patut, apabila mereka berjalan, semua orang dan kawan*kawan
Danish mengatakan mereka seperti abang dan adik. Muka mereka seiras. Namun, dia
tidak tahu.
“Ya Allah, adik. Qaseh nih adik abang? Adik pergi mana aje?
Abang cari adik. Abang rindukan adik. Mama pun rindukan adik. Kenapa adik
menghilang?
“Abang, selepas mama dan abang tinggalkan adik. Papa amek
keputusan untuk bawak adik pindah. Abang, mama. Mama dekat mana? Adik nak jumpa
dengan mama. Adik rindukan mama. Adik nak peluk mama. Adik nak cium mama.
Abang. Bawak adik jumpa mama. Adik mohon…..
“Iye dik. Abang bawak adik jumpa mama. Sekarang. Mari…….
********
Setibanya dirumah
Danish. Danish terus membawa Dania menemui mamanya. Di ruang tamu, mamanya
sedang duduk.
“Ma…
“Danish, baru balik?
“Ye. mama, Danish nak mama jumpa seseorang.
“Siapa?
Danish keluar
kembali, dia membawa Dania untuk berjumpa dengan mamanya. Selepas Dania
betul*betul berdiri berdekatan dengan mamanya. Airmatanya terus jatuh mengalir.
“Mama…..
“Eh, kenapa panggil makcik mama?
“Mama, nih adik. Adik yang selama nih kita cari. Adik yang
selama ni hilang dari hidup kita…..
“PUTERI QASEH DANIA….. Danish, ni Dania? Anak mama?
Tanpa mendengar
jawapan dari Danish, mamanya sudah memeluk Dania. Dan airmatanya mengalir
dengan laju.
“Nia, anak mama. Nia pergi mana selama ni? Puas mama cari
Nia, tapi mama tak dapat juga jumpa Nia. Nia sekarang dah besar. Nia dah
cantik. Nia dah dewasa”
“Ma, Nia rindu mama. 15 tahun Nia hidup tanpa mama. Nia
rindu mama….
Danish hanya
mampu terdiam dan mengalirkan airmatanya selepas melihat mama dan adiknya kini
berjumpa setelah 15 tahun berpisah.
“Nia, papa……
“Papa dah meninggal, ma. 3 tahun yang lepas.
“Innalillahwainnalillahhirojiun. Maafkan mama. Mama tak ade
disaat Nia perlukan mama. Mama minta maaf sebab mama dah tinggalkan Nia dulu.
“Tak ape mama. Nia nak cukup bahagia bila dapat jumpa dengan
mama dan abang balik….
Danish sudah
tidak mampu untuk melihat keadaan itu. Akhirnya, dia memutuskan untuk keluar ke
taman di sebelah rumahnya. Sekarang, dia sudah berjumpa kembali dengan adiknya.
Adik yang dia rindui selama ini. Namun, dia harus rela kehilangan cintanya. Dia
tidak mungkin boleh menikah denagn adiknya sendiri. Haruskah
aku terima semua ini dengan rela? Aku mencintai dia, tapi aku dengan dia tak
akan pernah dapat bersatu menyulam cinta. Memang berat untuk dia terima
semuanya. Namun, tidak mungkin dia bersatu dengan Qaseh, iaitu adik nya
sendiri.
Puteri Qaseh Dania, aku harus melepaskan kamu sebagai
kekasihku. Tidak mungkin aku dapat bersama dengan dia. Danish harus melenyapkan
rasa cintanya pada Qaseh. Sekarang, dia harus menerima Qaseh sebagai adiknya.
Dia harus rela…… mungkin kita bertemu dan bersama, tapi bukan untuk bersama
sebagai pasangan yang bercinta. Tapi kita bersama sebagai abang dan adik……

No comments:
Post a Comment